Skip to main content

Posts

Progrem Kongsi Rezeki

1KB1B sentiasa mencari peluang untuk menyalurkan infaq dan sumbangan dari ahli2 penyokong persatuan. Ternyata peluang dan ruang berbakti ini sentiasa terbuka. Lebih lebih lagi di musim penuh cabaran sekarang ini dimana ramai yang terkesan dek wabak Covid-19. Salah satu dari perkara dalam agenda mesyuarat mingguan AJK 1KB1B adalah idea progrem2 yang boleh di buat untuk meyembangkan akativiti bantuan kepada masyarakat. Bermula dengan Progrem AMEK (Almari Makanan Ehsan Komuniti) yang bermula pada1-Okt-2015 dimana kami berkolaborasi dengan dua buah kedai runcit untuk menyalur barangan makanan asas kepada asnaf, banyak lagi progrem-progrem telah dapat kami lakukan samaada secara one-off atau menjadi progrem tetap bulanan seperti AMEK tersebut serta progrem tahunan seperti Progrem Ziarah & Riadah serta juga progrem Qurban di Kemboja. Terkini Progrem Kongsi Rezeki adalah kolaborasi dengan beberapa Sekolah di Shah Alam & Kelang. Kami rasakan ada dari kalangan keluarga murid sekola
Recent posts

Hulu Besut bersama KARIB

KARIB - Kelab Alumni & Rakan Imtiaz Besut diterajui oleh anak muda Cikgu Raja Azman. Sesungguhnya kami sedikit cemburu kerana kesedaran mereka dalam membantu dimiliki lebih awal dalam usia. Sedangkan kami2 asalnya menunggu  umur pencen! Tapi Alhamdulillah muncul kesedaran pada tahun 2013/2014 bila baru masuk "five series". Bak kata pepatah orang putih, its never too late to start something new.. . Kami di 1KB1B mula berkenalan dengan Cikgu Raja semasa sama-sama menyalurkan bantuan banjir ke Sabah di hujung tahun 2020. 1KB1B menyalurkan an 100 kampit beras 10kg. Pertemuan ringkas di pusat pengumpulan sumbangan telah berputik jalinan kerjasama kearah kebaikan ini... Cikgu Raja, selain dari berkerjaya sebagai seorang guru juga aktif dalam LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) Sejangkang. Ini mungkin kerana kesinambungan dari ayah beliau yang merupakan seorang petani.  LPP menawarkan agihan beras serta pek makanan dengan harga yang lebih menarik kepada 1K

Refleksi Muhasabah Diri...

Mengimbas kembali.... bermulanya program sekampit beras sebulan... Apa ada pada sekampit beras...... Mungkin pada sesetengah orang yang berkemampuan berapalah sangat harga bagi sekampit beras. Tetapi bagi mereka yang kurang berkemampuan harga sekampit beras bagaikan nyawa yang dapat menyambung kehidupan di dunia ini. Mungkin ada yang beranggapan bahwa 'statement' itu amat keterlaluan dan melampau.  Kita mungkin terlalu didedahkan siri-siri dikaca TV tentang kesusahan dan kepayahan hidup sesetengah rakyat marhaen di Malaysia sehinggakan kadang kala kita merasakan ianya bagaikan cerekarama atau sinetron atau seolah-olah drama-drama swasta di kaca TV. Percayalah, tiada yang melampau mengenainya apabila anda sendiri yang mengalaminya. Januari tahun ini 2014 genap usaha aku 52 tahun, telah melangkaui usia lebih setengah abad. Tertiba terlintas difikiran aku sepanjang usia ini apakah agaknya manafaat yang telah aku berikan kepada orang lain. Bermacam-macam per

Tahun ke-8...... "Anda Hulur, Kami Salur"

Begitu deras waktu berlalu... Bagaikan banjir besar yang melanda pantai timur pada hujung tahun 2020 / awal tahun 2021, aktiviti-aktiviti 1KB1B juga mengalir dengan lancar... Alhamdulillah... Jazakallah kami ucapkan kepada semua penyumbang dan penginfaq yang sentiasa istiqomah, saban bulan mengorbankan sedikit dari rezeki wang ringgit mereka ke tabung persatuan 1KB1B... Semoga Allah rahmati infaq infaq itu dan digantikan dengan pahala dan rezeki yang bertambah serta bakal menjadi asbab redha Allah untuk terpilih ke syurga nanti... InsyaAllah. 1KB1B pada awal di tubuhkan adalah dengan tujuan utama untuk membantu rakan2 sejawat, sahabat-handai serta ahli keluarga istiqomah untuk bersedeqah atau berinfaq.  Bila difikirkan balik, tujuan ini adalah agak selfish kerana kami cuma mahukan ganjaran untuk kami.  Namun, disebaliknya, kami membantu untuk membawa manafaat kepada merka2 yang memerlukan.  Dan pada beberapa tahun permulaan, kami sasarkan pondok2 takfiz dan agama serta pusat2 penjagaan

Alhamdulillah Kita Masih Aktif

Dengan keadaan ekonomi negara yang sedang muram dek Covid-19, kami telah menerima beberapa rayuan bantuan sara hidup disamping sumbangan beras. Setelah dibincangkan di peringkat AJK, kami secara dasar bersetuju untuk membantu "case-by-case basis" dan bantuan adhoc untuk kes-kes yang memerlukan. Dari itu, kami memohon para penyumbang redha dengan saluran sumbangan ini... Di Selangor, dua keluarga telah dibantu dengan wang ringgit disamping keperluan dapur serta beras..  Progrem agihan beras oleh Skuad 1KB1B juga masih berjalan seperti biasa...  Dalam masa yang sama, progrem infaq rehal sudah pun berjalan dengan penyerahan rehal-rehal telah dilaksanakan dengan tiga badan penerima....  Terkini ( pada 16hb September 2020 ) sumbangan satu set rehal diserahkan kepada Penyelia Asrama Sekolah Kebangsaan Teluk Panglima Garang untuk kegunaan surau mereka..  Sementara itu pula, Sk