Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Alhamdulillah Kita Masih Aktif

Dengan keadaan ekonomi negara yang sedang muram dek Covid-19, kami telah menerima beberapa rayuan bantuan sara hidup disamping sumbangan beras. Setelah dibincangkan di peringkat AJK, kami secara dasar bersetuju untuk membantu "case-by-case basis" dan bantuan adhoc untuk kes-kes yang memerlukan. Dari itu, kami memohon para penyumbang redha dengan saluran sumbangan ini... Di Selangor, dua keluarga telah dibantu dengan wang ringgit disamping keperluan dapur serta beras..  Progrem agihan beras oleh Skuad 1KB1B juga masih berjalan seperti biasa...  Dalam masa yang sama, progrem infaq rehal sudah pun berjalan dengan penyerahan rehal-rehal telah dilaksanakan dengan tiga badan penerima....  Terkini ( pada 16hb September 2020 ) sumbangan satu set rehal diserahkan kepada Penyelia Asrama Sekolah Kebangsaan Teluk Panglima Garang untuk kegunaan surau mereka..  Sementara itu pula, Sk

Qurban Sihanoukville 4.0

Alhamdulillah program bersama antara Persatuan 1KB1B dan Jawatankuasa Masjid Al-Mukhalifah Sihanoukville (khususnya Imam TokRi, Imam TokMat dan Ustaz Yusuf) telah selamat disempurnakan untuk tahun keempat. Bermula dari tahun 2017, dimana kami dapati kampung2 Muslim di daerah Sihanoukville tidak mendapat perhatian dari badan yang membawa ibadah Qurban ke Kemboja sebagaimana di Daerah Cham.  Alhamdulillah bertitik mula dari situ, sekarang ini sudah kedapatan NGO-NGO serta badan-badan lain yang telah juga membawa qurban ke Sihanoukville. Kami masih lagi meneruskan program Qurban ini.  Pada tahun 2020 ini, alhamdulillah sebanyak 20 ekor lembu telah dapat pihak kami uruskan. 14 ekor adalah 100% melalui Persatuan 1KB1B manakala 6 ekor lagi adalah yang di salurkan secara langsung ke jawatankuasa Masjid Al-Mukhalifah. Namun lembu2 tersebut bernaung dibawah Progrem Qurban Persatuan 1KB1B. Meski pada tahun ini kita berhadapan dengan situasi Covid-19, alhamdulillah syukur

Urusetia 1KB1B-Besut

Admin memohon maaf kepada semua pembaca blog 1KB1B ini kerana tiada posting semenjak awal tahun 2020.  Persatuan 1KB1B, samaada Skuad Selangor mahupun Skuad Besut masih lagi bergerak aktif dan update-update terkini sentiasa di muatnaik di Facebook Page 1KB1B . Posting kali ini adalah untuk meraikan sekumpulan "ladies" yang telah mengembangkan sayap 1KB1B di Pantai Timur.  Dalam serba kesederhanaan, Urusetia 1KB1B-Besut  bergerak aktif menyantuni mereka2 yang benar2 memerlukan bantuan. Diketuai oleh Hajjah Lela, yang lebih mesra di panggil Ciksu oleh rakan-rakan, Urusetia Besut bergerak serentak saban bulan secara parallel dimana wakil-wakil kampung akan mendapatkan pek makanan yang dikelolakan oleh Ciksu serta di bantu oleh Hajjah Zabidah.  Wakil2 kampung yang bergerak aktif terdiri dari Puan Siti Halijah, Puan Khalidah, Puan Rehani, Puan Rosmah, Puan Pailah, Puan Norhizan  serta Puan Zaidah. Dan "amongst the roses", Sdr Alias sentiasa berada bersama sebagai pen

Lembaran Baru 2020

Assalamualaikum wbkt. Hari ini penghantaran beras ke pusat2 tahfiz dan rumah2 anak yatim dijalankan seperti sebelum ini. Namun, ada sedikit perbezaan dalam program agihan pada kali ini:- 1. Kami telah menggunakan beras Jenama Bidara - produk keluaran 100% Muslim dan pengusaha yg kami kira lebih perlu sokongan dari pendorong BMF (mengantikan beras Jasmine yg sebelum ini adalah jenama dibeli oleh 1KB1B ). 2. Ini juga pertama kali 1KB1B mewakilkan terus kepada Syarikat Beras Bidara untuk membuat penghantaran terus kepada pusat2 tahfiz yang terpilih. Sebanyak 5  buah pusat ditumpukam buat masa ini (tanpa sebarang kos tambahan kpd 1KB1B - malah dengan sedikit penjimatan dari sebelum ini). Namun, ini masih lagi dalam tempoh percubaan. Jika segalanya berjalan lancar Insyaallah 1KB1B akan mewakilkan terus penghantaran kpd pusat2 tahfiz dan anak yatim yg lainnya kepada Syarikat Beras Bidara. Langkah ini diambil memandangkan kekangan yg dihadapi oleh AJK serta tenaga kerja / s