Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Kerja Kerja Mulia

Berat mata memandang, tidak dapat saya bayangkan beban bahu bahu yang memikul... Alhamdulillah pagi hari ini Ahad 13 Disember 2015, Allah memberi kesempatan untuk saya serta 4 lagi ahli Skuad 1KB1B untuk ziarah sambil menghantar beras dan sedikit wang tunai yang diamanahkan oleh penyumbang progrem 1KB1B ini ke Pusat Jagaan Titian OKU Nur di Kampung Melayu Batu 16 Rawang. Ini juga merupakan julung kali bagi kami mengagih beras ke luar kawasan. Setibanya kekawasan rumah yang disewa itu (nota: sewaan RM2,000 sebulan), sudah ada satu kumpulan dari bahagian ICT Petronas yang sedang bergotong royong membersih rumah/kawasan serta sedang memasang rak2 dan meja yg mereka bawak utk rumah Pusat Jagaan ini. Sesudah usai mengangkat 12kampit beras,  saya mulai terlihat warga penghuni yang sedang duduk teratur samaada atas kerusi roda atau kerusi plastik di luar rumah tersebut. Kawasan terbuka beratap dgn lantai simen di bahagian tepi rumah setingkat itu (banglo setingkat atau lebih

Skuad Seragam

Agihan pada 5hb Disember 2015 menyaksikan ahli skuad memperagakan vest buat pertama kalinya.  Idea untuk vest ini tercetus dari beberapa ahli Skuad 1KB1B yang inginkan penampilan yang agak profesyenal bilamana membuat agihan bulanan. Seramai 15 orang ahli skuad yang aktif telah bersetuju untuk menempah (sendiri bayar daaa) vest tersebut. Alhamdulillah, kita sama melangkah maju kedepan dan semoga Allah rahmati usaha kecil ini...

A.M.E.K (Almari Makanan Ehsan Komuniti)

Assalamualaikum WBKT   Insyaallah projek pilot bagi Program AMEK (Almari Makanan Ehsan Komuniti) akan dimulakan pada 1hb Oktober 2015.  Projek ini akan bermula dengan 10 orang penyumbang pertama yang akan menyumbang sebanyak RM50 seorang, menyumbang secara berterusan setiap bulan. Sumbangan ini akan mengumpulkan sejumlah RM500 sebulan.. Jumlah ini mungkin agak kecil berbanding dengan keperluan asnaf fakir dan miskin setempat. Walaubagaimanapun sebagaimana dasarnya sebuah projek pilot ianya bermula dengan jumlah yang sedikit. Apabila segalanya berjalan seperti yang dirancangkan Insyaallah akan diperkembangkan kepada para peyumbang yang lain.  Cadangan projek AMEK ini akan mensasarkan satu atau dua pusat AMEK berdasarkan keperluan dan keluasan kawasan dan menjadikan Masjid sebagai pusat maklumat manakala kedai milik perniaga muslim tempatan dijadikan pusat atau 'Almari' makanan kepada asnaf sasaran.  Untuk projek pertama ini kami bermula dengan Masjid Nurul Iman Kg Kebun B

Aktiviti Masih Lagi Berterusan...

Salamun'alaik. Kepada followers blog 1KB1B semua, admin moon maaf kerana blog ini stagnant sejak entry terakhir pada awal February 2015.  Dalam tempoh beberapa bulan itu, admin teramatlah sibuk sedikit dengan urusan2 kerja serta kelauarga. Walaubagaimanapun, aktiviti skuad 1KBB masi berjalan seperti biasa - yakni agihan beras ke pusat2 tahfiz dan anak yatim yang tetap dlm senarai penerima sumbangan kami. Berikut adalah summary agihan semenjak Januari 2015. ---------------------------------------------------------------------------------------------- Jan Feb Mar Apr May Jun July Saadah Ad-darrain 40 30 40 50 40 Ramadhan Iftar    60 Bustanul Arifat 12 15 0 15 15   15 Darul Quran 40 40 40 50 40   50 Mujahideen 20 20 20 20 20   20 Asnaf  al-Barakh 10 10 10 10 10   15 Al-Muneerah 20 20 35 4

January 2015 - Permulaan Yang Memberangsangkan

Bulan Disember menyaksikan Skuad-1KB1B menyumbang sedikit bakti buat mangsa2 banjir di Kelantan, spesifiknya di Kg. Kemubu, Kg. Serasa dan Kg. Pasir Tumboh (dalam Jajahan Kuala Krai / Gua Musang).  Dan hasil infaq dari para dermawan 1KB1B dlm bulan Disember keseluruhannya disalurkan kepada mangsa2 banjir disana. Alhamdulillah, kami dapat meruskan lagi usaha kecil ini... dan permulaan agihan beras telah dilakukan pada pagi Sabtu 7hb Februari (untuk hasil infaq kutipan dalam bulan Januari). Sejumlah 192 kampit beras di kumpul dan pembahagianya adalah seperti berikut:- 1 Pondok Moden Sa'adah Ad-Darrain 40 2 Madrasah Darul Qur'an 40 3 Maahad Taufiq Islami 40 4 Madrasatul Darul Mujahiddin 20 5 Rumah Anak Yatim Al-Munirah 20 6 Pondok Bustanul Arifat 12 7 Rumah Amal Asnaf al-Baraqah 10 8 Maahad Dakwah Wa Irsyad al-Fateh, Sentosa 10         TOTAL

Disember 2014 - Misi Bantuan Banjir Kelantan

Saya kira seluruh rakyat Malaysia sudah tahu secara jelas peristiwa, atau lebih tepat lagi bencana banjir lumpur yang melanda sebahagian negeri Kelantan pada 10 hari terkahir bulan Disember 2014.  Kemuncak banjir itu berlaku diantara 23hb hingga 27hb Disember bilamana kawasan utama yang dilanda banjir iaitu Kuala Krai dan Gua Musang mulai mendapat liputan meluas dilaman sosial FB. Saudara Ali Nor mulai bertanya "apa yang boleh kita lakukan?"...  dan dalam jangkamasa beberapa jam selepas berbincang melalui FB serta whatsapp, kami bersetuju untuk menghebahkan kepada semua penyumbang 1KB1B yang istiqomah bahwasanya kutipan bulan Disember akan disalurkan sepenuhnya untuk misi bantuan banjir ke Dabong, Kuala Krai. Alhamdulillah, Allah membimbing kami untuk berbincang dengan AJK Masjid Nurul Iman Batu 10 Teluk Panglima Garang untuk memohon kerjasama dalam menjayakan misi ini.  Pada mulanya, kami cuma berhasrat untuk menjadikan masjid sebagai pusat pemgumpulan sumbangan disampin