Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Kutipan Ogos

Alhamdulillah..... Selepas berakhir bulan Ogos, jumlah kutipan dari hasil infaq para dermawan berjumlah 169 kampit.  Meski sehingga minggu terkahir bulan Ogos nampak macam "slow jerr" sumbangan, namun bila dah ujung2 bulan, sasaran (baru) 150 kampit di capai malah melebihi. Agihan dipersetujui ahli Skuad 1KB1B - yg terdiri dari para sukarelawan - untuk dijalankan pada Sabtu 6hb September.  Dan, suatu kejutan diterima Skuad 1KB1B dua hari sebelum tarikh agihan bilamana seorang hamba Allah menyumbangkan 100 kampit beras (one off) serta ada lagi tambahan2 runcit. Pada pagi Sabtu 6hb Ogos, macam biasa ahli Skuad berkumpul di Warung Kiasan utk bersarapan bersama. Kiraan sumbangan pada pagi ini adalah bersamaan 289 kampit.  Alhamdulillah. Namun, Allah jua maha perancang.  Bilamana Skuad ke kedai Rahman (pembekal beras), jumlah beras dalam stok beliau tidak mencukupi.  Cuma ada 70 kampit.  Dalam masa yg sama, seorang ahli baru Skuad, Kapten Haji Zainol (dari Rawang) membawa