Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Ziarah Dakwah di Senderot (24-26 Feb 2018)

PROGRAM ZIARAH, DAKWAH DAN KEBAJIKAN KE KAMPONG ORANG ASLI POS SENDEROT. Perancangan awal IKB1B pada asalnya ingin menjalankan program aktiviti kemasyarakatan yg dirancang untuk diadakan pada penghujung tahun 2017. Program yang awalnya dirancang adalah program bantuan persekolahan serta aqiqah yang mensasarkan golongan kurang berkemampuan di utara tanahair. Tetapi program itu terpaksa dipendam kerana kurang mendapat sokongan daripada pihak-pihak yang diharapkan. Kemudian program itu bertukar kepada program ziarah dan dakwah ke kg orang asli. Idea awal ini tercetus apabila Tuan Haji Syahirman yang merupakan pensyarah di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM menceritakan tentang pengalaman kumpulan penyelidek beliau yang menjalankan aktiviti penyelidekan di Pos Senderot membangkitkan isu tentang “ terpinggirnya ” kumpulan orang asli ini dari mendapat sokongan bagi menyemarakan agama islam ditempat mereka. Lantaran itu pihak 1KB1B mencadangkan agar satu program Ziarah dan Dak

Empat Tahun Berlalu...

Diam tak diam, dah masuk lima tahun program 1KB1B ini berjalan. Bermula dari bulan February 2014 , kutipan sumbangan berjaya menghasilkan 101 kampit beras yang diagihkan ke pusat2 tahfiz dan rumah anak yatim disekitar Sejangkang/Teluk Panglima Garang.   Alhamdulillah, selepas 10 bulan beroperasi, jumlah kutipan telah meningkat ke 150 kampit beras pada hujung tahun 2014. Kini, jumlah kutipan telah berganda, dan agihan dihadkan kepada 300 kampit untuk 13 pusat tahfiz dan rumah anak yatim (private).  Alhamdulillah, para penyumbang istiqomah telah berterusan memberi sokongan padu dalam usaha kecil kami ini. Sektor-sektor utama penyumbang adalah terdiri dari warga UiTM dimana Pengerusi Persatuan 1KB1B serta Bendahari bertugas; dari warga Chevron Malaysia dimana Timbalan Pengerusi Persatuan 1KB1B bekerja dan dari individu-individu yang perihatin dan dermawan (ramai yang follow FB Page dan menyumbang secara anonymous - Jazakallah...). Persatuan 1KB1B dapat bergerak dengan lebih prof