Skip to main content

Tahun ke-8...... "Anda Hulur, Kami Salur"

Begitu deras waktu berlalu... Bagaikan banjir besar yang melanda pantai timur pada hujung tahun 2020 / awal tahun 2021, aktiviti-aktiviti 1KB1B juga mengalir dengan lancar... Alhamdulillah...

Jazakallah kami ucapkan kepada semua penyumbang dan penginfaq yang sentiasa istiqomah, saban bulan mengorbankan sedikit dari rezeki wang ringgit mereka ke tabung persatuan 1KB1B... Semoga Allah rahmati infaq infaq itu dan digantikan dengan pahala dan rezeki yang bertambah serta bakal menjadi asbab redha Allah untuk terpilih ke syurga nanti... InsyaAllah.

1KB1B pada awal di tubuhkan adalah dengan tujuan utama untuk membantu rakan2 sejawat, sahabat-handai serta ahli keluarga istiqomah untuk bersedeqah atau berinfaq.  Bila difikirkan balik, tujuan ini adalah agak selfish kerana kami cuma mahukan ganjaran untuk kami.  Namun, disebaliknya, kami membantu untuk membawa manafaat kepada merka2 yang memerlukan.  Dan pada beberapa tahun permulaan, kami sasarkan pondok2 takfiz dan agama serta pusat2 penjagaan anak yatim persendirian yang tiada sebarang bantuan dari kerajaan - cuma beroperasi dengan sumbangan masyarakat.

Namun, bermual dari peristiwa banjir besar di Kelantan (Kuala Krai) pada Januari 2015, kami mula mempelbagai usaha kebajikan dengan mengadakan program2 selain aktiviti agihan beras semata-mata. Dan merasakan bantuan secara terus untuk golongan asnaf juga perlu, bermula pada bulan September tahun yang sama, kami mulakan progrem AMEK - bantuan keperluan asas untuk penduduk sekitar kawasan utama operasi kami (Teluk Panglima Garang / Sejangkang).


Pun begitu, aktiviti utama masih berjalan seperti biasa - yakni agihan bulanan beras ke pusat2 tahfiz dan pondok agama.




Tahun baru 2021 bermula dengan gelombang banjir di Pantai Timur, terutama Pahang.  Skuad 1KB1B sempat 'beraksi" ke Jerantut untuk misi bantuan sebelum kekangan aturan oleh MKN negeri untuk NGO yang berhasrat bermisi bantuan ke Pahang.

7-Januari-2021 : Program sumbangan bantuan banjir Kg Padang Piul, Jerantut.



Sekatan rentas negeri di musim PKP2 pada awal tahun juga telah membantut usaha susulan kami untuk menghulur bantuan banjir di daerah Hulu Tembeling seperti dirancang. Namun dibelakang tabir, kami sentiasa merancang program2 CSR dalam merealisasikan "Anda Hulur, Kami Salur"....

InsyaAllah selagi ada yang menyumbang, dan kami masih bertenaga, kami akan meneruskan usaha kebajikan selain dari aghan beras ini...


Comments

Popular posts from this blog

Tahun 5

Sudah masuk tahun ke-lima inisiatif 1KB1B ini. Agihan beras sudah cecah 350 kampit sebulan. Ahli skuad jugak sudah ada barisan pelapis.... Alhamdulillah... Sabtu, 17 Mac, agihan bulanan berjalan lancar. 340 kampit dihantar ke penerima2 berikut, manakala 10 kampit diamanahkan kepada kedai Rahman untuk diberikan kepada pengunjung kedai yang sudah dikenalpasti memerlukan bantuan. Berikut gambar sekitar aktiviti agihan hari ini....              Semoga Allah permudahkan kerja2 amal kami serta yang lain... Masih ramai yang memerlukan bantuan dari keikhlasan kita...

Hulu Besut bersama KARIB

KARIB - Kelab Alumni & Rakan Imtiaz Besut diterajui oleh anak muda Cikgu Raja Azman. Sesungguhnya kami sedikit cemburu kerana kesedaran mereka dalam membantu dimiliki lebih awal dalam usia. Sedangkan kami2 asalnya menunggu  umur pencen! Tapi Alhamdulillah muncul kesedaran pada tahun 2013/2014 bila baru masuk "five series". Bak kata pepatah orang putih, its never too late to start something new.. . Kami di 1KB1B mula berkenalan dengan Cikgu Raja semasa sama-sama menyalurkan bantuan banjir ke Sabah di hujung tahun 2020. 1KB1B menyalurkan an 100 kampit beras 10kg. Pertemuan ringkas di pusat pengumpulan sumbangan telah berputik jalinan kerjasama kearah kebaikan ini... Cikgu Raja, selain dari berkerjaya sebagai seorang guru juga aktif dalam LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) Sejangkang. Ini mungkin kerana kesinambungan dari ayah beliau yang merupakan seorang petani.  LPP menawarkan agihan beras serta pek makanan dengan harga yang lebih menarik kepada 1K

Skuad Seragam

Agihan pada 5hb Disember 2015 menyaksikan ahli skuad memperagakan vest buat pertama kalinya.  Idea untuk vest ini tercetus dari beberapa ahli Skuad 1KB1B yang inginkan penampilan yang agak profesyenal bilamana membuat agihan bulanan. Seramai 15 orang ahli skuad yang aktif telah bersetuju untuk menempah (sendiri bayar daaa) vest tersebut. Alhamdulillah, kita sama melangkah maju kedepan dan semoga Allah rahmati usaha kecil ini...