Skip to main content

Refleksi Muhasabah Diri...

Mengimbas kembali.... bermulanya program sekampit beras sebulan...
Apa ada pada sekampit beras......
Mungkin pada sesetengah orang yang berkemampuan berapalah sangat harga bagi sekampit beras. Tetapi bagi mereka yang kurang berkemampuan harga sekampit beras bagaikan nyawa yang dapat menyambung kehidupan di dunia ini. Mungkin ada yang beranggapan bahwa 'statement' itu amat keterlaluan dan melampau.  Kita mungkin terlalu didedahkan siri-siri dikaca TV tentang kesusahan dan kepayahan hidup sesetengah rakyat marhaen di Malaysia sehinggakan kadang kala kita merasakan ianya bagaikan cerekarama atau sinetron atau seolah-olah drama-drama swasta di kaca TV. Percayalah, tiada yang melampau mengenainya apabila anda sendiri yang mengalaminya.
Januari tahun ini 2014 genap usaha aku 52 tahun, telah melangkaui usia lebih setengah abad. Tertiba terlintas difikiran aku sepanjang usia ini apakah agaknya manafaat yang telah aku berikan kepada orang lain. Bermacam-macam persoalan timbul umpamanya apa sumbangan aku? Apa amalan yang aku tinggalkan yang boleh dimanafaatkan? Aku acapkali memberikan pandangan-pandangan yang pelbagai tapi hakikatnya tidak satupun yang mampu aku terjemahkan secara praktikalnya.
Lantaran daripada itu bermula Februari 2014 aku berencana untuk membuat sedikit amal yang termampu bagi membantu golongan yang kurang berkeupayaan dengan mencadangkan program mengumpul beras sekampit seorang setiap bulan dikalangan kawan2 bagi diinfaqkan kepada golongan yg memerlukan. 
Orang pertama yang aku khabarkan mengenainya adalah isteri aku dan bergerak daripada situ aku menghubungi sahabat dan juga merupakan jiran lama di taman perumahan aku tinggal dulu. Aku pasti beliau tentu akan bersetuju dan akan bekerjasama bagi menjayakan program ini. Pengalaman yang lepas bersama beliau menubuhkan Tadika Islam di taman perumahan tempat kami tinggal dulu menjadi kekuatan mempercayai beliau akan bersama dengan usaha ini. Betul sangkaan aku, beliau terus bersetuju dan bertitik todak daripada itu kami memulakan program bagi menjayakan usaha untuk meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan ini. 
Alhamdulillah usaha kami ini di sambut baik dan rupanya ramai yang ingin menderma cuma sedang mencari saluran sahaja.......... Kini 1KB1B sedang melangkah untuk masuk ke tahun yg ke 8. 
Ya Allah Kau berikan kami kekuatan utk terus isthiqomah dlm usaha ini. Terima lah ia sebagai satu amalan yg Engkau redhai....

Amiin Ya Rabb. 

Nukilan: Tuan Haji Ali Mohamad Nor, Pengasas / Pengerusi 1KB1B. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tahun 5

Sudah masuk tahun ke-lima inisiatif 1KB1B ini. Agihan beras sudah cecah 350 kampit sebulan. Ahli skuad jugak sudah ada barisan pelapis.... Alhamdulillah... Sabtu, 17 Mac, agihan bulanan berjalan lancar. 340 kampit dihantar ke penerima2 berikut, manakala 10 kampit diamanahkan kepada kedai Rahman untuk diberikan kepada pengunjung kedai yang sudah dikenalpasti memerlukan bantuan. Berikut gambar sekitar aktiviti agihan hari ini....              Semoga Allah permudahkan kerja2 amal kami serta yang lain... Masih ramai yang memerlukan bantuan dari keikhlasan kita...

Hulu Besut bersama KARIB

KARIB - Kelab Alumni & Rakan Imtiaz Besut diterajui oleh anak muda Cikgu Raja Azman. Sesungguhnya kami sedikit cemburu kerana kesedaran mereka dalam membantu dimiliki lebih awal dalam usia. Sedangkan kami2 asalnya menunggu  umur pencen! Tapi Alhamdulillah muncul kesedaran pada tahun 2013/2014 bila baru masuk "five series". Bak kata pepatah orang putih, its never too late to start something new.. . Kami di 1KB1B mula berkenalan dengan Cikgu Raja semasa sama-sama menyalurkan bantuan banjir ke Sabah di hujung tahun 2020. 1KB1B menyalurkan an 100 kampit beras 10kg. Pertemuan ringkas di pusat pengumpulan sumbangan telah berputik jalinan kerjasama kearah kebaikan ini... Cikgu Raja, selain dari berkerjaya sebagai seorang guru juga aktif dalam LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) Sejangkang. Ini mungkin kerana kesinambungan dari ayah beliau yang merupakan seorang petani.  LPP menawarkan agihan beras serta pek makanan dengan harga yang lebih menarik kepada 1K

Skuad Seragam

Agihan pada 5hb Disember 2015 menyaksikan ahli skuad memperagakan vest buat pertama kalinya.  Idea untuk vest ini tercetus dari beberapa ahli Skuad 1KB1B yang inginkan penampilan yang agak profesyenal bilamana membuat agihan bulanan. Seramai 15 orang ahli skuad yang aktif telah bersetuju untuk menempah (sendiri bayar daaa) vest tersebut. Alhamdulillah, kita sama melangkah maju kedepan dan semoga Allah rahmati usaha kecil ini...