Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

Tiga Tahun Berlalu

Program agihan pertama berlaku tiga tahun dulu... pada tarikh 3hb Mac 2014. Hari ini Sabtu 4hb Februari 2017 adalah bulan ke 36, yakni genap 3 tahun Skuad 1KB1B beraktiviti khidmat sukarela ini.... alhamdulillah kami masih dikurniakan Allah istiqomah sehingga kini. Semoga kami mampu berterusan begini dengan izin Allah.... direzkikan kesihatan, kelapangan serta kesabaran. Sejak dari awal tahun 2016, progrem 1KB1B telah berjaya mempertingkatkan target jumlah terkumpul beras ke 300 kampit sebulan. Meski ada jugak ketika-ketika sasaran tersebut tidak dapat kami capai...  Untuk sesi agihan kedua dalam tahun 2017 ini, jumlah beras yang diagih hanyalah 140 kampit. Namun bukan masaalah dana  yang kami hadapi (meski kutipan/infaq tak mencapai target 300kampit).... sedikit masaalah dari segi bekalan beras dek kerana musim cuti CNY... kedai cuma mampu bekalkan 140 kampit sahaja. Jadi selebihnya skuad terpaksa beroperasi sekali lagi minggu depan... Agihan kali ini... (1) Pondok Moden Saada