Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

Qurban 2017 di Siihanoukville, Kemboja (1 & 2 Sept 2017)

Ramai yang bertanya kenapa banyak NGO serta badan-badan lain offer serendah RM320 satu bahagian? Mulanya, susah saya nak jawab. Tapi bila diselidiki, memang orang Malaysia yang berqurban di sini (Kemboja) lembunya berharga USD450 kebawah, atau lebihkurang RM2,000 seekor (kadar tukaran 4.3-4.5) - jadinya dalam RM300 satu bahagian. Namun, lembunya hanya berumur dalam tiga tahun, satu ekor mungkin dapat 60kg daging.... Saya cadangkan kepada 1KB1B untuk mencari lembu yang usianya lebih dari empat tahun - saiznya agak besar - dengan harga antara USD500 ke USD600 seekor. [Awal Ogos 2017] Setelah dipersetujui jawatankuasa kerja program Qurban ini, misi untuk mencari dan membeli lembu bermula.  Rupanya tak mudah untuk mencari lembu di musim raya haji disini.  Rata2 ramai "broker lembu" serta peniaga2 musim raya.  Namun begitu, Alhamdulillah ada juga jumpa lembu direct owner. Di kampung Trpang Rpov, daerah Kampot misi mencari lembu saiz besar, kurang2 saiz L (ke