Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

A.M.E.K (Almari Makanan Ehsan Komuniti)

Assalamualaikum WBKT   Insyaallah projek pilot bagi Program AMEK (Almari Makanan Ehsan Komuniti) akan dimulakan pada 1hb Oktober 2015.  Projek ini akan bermula dengan 10 orang penyumbang pertama yang akan menyumbang sebanyak RM50 seorang, menyumbang secara berterusan setiap bulan. Sumbangan ini akan mengumpulkan sejumlah RM500 sebulan.. Jumlah ini mungkin agak kecil berbanding dengan keperluan asnaf fakir dan miskin setempat. Walaubagaimanapun sebagaimana dasarnya sebuah projek pilot ianya bermula dengan jumlah yang sedikit. Apabila segalanya berjalan seperti yang dirancangkan Insyaallah akan diperkembangkan kepada para peyumbang yang lain.  Cadangan projek AMEK ini akan mensasarkan satu atau dua pusat AMEK berdasarkan keperluan dan keluasan kawasan dan menjadikan Masjid sebagai pusat maklumat manakala kedai milik perniaga muslim tempatan dijadikan pusat atau 'Almari' makanan kepada asnaf sasaran.  Untuk projek pertama ini kami bermula dengan Masjid Nurul Iman Kg Kebun B