Skip to main content

Progrem Kongsi Rezeki

1KB1B sentiasa mencari peluang untuk menyalurkan infaq dan sumbangan dari ahli2 penyokong persatuan. Ternyata peluang dan ruang berbakti ini sentiasa terbuka. Lebih lebih lagi di musim penuh cabaran sekarang ini dimana ramai yang terkesan dek wabak Covid-19.


Salah satu dari perkara dalam agenda mesyuarat mingguan AJK 1KB1B adalah idea progrem2 yang boleh di buat untuk meyembangkan akativiti bantuan kepada masyarakat. Bermula dengan Progrem AMEK (Almari Makanan Ehsan Komuniti) yang bermula pada1-Okt-2015 dimana kami berkolaborasi dengan dua buah kedai runcit untuk menyalur barangan makanan asas kepada asnaf, banyak lagi progrem-progrem telah dapat kami lakukan samaada secara one-off atau menjadi progrem tetap bulanan seperti AMEK tersebut serta progrem tahunan seperti Progrem Ziarah & Riadah serta juga progrem Qurban di Kemboja.

Terkini Progrem Kongsi Rezeki adalah kolaborasi dengan beberapa Sekolah di Shah Alam & Kelang. Kami rasakan ada dari kalangan keluarga murid sekolah2 yang terkesan dan dapat dibantu. Alhmadulillah salah sorang ahli bersekutu yang juga seorang guru, Hajjah Rosenani telah membantui untuk coordinate bantuan melalui empat buah sekolah - SK Bukit Kemuning-2, SK Bukit Rimau, SK Kampong Jawa dan SK Bukit Kuda. Dismapning itu bantuan juga disalurkan melalui Sekolah Menengah Teluk Panglima Garang kepada pekerja am sekolah (pengawal keselamatan & tukang cuci serta tukang kebun).

Terima kasih tak terhingga kami ucapkan kepada semua warga pendidik dan cikgu yang telah panjangkan usaha kami ini disekolah2 mereka. Wargakerja sekolah-sekolah tersebut telah sudi datang ke "markaz" 1KB1B untuk mengambil pek makanan bagi menjayakan progrem kongsi rezeki ini.


Kandungan setiap pek makanan


SK Bukit Kemuning 2: Progrem dijalankan pada hari Ahad 19 Julai. Penghargaan kami buat penyelaras progrem Cikgu Hajjah Rosenani & Cikgu Hafiz.
Jazakallah Tuan Guru Besar, Cikgu Hamidi bin Sharif kerana sudi jalinkan kerjasama dengan 1KB1B dan membantu kami menyalurkan pek2 makanan kepada yang memerlukan.




SK Bukit Rimau: Progrem dijalankan pada hari Rabu 28 Julai. Penghargaan kami untuk penyelaras progrem CIkgu Hasmizar, Cikgu Hisham & Cikgu Khairunnisa.
Jazakallah Guru Besar, Puan Fauzanah bin Sharif kerana sudi jalinkan kerjasama dengan 1KB1B dan membantu kami menyalurkan pek2 makanan kepada yang memerlukan.



SK Bukit Kuda: Progrem dijalankan pada hari Khamis 29 Julai. Penghargaan kami untuk penyelaras progrem yang juga merupakan Guru Besar, Puan Jamaliah binti Mohamed Razlan kerana sudi jalinkan kerjasama dengan 1KB1B dan membantu kami menyalurkan pek2 makanan kepada yang memerlukan.



SK Kampung Jawa: Progrem dijalankan pada hari Jumaat 30 Julai. Penghargaan kami buat penyelaras progrem Cikgu Umar Dani.
Jazakallah Puan Guru Besar, Puan Noraini binti Sahari kerana sudi jalinkan kerjasama dengan 1KB1B dan membantu kami menyalurkan pek2 makanan kepada yang memerlukan.




Jazakallahu kepada semua yang terlibat!!!

* Kepada yang ingin menyumbang dan berinfaq, boleg salurkan ke akaun Persatuan Satu Kampit Beras Satu Bulan Selangor,
CIMB - 8602691191

#AndaHulurKamiSalur

Comments

Popular posts from this blog

Tahun 5

Sudah masuk tahun ke-lima inisiatif 1KB1B ini. Agihan beras sudah cecah 350 kampit sebulan. Ahli skuad jugak sudah ada barisan pelapis.... Alhamdulillah... Sabtu, 17 Mac, agihan bulanan berjalan lancar. 340 kampit dihantar ke penerima2 berikut, manakala 10 kampit diamanahkan kepada kedai Rahman untuk diberikan kepada pengunjung kedai yang sudah dikenalpasti memerlukan bantuan. Berikut gambar sekitar aktiviti agihan hari ini....              Semoga Allah permudahkan kerja2 amal kami serta yang lain... Masih ramai yang memerlukan bantuan dari keikhlasan kita...

Hulu Besut bersama KARIB

KARIB - Kelab Alumni & Rakan Imtiaz Besut diterajui oleh anak muda Cikgu Raja Azman. Sesungguhnya kami sedikit cemburu kerana kesedaran mereka dalam membantu dimiliki lebih awal dalam usia. Sedangkan kami2 asalnya menunggu  umur pencen! Tapi Alhamdulillah muncul kesedaran pada tahun 2013/2014 bila baru masuk "five series". Bak kata pepatah orang putih, its never too late to start something new.. . Kami di 1KB1B mula berkenalan dengan Cikgu Raja semasa sama-sama menyalurkan bantuan banjir ke Sabah di hujung tahun 2020. 1KB1B menyalurkan an 100 kampit beras 10kg. Pertemuan ringkas di pusat pengumpulan sumbangan telah berputik jalinan kerjasama kearah kebaikan ini... Cikgu Raja, selain dari berkerjaya sebagai seorang guru juga aktif dalam LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) Sejangkang. Ini mungkin kerana kesinambungan dari ayah beliau yang merupakan seorang petani.  LPP menawarkan agihan beras serta pek makanan dengan harga yang lebih menarik kepada 1K

Skuad Seragam

Agihan pada 5hb Disember 2015 menyaksikan ahli skuad memperagakan vest buat pertama kalinya.  Idea untuk vest ini tercetus dari beberapa ahli Skuad 1KB1B yang inginkan penampilan yang agak profesyenal bilamana membuat agihan bulanan. Seramai 15 orang ahli skuad yang aktif telah bersetuju untuk menempah (sendiri bayar daaa) vest tersebut. Alhamdulillah, kita sama melangkah maju kedepan dan semoga Allah rahmati usaha kecil ini...