Skip to main content

Alhamdulillah Kita Masih Aktif

Dengan keadaan ekonomi negara yang sedang muram dek Covid-19, kami telah menerima beberapa rayuan bantuan sara hidup disamping sumbangan beras. Setelah dibincangkan di peringkat AJK, kami secara dasar bersetuju untuk membantu "case-by-case basis" dan bantuan adhoc untuk kes-kes yang memerlukan. Dari itu, kami memohon para penyumbang redha dengan saluran sumbangan ini...
Di Selangor, dua keluarga telah dibantu dengan wang ringgit disamping keperluan dapur serta beras.. 
Progrem agihan beras oleh Skuad 1KB1B juga masih berjalan seperti biasa... 
Dalam masa yang sama, progrem infaq rehal sudah pun berjalan dengan penyerahan rehal-rehal telah dilaksanakan dengan tiga badan penerima....  Terkini (pada 16hb September 2020) sumbangan satu set rehal diserahkan kepada Penyelia Asrama Sekolah Kebangsaan Teluk Panglima Garang untuk kegunaan surau mereka.. 
Sementara itu pula, Skuad 1KB1B Besut jugak bergiat aktif dengan agihan bulanan kepada asnaf-asnaf. Semenjak beberapa bulan lepas, sebuah syarikat telah juga menghulur zakat dan wang zakat itu diserahkan juga kepada asnaf-asnaf tersebut. 
InsyaAllah dengan rahmah Allah, kita akan meneruskan usaha kerdil ini dengan dia ianya di rehdai Allah jua... 

Kepada penyumbang dan pembayar zakat, jazakallahu diucapkan dan semoga kita semua sentiasa istiqomah dalam berinfaq.... 




Comments

  1. IONQQ**COM
    agen terbesar dan terpercaya di indonesia
    segera daftar dan bergabung bersama kami.
    Whatshapp : +85515373217 :-* (f)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tahun 5

Sudah masuk tahun ke-lima inisiatif 1KB1B ini. Agihan beras sudah cecah 350 kampit sebulan. Ahli skuad jugak sudah ada barisan pelapis.... Alhamdulillah... Sabtu, 17 Mac, agihan bulanan berjalan lancar. 340 kampit dihantar ke penerima2 berikut, manakala 10 kampit diamanahkan kepada kedai Rahman untuk diberikan kepada pengunjung kedai yang sudah dikenalpasti memerlukan bantuan. Berikut gambar sekitar aktiviti agihan hari ini....              Semoga Allah permudahkan kerja2 amal kami serta yang lain... Masih ramai yang memerlukan bantuan dari keikhlasan kita...

Hulu Besut bersama KARIB

KARIB - Kelab Alumni & Rakan Imtiaz Besut diterajui oleh anak muda Cikgu Raja Azman. Sesungguhnya kami sedikit cemburu kerana kesedaran mereka dalam membantu dimiliki lebih awal dalam usia. Sedangkan kami2 asalnya menunggu  umur pencen! Tapi Alhamdulillah muncul kesedaran pada tahun 2013/2014 bila baru masuk "five series". Bak kata pepatah orang putih, its never too late to start something new.. . Kami di 1KB1B mula berkenalan dengan Cikgu Raja semasa sama-sama menyalurkan bantuan banjir ke Sabah di hujung tahun 2020. 1KB1B menyalurkan an 100 kampit beras 10kg. Pertemuan ringkas di pusat pengumpulan sumbangan telah berputik jalinan kerjasama kearah kebaikan ini... Cikgu Raja, selain dari berkerjaya sebagai seorang guru juga aktif dalam LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) Sejangkang. Ini mungkin kerana kesinambungan dari ayah beliau yang merupakan seorang petani.  LPP menawarkan agihan beras serta pek makanan dengan harga yang lebih menarik kepada 1K

Skuad Seragam

Agihan pada 5hb Disember 2015 menyaksikan ahli skuad memperagakan vest buat pertama kalinya.  Idea untuk vest ini tercetus dari beberapa ahli Skuad 1KB1B yang inginkan penampilan yang agak profesyenal bilamana membuat agihan bulanan. Seramai 15 orang ahli skuad yang aktif telah bersetuju untuk menempah (sendiri bayar daaa) vest tersebut. Alhamdulillah, kita sama melangkah maju kedepan dan semoga Allah rahmati usaha kecil ini...