Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

Kerja Kerja Mulia

Berat mata memandang, tidak dapat saya bayangkan beban bahu bahu yang memikul... Alhamdulillah pagi hari ini Ahad 13 Disember 2015, Allah memberi kesempatan untuk saya serta 4 lagi ahli Skuad 1KB1B untuk ziarah sambil menghantar beras dan sedikit wang tunai yang diamanahkan oleh penyumbang progrem 1KB1B ini ke Pusat Jagaan Titian OKU Nur di Kampung Melayu Batu 16 Rawang. Ini juga merupakan julung kali bagi kami mengagih beras ke luar kawasan. Setibanya kekawasan rumah yang disewa itu (nota: sewaan RM2,000 sebulan), sudah ada satu kumpulan dari bahagian ICT Petronas yang sedang bergotong royong membersih rumah/kawasan serta sedang memasang rak2 dan meja yg mereka bawak utk rumah Pusat Jagaan ini. Sesudah usai mengangkat 12kampit beras,  saya mulai terlihat warga penghuni yang sedang duduk teratur samaada atas kerusi roda atau kerusi plastik di luar rumah tersebut. Kawasan terbuka beratap dgn lantai simen di bahagian tepi rumah setingkat itu (banglo setingkat atau lebih

Skuad Seragam

Agihan pada 5hb Disember 2015 menyaksikan ahli skuad memperagakan vest buat pertama kalinya.  Idea untuk vest ini tercetus dari beberapa ahli Skuad 1KB1B yang inginkan penampilan yang agak profesyenal bilamana membuat agihan bulanan. Seramai 15 orang ahli skuad yang aktif telah bersetuju untuk menempah (sendiri bayar daaa) vest tersebut. Alhamdulillah, kita sama melangkah maju kedepan dan semoga Allah rahmati usaha kecil ini...