Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

November 2014

Agihan untuk kutipan/infaq bulan November Alhamdulillah usai di buat pada hari Ahad, 7hb Disember. Meski hanya empat ahli Skuad yg dapat meluangkan masa, agihan kali ini dapat dilunaskan sebelum tengahari kerana Sdr Rossahimi telah memuatkan semua jumlah 150 kampit beras keatas lori beliau sehari sebelumnya... jimat masa angkut dari stor kedai keatasa transport :-) Skuad-1KB1B ingin mengucapkan tahnoah kepada Sdr Azhar dari Chevron yang sudi turun padang buat julung kali utuk sama2 dalam tugasan agihan kali ini. Pembahagian agihan kali ini adalah:- 1)  Pondok Moden - 25kampit 2)  Taufiq Islami - 25kampit 3)  Darul Qur'an - 30 kampit 4)  Al-Mujahideed - 15kampit 5)  Al-Munirah - 20kampit 6)  Darul Arifat - 15kampit 7)  Baroqah - 10kampit 8)  Maahad Al-Fateh - 10kampit. Agihan untuk asnaf fakir/miskin (individu) sebanyak 40kampit pula terpaksa dilakukan pada minggu berikutnya diatas kesempitan masa. Syabas kepada semua petugas! Admin Blog 1KB

Oktober 2014

Sabtu, 15 November. Alhamdulillah selesai tugasan Skuad 1KB1B untuk lunaskan agihan beras hasil kutipan/infaq pada bulan Oktober. Kali ini, cuma dua kenderaan yang kelapangan - sebuah MPV dan sebuah pick-up.  Agihan terpaksa dibuat empat trip - yakni dua trip untuk satu kenderaan. Dan sekali lagi, lawatan rumah kerumah asnaf (31 orang/keluarga) menjagkau sehingga lewat petang. Kali ini asnaf-asnaf tersebut turut menerima sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM50 seorang hasil sumbangan dari individu. Sedikit gambar sekitar proses agihan.... Macam biasa, tugasan bermula dgn ambilan stok beras dari kedai Rahman Anak-anak di Pondok Bustanul Arifat ringan tangan membantu... Bergambar kenangan bersama anak-anak di Madrasah Darul Mujahiddin Admin Blog 1KB1B. 16hbNovember2014

Agihan September - A New Chapter

Kutipan bulan September berjaya mengumpulkan sejumlah 146 kampit beras.  Alhamdulillah.. Meski berkurang sedikit dari bulan2 yang lepas, ianya tidak melemahkan semangat Skuad-1KB1B untuk terus beroperasi. Dan untuk julung kalinya, progrem 1KB1B dgn kerjasama Ustaz Zainordin selaku penyelaras dan dibantu oleh Ketua Amil Tuan Haji Ishak menghantar terus ke golongan asnaf fakir/miskin disekitar Kg. Kebun Baharu Batu 10, Teluk Panglima Garang.  Senarai nama asnaf diambil dari Pusat Zakat Daerah Banting.  Skuad telah membuat penghantaran terus rumah ke rumah untuk 32 ahli asnaf yang telah dikenalpasti tersebut.  Alhamdulillah segalanya bejalan lancar. Untuk kali ini, Skuad bergerak dlm tiga kumpulan berasingan.  Sebuah kenderaan Hilux digunakan untuk agihan rumah kerumah, sebuah lori satu tan ehsan Sdr Rossahimi menbuat agihan disekitar kawasan Kg. Kebun Baru manakala sebuah MPV membuat agihan ke penerima di luar kawasan Kg. Kebun Baru (Sungai Manggis, Taman Sentosa dan Johan Setia).

Kutipan Ogos

Alhamdulillah..... Selepas berakhir bulan Ogos, jumlah kutipan dari hasil infaq para dermawan berjumlah 169 kampit.  Meski sehingga minggu terkahir bulan Ogos nampak macam "slow jerr" sumbangan, namun bila dah ujung2 bulan, sasaran (baru) 150 kampit di capai malah melebihi. Agihan dipersetujui ahli Skuad 1KB1B - yg terdiri dari para sukarelawan - untuk dijalankan pada Sabtu 6hb September.  Dan, suatu kejutan diterima Skuad 1KB1B dua hari sebelum tarikh agihan bilamana seorang hamba Allah menyumbangkan 100 kampit beras (one off) serta ada lagi tambahan2 runcit. Pada pagi Sabtu 6hb Ogos, macam biasa ahli Skuad berkumpul di Warung Kiasan utk bersarapan bersama. Kiraan sumbangan pada pagi ini adalah bersamaan 289 kampit.  Alhamdulillah. Namun, Allah jua maha perancang.  Bilamana Skuad ke kedai Rahman (pembekal beras), jumlah beras dalam stok beliau tidak mencukupi.  Cuma ada 70 kampit.  Dalam masa yg sama, seorang ahli baru Skuad, Kapten Haji Zainol (dari Rawang) membawa

Skuad 1KB1B: Agihan untuk Kutipan Julai 2014

Perancangan awal adalah utk mengagihkan beras pada Sabtu 2hb Ogos… dua hari sebelum idul-fitri dgn andaian pusat2 asnaf dan madrasah boleh menafaatkan sempena hari raya.  Namun, rata2 kesemuanya bercuti jugak… dgn anak2 pulang kerumah saudara-mara atau lain2. Dan kerana ahli skuad jugak ramai yg bercuti panjang, maka Ketua Progrem 1KB1B Saudara Ali tetapkan hari ini (Sabtu 16 Ogos) sebagai hari agihan. Alhamdulillah, kutipan untuk bulan Julai total 135 kampit selamat diedarkan seperti berikut:- 1.  Pondok Moden Sa'adah Ad-Daraarain (23 kampit) 2.  Madrasah Darul Qur'an (20 kampit) 3.  Maahad Taufiq Islami (20 kampit) 4.  Madrasatul Darul Mujahiddin (20 kampit) 5.  Rumah Anak Yatim Al- Munirah (17 kampit) 6.  Pondok Bustanul Arifat (15 kampit) 7.  Rumah Amal Asnaf al-Baraqah (10 kampit) 8.  Maahad al-fateh, Sentosa (10 kampit). Untuk agihan kali ini, penerima terbaru adalah Maahad Dakwah Wa Irsyad Mohd Al-Fateh, Taman Sentosa. Semoga usaha kami yang sedikit i

Pusingan Lima

Diam tak diam dah lima pusingan para dermawan Sekampit Beras telah istiqomah menyumbang sebahagian dari harta dunia mereka untuk dikonsi bersama anak2 yatim serta pelajar2 tahfiz disekitar Sejangkang dan Jalan Kebun. Untuk infaq beras pada bulan June 2014, beras2 telah diagihkan seperti berikut:- 1.  Pondok Moden Sa'adah Ad-Daarain (40 kampit) 2.  Pondok Bustanul Arifat (15 kampit) 3.  Madrasah Darul Mujahidin (20 kampit) 4.  Rumah Amal Asnaf Al-baraqah (10 kampit) 5.  Rumah Anak Yatim Al-Munirah (20 kampit) 6.  Maahad Taufiq Islami (35 kampit) 7.  Maahad Tahfiz Darun Quran (40 kampit) 8.  Madrasatu Falahiyyat (40 kampit) 9.  Masjid Nurul Iman (3 kampit) - untuk jamuan sepanjang bulan Ramadhan. Sejumlah RM480 telah terkumpul dari rakankerja (CVX) serta rakan SBM admin blog 1KB1B ini. Jazakallahu kathira. Sedikit liputan bergambar. Haji Arshad &  Sdr. Khalid menyusun beras semasa dibeli dari pembekal Volunteers pagi ini dgn anak2 di Pondok Bustanul Ari

Sesi 4, 2014 (Bulan Mei)

Untuk bulan Mei, agihan dilakukan tiga weekend berturut-turut (31 Mei, 7 Jun & 14 Jun) kerana lojistik agak terhad - almaklumlah musim cuti sekolah.  Ramai volunteer yang "not available".  Meski[un begitu, progrem 1KB1B masih lagi berjaya.. alhamdulillah. Untuk sumbangan dari geng-geng di CVX... alhamdulillah masih lagi maitain... istiqomah.. :-) Jumlah sumbangan diterima untuk bulan Mei adalah sebanyak 258 kampit... Admin Blog 1KB1B. 15hbJun2014

Sesi 3 Tahun 1 (2014)

Alhamdulillah misi 1KB1B untuk sesi ke-3 tahun pertama progrem "istiqomah" ini telah berlangsung dengan izin Allah pada hari Ahad 4hb Mei 2014.  Seminggu delay dari weekend yang dirancang kerana ramai volunteers yang tidak dapat turut serta - kita merancang, Allah Mahaperancang... Untuk kali ini, jumlah sumbangan infaq adalah sebanyak   143 kampit . Pengagihan dilakukan dalam dua sesi - kerana kenderaan yg dapat turut serta hanya satu pikap 4x4... Jazakallah tuan pikap :-) Sesi pertama bermula sekitar 9.30am... angkut 72 kampit dan diagihkan:- Destinasi pertama - Institut Taufiq Islami di Jalan Kebun (30 kampit) Kemudian ke Persatuan Kebajikan Anak Yatim al-Munirah di Johan Setia  (20kampit) Seterusnya ke Rumah Amal Asnaf Barakah, Sijangkang (10 kampit) Ke empat, Sekolah Mujahidin Batu 9 Jalan Kebun (10 kampit) Sesi kedua... kembali ke "supplier" ambil 71 kampit tambahan lagi... hantar ke Bustanul Arifah batu 10, Jalan Kebun (11kampit)