Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Agihan Pusingan Kedua - March 2014

Alhamdulillah... pusingan kedua 1KB1B telah selamat di agihkan (separuh dulu :-) ) pada hari Ahad 30 Mac 2014 disekitar Jalan kebun Baru, telok Panglima garang. Sejumlah 72 kampit telah dihantar ke:- 1) Pondok Bustanul Arifah (Wanita) - 12 kampit 2) Pondok Tahfiz Darul Qur'an Jln Merbok - 30 kampit 3) Pondok Tahfiz Moden Saadah Addarraain - 30 kampit Sejumlah 157 kampit telah terkumpul dalam bulan March.  InsyaAllah baki sebanyak 85 kampit akan di edarkan pada hujung minggu (5 April)... dan posting ini akan di updated nanti :-) Untuk kutipan yang diterima bermula hari ini (31 March), akan digunakan untuk agihan bulan April. Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan untuk kita sama2 beristiqomah.. Admin Blog 1KB1B . Kredit foto:  Sdr Rahim Taman Satria.

Sekampit Sorang dari CVX

Update untuk Bulan March :- Sejumlah RM420 telah di amanahkan oleh 14 orang rakankerja di CVX.  ALHAMDULILLAH! Sumbangan tersebut  telah diserahkan kepada "boss" Chef Ali pada hari Isnin, 24hb Mac untuk belian beras.  Jazakallah buat semua yang terlibat. ======================================================================== Alhamdulillah... Saya mendapat sokongan dari beberapa rakan kerja di Chevron Malaysia untuk turut menyumbang, insyaAllah dgn istiqomah, dalam inisiatif yg tak seberapa ini. Untuk initiatif ulung, i.e. Bulan February , sejumlah RM180 telah terkumpul.  Dan dgn harga beras @ RM27.50 sekampit, sebanyak 7 kampit telah dapat disumbangkan (dgn sedikit tambahan utk menggenapkan). Jazakallah Chef Ali yg membuka peluang buat kami... Untuk Summary infa' sila KLIK DISINI .

Bulan Mac (Pusingan Kedua)

Pengumpulan beras untuk agihan bulan Mac sudah dibuka mulai sekarangs sehinga paling lewat 27hb Mac 2014. InsyaAllah lawatan ke sasaran sumbangan untuk agihan beras akan di lunaskan pada Sabtu 29hb Mac 2014.  Sekiranya ada yang sudi turun padang pada hari tersebut, sila maklumkan kepada admin blog atau boleh maklumbalas di FB page https://www.facebook.com/pages/Seorang-Sekampit-Beras-Sebulan/1471471433068409 Sedikit dari kita, besar kesannya buat mereka.... Wallahua'lam. Blog  Admin,  1KB1B.

Sekampit Beras ……….. idea….

BAB 1 ………BUAT TAPI BELUM BERJAYA…………………………… Suatu ketika dulu aku menetapkan sasaran pada usia 35 tahun aku telah mempunyai sebuah peniagaan. Malangnya penetapan yang aku buat agak tersasar. Namun jauh disudut hati sentiasa berharap akan akan menemui satu jenis perniagaan yang dapat aku laksanakan. Lantas banyak jugalah perniagaan yang aku buat dari menjual pokok bonsai, handphone, kuih raya, buku dan tidak ketinggalan MLM aku buat namun mungkin rezeki aku bukan disitu ataupun masanya belum tiba dan doa aku masih belum dimakbulkan oleh Allah (kerana DIA lebih mengetahui apa yang baik untuk hambaNYA).  BAB 2 ……………INGAT NAK BUAT TAPI NANTI DULU………………. Aku juga pernah berangan-angan jika dipanjangkan umur bila pencen esok aku nak buat amal sekadar yang termampu. Biasalah orang Melayu bila umur meningkat dan kalau ada sedikit kesedaran masjid akan jadi tumpuan. Jadi, angan-angan aku ni esok-esok bila pencen dan buat sedikit usaha di masjid. Bersihkan masjid teru

Update Februari 2014

Sejumlah 101 kampit telah terkumpul dan diagihkan untuk program muqaddinah 1KB1B ini.   Sabtu:  1 Mac 2014