Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

Ziarah & Riadah di Pos Sinderut 2 (24-25 Ogos 2019)

Alhamdulillah... Pertamanya, ucap-syabas kepada jawatankuasa/urusetia penggerak progrem Ziarah & Riadah ke Pos Sinderut kali kedua ini, kesinambungan dari program ulung pada 24-26 Februari 2018. Tuan Haji Syahirman masih lagi memainkan peranan utama sebagai perantara dan dalam koordinasi aturcara bersama urusetia progam kali kedua ini.   Meski agenda program masih lagi sama secara amnya dengan yang telah dibawa pada tahun lalu, namun ada sedikit penambahan nilai bagi peserta2 program itu sendiri.    Tuan Haji Syahirman Jika pada program ulung tahun lepas, tumpuan pengisian adalah untuk penduduk tempatan, namun pada kali ini, pihak Urusetia cuba untuk menjadikan program ini sebagai program serampang dua mata.    Disamping ziarah dan santunan penduduk di kampung sasar (Lubuk Muman, serta dua buah kampung berdekatan - admin tak dapat info nama kampung2 tersebut ), progrem ini juga turut mengandungi agenda mendidik serta memperkasakan peserta progrem itu sendiri.   Dan

Qurban 2019 (Siri Ketiga) Sihanoukville, Kemboja

Ada juga kebenarannya pepatah Inggeris yang berbunyi "Out of sight, out of mind"....   Sudah 14 bulan saya meninggalkan bumi Sihanoukville setelah tamat tugasan pendek disana.  Alhamdulillah dalam tempoh setahun setengah di Kompong Som (nama tempatan untuk Sihanoukville Town), banyak pengalaman dan pengajaran serta pengetahuan, terutama berkenaan komuniti Muslim Kemboja. Dari pengalaman "melihat dengan mata sendiri", bermula dari Siri Pertama Qurban di Sihanoukville pada tahun 2017, insyaAllah saya berazam untuk terus berusaha membawa Qurban dari Malaysia terutama dari kalangan keluarga sendiri serta kawan2 yang faham dan sudi menyumbang Qurban di Sihanoukville. Meski bilangan peserta dan jumlah lembu makin berkurang, ianya bukanlah menjadi ukuran kejayaan progrem ini.  Yang paling utama, ikhlas dan dengan doa Qurban kita diterima Allah walau dimana kita laksanakannya.  Saya rasa tidak perlu kita berbahas yang mana lebih afdhal, lebih aula'.... asalkan k