Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Persatuan Satu Kampit Beras Satu Bulan Selangor (1KB1B)

Tanggal 15hb. Jun, 2016 - "persatuan" 1KB1B dengan rasminya didaftarkan dengan ROS. Semoga dengan pendaftaran ini, aktiviti serta progrem 1KB1B akan bertambah lancar dan disertakan barokah Allah jua.

7hb Mei 2016 & 4hb Jun 2016

Sedikit update berkaitan aktiviti agihan beras pada  7hb Mei dan 4hb Jun 2016. SABTU, 4hb JUN 2016. 1.  Saadah AdDarrain  -  60 2.  Darul Qur'an           -  60 3.  Mujahideen             -  20 4.  Bustanul Arifat       -  15 5.  Taufiq Islami          -  60 6.  Al-Munirah              - 29 7.  Al-Fateh                    - 10 8.  Iskandariah                -  5 9.  Mahabbah                 -  20 10. An-Nur                     - 20 11. Barakah                    - 10 12. Darul Ulum              - 20 13. PerKid Ulu Langat   - 11 14. Ribart Darussalam    -  6 15. Raudhah Sakinah     - 20  TOTAL:  366 kampit. Sedikit gambar aktiviti memungah dan mengagih beras... SABTU 7hb MEI 2016 Alhamdulillah.... meski dgn anggota yang agak sedikit dari kebiasaan, sejumlah 315 kampit dari 345 kampit yg dijadualkan untuk agihan pada hari ini selamat di hantar ke pusat2 berikut:- 1.  Saadah - 60 2.  Darul Qur'an - 50 3.  Taufiq Islami - 50 4.  Muj

usaha masih diteruskan....

Alhamdulillah.  Usia muda progrem 1KB1B telah melangkau masuk tahun ketiga.  Dan alhamdulillah sasaran kutipan/infaq beras dari para dermawan juga telah kami pertingkatkan ke 300 kampit sebulan. Masih jelas dalam ingatan saya semasa bermula pada January 2014 sasaran kutipan kami hanyalah 100 kampit sahaja.  Hanya kepada Allah kami memohon baroqah dan kami berserah. Ahad 6hb Mac 2016, sekali lagi Skuad 1KB1B turun padang untuk aktiviti hantaran dan agihan beras ke pusat2 yg kini secara regular menerima sumbangan kecil dari seluruh warga progrem 1KB1B yang didokong dari FB Page 1KB1B .  Alhamdulillah setakat hari ini (8hb Mac 2016), sudah ada 1,989 likes di page tersebut. Macam biasa dan sudah menjadi rutin ahli skuad pada hari2 aktiviti agihan untuk berkumpul di gerai/kedai makan sambil sarapan dan berbincang sedikit sebanyak berkaitan kutipan, aktiviti serta idea2 penambahbaik progrem ini. ahli Skuad menikmati bahulu yang di pos khas dari Kangar Perlis oleh Saudara Hasmizal Hay

2016 - Lembaran Baru

Alhamdulillah. Tahun 2016 menyaksikan beberapa tambahan penerima sumbangan beras serta juga tambahan aktiviti progrem 1KB1B. Pertama2nya, sayugia di maklumkan pendekatan utama progrem ini adalah memberi bantuan kepada pusat2 tahfiz dan pondok pengajian, pusat2 kebajikan anak yatim atau warga emas, serta individu2 yang dikenalpasti samaada melalui amil2 atau pemimpin masyarakat setempat. Dan setakat masa ini, kawasan liputan atau tumpuan utama (main coverage area) adalah sekitar Teluk Panglima Garang (Sejangkang) serta Jalan Kebun.  Meski begitu, sayap progrem 1KB1B ini telah mula dikembangkan ke Rawang (special case) dan Pendamar Indah serta Jalan Meru (special case). Kekangan yang paling utama bagi kami adalah masa serta tenagakerja yang terhad.  Kami sebolehnya tidak mahu mengganggu terlalu banyak masa ahli Skuad 1KB1B.  Dari sebab itulah progrem agihan dihadkan untuk tempoh pagi sehingga sebelum zohor pada minggu pertama setiap bulan. Namun dengan pertambahan pusat2 yang di

Penutup Tirai 2015

Alhamdulillah... Sudah usai 23 bulan program 1KB1B ini berjalan.  Pihak pengurusan dan Skuad 1KB1B ingin mengucapkan tahniah kepada semua penyumbang samaada dari segi wang ringgit maupun tenaga kerja serta pengorbanan masa selama program ini berjalan.  Diharapkan dan disertakan dengan doa kepada Allah s.w.t kita sama-sama dapat terus istiqomah dengan usaha kecil kita ini. Hasil kutipan bulan Disember 2015 adalah bersamaan 293 kampit semuanya bila Skuad berurusan di Kedai Rahman pada pagi Sabtu 2hb Januari 2016. Memandangkan senarai penerima telah bertambah menjadi 10 mulai bulan November 2015 (dari 8 pusat tahfiz serta rumah anak yatim), agihan dipersetujui dilakukan berperingkat2 - yakni pada hari Sabtu ini beras2 dihantar seperti berikut:- 1. Saadah ad-darrain - 40 2. Al-Munirah           - 40 3. Darul Qur'an         - 40 4. Taufiq Islami         - 40 5. Tahfiz al-Mujahidin - 20 6.  Bustanul Arifat       - 15 7.  Pusat Anak Yatim al-Baraqah - 10 8.  Pusat Tahfiz al-F