Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

usaha masih diteruskan....

Alhamdulillah.  Usia muda progrem 1KB1B telah melangkau masuk tahun ketiga.  Dan alhamdulillah sasaran kutipan/infaq beras dari para dermawan juga telah kami pertingkatkan ke 300 kampit sebulan. Masih jelas dalam ingatan saya semasa bermula pada January 2014 sasaran kutipan kami hanyalah 100 kampit sahaja.  Hanya kepada Allah kami memohon baroqah dan kami berserah. Ahad 6hb Mac 2016, sekali lagi Skuad 1KB1B turun padang untuk aktiviti hantaran dan agihan beras ke pusat2 yg kini secara regular menerima sumbangan kecil dari seluruh warga progrem 1KB1B yang didokong dari FB Page 1KB1B .  Alhamdulillah setakat hari ini (8hb Mac 2016), sudah ada 1,989 likes di page tersebut. Macam biasa dan sudah menjadi rutin ahli skuad pada hari2 aktiviti agihan untuk berkumpul di gerai/kedai makan sambil sarapan dan berbincang sedikit sebanyak berkaitan kutipan, aktiviti serta idea2 penambahbaik progrem ini. ahli Skuad menikmati bahulu yang di pos khas dari Kangar Perlis oleh Saudara Hasmizal Hay