Skip to main content

A.M.E.K (Almari Makanan Ehsan Komuniti)

Assalamualaikum WBKT
 
Insyaallah projek pilot bagi Program AMEK (Almari Makanan Ehsan Komuniti) akan dimulakan pada 1hb Oktober 2015. 

Projek ini akan bermula dengan 10 orang penyumbang pertama yang akan menyumbang sebanyak RM50 seorang, menyumbang secara berterusan setiap bulan. Sumbangan ini akan mengumpulkan sejumlah RM500 sebulan.. Jumlah ini mungkin agak kecil berbanding dengan keperluan asnaf fakir dan miskin setempat. Walaubagaimanapun sebagaimana dasarnya sebuah projek pilot ianya bermula dengan jumlah yang sedikit. Apabila segalanya berjalan seperti yang dirancangkan Insyaallah akan diperkembangkan kepada para peyumbang yang lain. 

Cadangan projek AMEK ini akan mensasarkan satu atau dua pusat AMEK berdasarkan keperluan dan keluasan kawasan dan menjadikan Masjid sebagai pusat maklumat manakala kedai milik perniaga muslim tempatan dijadikan pusat atau 'Almari' makanan kepada asnaf sasaran. 

Untuk projek pertama ini kami bermula dengan Masjid Nurul Iman Kg Kebun Baru Batu 10, Telok Panglima Garang sebagai pusat maklumat manakala kedai runcit yang terpilih adalah Kedar Runcit Rahman yang terletak di Jalan Masjid, Kg Kebun Baru Batu 10 itu sendiri yang secara kebetulan berdekatan dengan masjid berkenaan. 

Sepuluh orang penyumbang telah pun berbesar hati untuk menjadi penyumbang tetap bagi projek pilot ini dan Insyaallah projek ini akan bermula pada 1hb Oktober ini nanti. 

Doakan agar akan sentiasa istiqomah bagi membantu meringankan bebanan fakir miskin setempat. Kami juga mengharapkan dan berdoa agar projek ini berjaya dan boleh diduplikasikan di tempat masing-masing yang sudah pasti juga mempunyai golongan yang kurang berkemampuan. 

Untuk itu kami menyeru jika ada pihak atai orang perseorangan yang dapat diamanahkan bagi menjalankan projek AMEK ini sangat sangat dialukan. 

Tuan puan bolehlah PM admin untuk keterangan lanjut.
 
Wassallam.

Comments

Popular posts from this blog

Qurban 2017 di Siihanoukville, Kemboja (1 & 2 Sept 2017)

Ramai yang bertanya kenapa banyak NGO serta badan-badan lain offer serendah RM320 satu bahagian? Mulanya, susah saya nak jawab. Tapi bila diselidiki, memang orang Malaysia yang berqurban di sini (Kemboja) lembunya berharga USD450 kebawah, atau lebihkurang RM2,000 seekor (kadar tukaran 4.3-4.5) - jadinya dalam RM300 satu bahagian. Namun, lembunya hanya berumur dalam tiga tahun, satu ekor mungkin dapat 60kg daging.... Saya cadangkan kepada 1KB1B untuk mencari lembu yang usianya lebih dari empat tahun - saiznya agak besar - dengan harga antara USD500 ke USD600 seekor. [Awal Ogos 2017] Setelah dipersetujui jawatankuasa kerja program Qurban ini, misi untuk mencari dan membeli lembu bermula.  Rupanya tak mudah untuk mencari lembu di musim raya haji disini.  Rata2 ramai "broker lembu" serta peniaga2 musim raya.  Namun begitu, Alhamdulillah ada juga jumpa lembu direct owner. Di kampung Trpang Rpov, daerah Kampot misi mencari lembu saiz besar, kura...

Qurban Sihanoukville 4.0

Alhamdulillah program bersama antara Persatuan 1KB1B dan Jawatankuasa Masjid Al-Mukhalifah Sihanoukville (khususnya Imam TokRi, Imam TokMat dan Ustaz Yusuf) telah selamat disempurnakan untuk tahun keempat. Bermula dari tahun 2017, dimana kami dapati kampung2 Muslim di daerah Sihanoukville tidak mendapat perhatian dari badan yang membawa ibadah Qurban ke Kemboja sebagaimana di Daerah Cham.  Alhamdulillah bertitik mula dari situ, sekarang ini sudah kedapatan NGO-NGO serta badan-badan lain yang telah juga membawa qurban ke Sihanoukville. Kami masih lagi meneruskan program Qurban ini.  Pada tahun 2020 ini, alhamdulillah sebanyak 20 ekor lembu telah dapat pihak kami uruskan. 14 ekor adalah 100% melalui Persatuan 1KB1B manakala 6 ekor lagi adalah yang di salurkan secara langsung ke jawatankuasa Masjid Al-Mukhalifah. Namun lembu2 tersebut bernaung dibawah Progrem Qurban Persatuan 1KB1B. Meski pada tahun ini kita berhadapan dengan situasi Covid-19, alhamdulilla...

Hulu Besut bersama KARIB

KARIB - Kelab Alumni & Rakan Imtiaz Besut diterajui oleh anak muda Cikgu Raja Azman. Sesungguhnya kami sedikit cemburu kerana kesedaran mereka dalam membantu dimiliki lebih awal dalam usia. Sedangkan kami2 asalnya menunggu  umur pencen! Tapi Alhamdulillah muncul kesedaran pada tahun 2013/2014 bila baru masuk "five series". Bak kata pepatah orang putih, its never too late to start something new.. . Kami di 1KB1B mula berkenalan dengan Cikgu Raja semasa sama-sama menyalurkan bantuan banjir ke Sabah di hujung tahun 2020. 1KB1B menyalurkan an 100 kampit beras 10kg. Pertemuan ringkas di pusat pengumpulan sumbangan telah berputik jalinan kerjasama kearah kebaikan ini... Cikgu Raja, selain dari berkerjaya sebagai seorang guru juga aktif dalam LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) Sejangkang. Ini mungkin kerana kesinambungan dari ayah beliau yang merupakan seorang petani.  LPP menawarkan agihan beras serta pek makanan dengan harga yang lebih menarik kepada 1K...