Skip to main content

Posts

Qurban Sihanoukville 4.0

Alhamdulillah program bersama antara Persatuan 1KB1B dan Jawatankuasa Masjid Al-Mukhalifah Sihanoukville (khususnya Imam TokRi, Imam TokMat dan Ustaz Yusuf) telah selamat disempurnakan untuk tahun keempat. Bermula dari tahun 2017, dimana kami dapati kampung2 Muslim di daerah Sihanoukville tidak mendapat perhatian dari badan yang membawa ibadah Qurban ke Kemboja sebagaimana di Daerah Cham.  Alhamdulillah bertitik mula dari situ, sekarang ini sudah kedapatan NGO-NGO serta badan-badan lain yang telah juga membawa qurban ke Sihanoukville. Kami masih lagi meneruskan program Qurban ini.  Pada tahun 2020 ini, alhamdulillah sebanyak 20 ekor lembu telah dapat pihak kami uruskan. 14 ekor adalah 100% melalui Persatuan 1KB1B manakala 6 ekor lagi adalah yang di salurkan secara langsung ke jawatankuasa Masjid Al-Mukhalifah. Namun lembu2 tersebut bernaung dibawah Progrem Qurban Persatuan 1KB1B. Meski pada tahun ini kita berhadapan dengan situasi Covid-19, alhamdulilla...

Urusetia 1KB1B-Besut

Admin memohon maaf kepada semua pembaca blog 1KB1B ini kerana tiada posting semenjak awal tahun 2020.  Persatuan 1KB1B, samaada Skuad Selangor mahupun Skuad Besut masih lagi bergerak aktif dan update-update terkini sentiasa di muatnaik di Facebook Page 1KB1B . Posting kali ini adalah untuk meraikan sekumpulan "ladies" yang telah mengembangkan sayap 1KB1B di Pantai Timur.  Dalam serba kesederhanaan, Urusetia 1KB1B-Besut  bergerak aktif menyantuni mereka2 yang benar2 memerlukan bantuan. Diketuai oleh Hajjah Lela, yang lebih mesra di panggil Ciksu oleh rakan-rakan, Urusetia Besut bergerak serentak saban bulan secara parallel dimana wakil-wakil kampung akan mendapatkan pek makanan yang dikelolakan oleh Ciksu serta di bantu oleh Hajjah Zabidah.  Wakil2 kampung yang bergerak aktif terdiri dari Puan Siti Halijah, Puan Khalidah, Puan Rehani, Puan Rosmah, Puan Pailah, Puan Norhizan  serta Puan Zaidah. Dan "amongst the roses", Sdr Alias sentiasa berada bersama sebagai...

Lembaran Baru 2020

Assalamualaikum wbkt. Hari ini penghantaran beras ke pusat2 tahfiz dan rumah2 anak yatim dijalankan seperti sebelum ini. Namun, ada sedikit perbezaan dalam program agihan pada kali ini:- 1. Kami telah menggunakan beras Jenama Bidara - produk keluaran 100% Muslim dan pengusaha yg kami kira lebih perlu sokongan dari pendorong BMF (mengantikan beras Jasmine yg sebelum ini adalah jenama dibeli oleh 1KB1B ). 2. Ini juga pertama kali 1KB1B mewakilkan terus kepada Syarikat Beras Bidara untuk membuat penghantaran terus kepada pusat2 tahfiz yang terpilih. Sebanyak 5  buah pusat ditumpukam buat masa ini (tanpa sebarang kos tambahan kpd 1KB1B - malah dengan sedikit penjimatan dari sebelum ini). Namun, ini masih lagi dalam tempoh percubaan. Jika segalanya berjalan lancar Insyaallah 1KB1B akan mewakilkan terus penghantaran kpd pusat2 tahfiz dan anak yatim yg lainnya kepada Syarikat Beras Bidara. Langkah ini diambil memandangkan kekangan yg dihadapi oleh AJK serta tenaga kerja...

1KB1B-Besut

Sememangnya semenjak Persatuan 1KB1B ini di ilhamkan pada awal tahun 2014, kami berhasrat agar gerakan serupa dapat di tubuhkan di daerah-daerah lain.  Namun setelah enam tahun beroperasi di Sejangkang/Teluk Panglima Garang Selangor, jangankan negeri lain, daerah lain di Selangor pun masih belum ada inisiatif 1KB1B yang tertubuh.  Pun begitu, kami yakin terdapat individu atau kumpulan yang mungkin bergerak secara kecil-kecil dalam usaha mereka sendiri untuk membantu dan memberi kepada yang memerlukan. Pun begitu..... Alhamdulillah, tahun ini kami dapat membantu sekumpulan sukarelawan yang telah pun bergerak secara terhad di daerah Besut Terengganu dalam usaha menyampaikan bantuan dan sedekah kepada keluarga miskin meskipun tidak dilakukan secara " structured " mahupun secara konsisten setiap bulan. "Cawangan" pertama 1KB1B insyaAllah bakal bergerak secara konsisten dengan tertubuhnya Jawatankuasa pro-tem 1KB1B-Besut pada 7hb September 2019.  Usaha kearah menubuh...

Ziarah & Riadah di Pos Sinderut 2 (24-25 Ogos 2019)

Alhamdulillah... Pertamanya, ucap-syabas kepada jawatankuasa/urusetia penggerak progrem Ziarah & Riadah ke Pos Sinderut kali kedua ini, kesinambungan dari program ulung pada 24-26 Februari 2018. Tuan Haji Syahirman masih lagi memainkan peranan utama sebagai perantara dan dalam koordinasi aturcara bersama urusetia progam kali kedua ini.   Meski agenda program masih lagi sama secara amnya dengan yang telah dibawa pada tahun lalu, namun ada sedikit penambahan nilai bagi peserta2 program itu sendiri.    Tuan Haji Syahirman Jika pada program ulung tahun lepas, tumpuan pengisian adalah untuk penduduk tempatan, namun pada kali ini, pihak Urusetia cuba untuk menjadikan program ini sebagai program serampang dua mata.    Disamping ziarah dan santunan penduduk di kampung sasar (Lubuk Muman, serta dua buah kampung berdekatan - admin tak dapat info nama kampung2 tersebut ), progrem ini juga turut mengandungi agenda mendidik serta memperkasakan peserta pr...