Skip to main content

1KB1B-Besut

Sememangnya semenjak Persatuan 1KB1B ini di ilhamkan pada awal tahun 2014, kami berhasrat agar gerakan serupa dapat di tubuhkan di daerah-daerah lain.  Namun setelah enam tahun beroperasi di Sejangkang/Teluk Panglima Garang Selangor, jangankan negeri lain, daerah lain di Selangor pun masih belum ada inisiatif 1KB1B yang tertubuh.  Pun begitu, kami yakin terdapat individu atau kumpulan yang mungkin bergerak secara kecil-kecil dalam usaha mereka sendiri untuk membantu dan memberi kepada yang memerlukan.

Pun begitu..... Alhamdulillah, tahun ini kami dapat membantu sekumpulan sukarelawan yang telah pun bergerak secara terhad di daerah Besut Terengganu dalam usaha menyampaikan bantuan dan sedekah kepada keluarga miskin meskipun tidak dilakukan secara "structured" mahupun secara konsisten setiap bulan.

"Cawangan" pertama 1KB1B insyaAllah bakal bergerak secara konsisten dengan tertubuhnya Jawatankuasa pro-tem 1KB1B-Besut pada 7hb September 2019.  Usaha kearah menubuhkan jawatankuasa dan penggerak ini telah di mulakan oleh Tuan Haji Reza Razak yang juga merupakan kawan sekolah salah seorang AJK 1KB1B (Selangor).


Untuk menyokong usaha ini, Pengerusi 1KB1B Tuan Hj Ali telah sudi untuk bertandang ke Besut pada hujung minggu 7-Sept bagi membantu penubuhan sukarelawan usaha murni ini.  Dari situ, perbincagan informal telah bersetuju dengan lantikan tunjang utama 1KB1B-Besut terdiri dari Puan Hajjah Wan Norlaila, Puan Hajjah Zabidah Ismail, Tuan Haji Abdul Hakim Abbas & Sdr, Alias Hussin sebagai Pro-tem Committee.  Manakala Tuan Haji Reza Razak pula akan bertindak sebagai Penaung Utama.

Dari kanan:- Tuan Hj. Ali (Pengerusi 1KB1B), Hj. Sabri, Hj. Reza, Hjh. Zabidah, Sdr. Alias & Hjh Wan Norlaila.
Meski buat permulaan grup ini berpayung dibawah 1KB1B (Persatuan Sekampit Beras Seorang Selangor), diharap 1KB1B-Besut akan segera dapat berdikari dan terus istiqomah...

Sehubungan dengan tertubuhnya 1KB1B-Besut ini, pada keesokan harinya (Sabtu 8-September), para sukarelawan telah mula membuat agihan sedekah beras serta barangan asas dapur.  Modus operandi Besut ini agak berbeza sedikit dari apa yang kami lakukan di Sejangkang dimana mereka gabungkan agihan beras dengan program AMEK - tapi instead of menyediakan "almari", barangan dapur di bundle-kan bersama agihan beras...



Untuk agihan permulaan ini, barangan bernilai RM50 telah disediakan untuk diberikan kepada mereka-mereka yang memerlukan.  Serta juga, dengan kutipan yang diterima untuk program ulung ini (campur dengan sumbangan dari 1KB1B), kami limitkan sumbangan untuk 30 keluarga sahaja.


Berikut adalah sedikit perkongsian gambar2 dari program agihan ini...






Semoga pemulaan ini bakal membawa usaha kami ke arah kejayaan...  Dan diharapkan lebih ramai penyumbang istiqomah dapat turut serta dalam menyumbang samada dari segi wang ringgit, tenaga kerja serta juga doa agar kita terus istiqomah.  Kami berharap 1KB1B ini dapat membuat agihan  beras serta barangan dapur (goodies) secara konsisten setiap bulan kepada keluarga yang memerlukan...



* Tidak ada yang lebih memberi perasaan kepuasan selain dari menerima mesej sebegini sejurus selepas kami menyampaikan sumbangan....  Alhamdulillah kami mampu memberi sedikit kelegaan kepada yang kesempitan...



JOM ISTIQOMAH DIRI

Comments

Popular posts from this blog

Progrem Kongsi Rezeki

1KB1B sentiasa mencari peluang untuk menyalurkan infaq dan sumbangan dari ahli2 penyokong persatuan. Ternyata peluang dan ruang berbakti ini sentiasa terbuka. Lebih lebih lagi di musim penuh cabaran sekarang ini dimana ramai yang terkesan dek wabak Covid-19. Salah satu dari perkara dalam agenda mesyuarat mingguan AJK 1KB1B adalah idea progrem2 yang boleh di buat untuk meyembangkan akativiti bantuan kepada masyarakat. Bermula dengan Progrem AMEK (Almari Makanan Ehsan Komuniti) yang bermula pada1-Okt-2015 dimana kami berkolaborasi dengan dua buah kedai runcit untuk menyalur barangan makanan asas kepada asnaf, banyak lagi progrem-progrem telah dapat kami lakukan samaada secara one-off atau menjadi progrem tetap bulanan seperti AMEK tersebut serta progrem tahunan seperti Progrem Ziarah & Riadah serta juga progrem Qurban di Kemboja. Terkini Progrem Kongsi Rezeki adalah kolaborasi dengan beberapa Sekolah di Shah Alam & Kelang. Kami rasakan ada dari kalangan keluarga murid sekola...

Disember 2014 - Misi Bantuan Banjir Kelantan

Saya kira seluruh rakyat Malaysia sudah tahu secara jelas peristiwa, atau lebih tepat lagi bencana banjir lumpur yang melanda sebahagian negeri Kelantan pada 10 hari terkahir bulan Disember 2014.  Kemuncak banjir itu berlaku diantara 23hb hingga 27hb Disember bilamana kawasan utama yang dilanda banjir iaitu Kuala Krai dan Gua Musang mulai mendapat liputan meluas dilaman sosial FB. Saudara Ali Nor mulai bertanya "apa yang boleh kita lakukan?"...  dan dalam jangkamasa beberapa jam selepas berbincang melalui FB serta whatsapp, kami bersetuju untuk menghebahkan kepada semua penyumbang 1KB1B yang istiqomah bahwasanya kutipan bulan Disember akan disalurkan sepenuhnya untuk misi bantuan banjir ke Dabong, Kuala Krai. Alhamdulillah, Allah membimbing kami untuk berbincang dengan AJK Masjid Nurul Iman Batu 10 Teluk Panglima Garang untuk memohon kerjasama dalam menjayakan misi ini.  Pada mulanya, kami cuma berhasrat untuk menjadikan masjid sebagai pusat pemgumpulan sumbangan disa...

Tahun ke-8...... "Anda Hulur, Kami Salur"

Begitu deras waktu berlalu... Bagaikan banjir besar yang melanda pantai timur pada hujung tahun 2020 / awal tahun 2021, aktiviti-aktiviti 1KB1B juga mengalir dengan lancar... Alhamdulillah... Jazakallah kami ucapkan kepada semua penyumbang dan penginfaq yang sentiasa istiqomah, saban bulan mengorbankan sedikit dari rezeki wang ringgit mereka ke tabung persatuan 1KB1B... Semoga Allah rahmati infaq infaq itu dan digantikan dengan pahala dan rezeki yang bertambah serta bakal menjadi asbab redha Allah untuk terpilih ke syurga nanti... InsyaAllah. 1KB1B pada awal di tubuhkan adalah dengan tujuan utama untuk membantu rakan2 sejawat, sahabat-handai serta ahli keluarga istiqomah untuk bersedeqah atau berinfaq.  Bila difikirkan balik, tujuan ini adalah agak selfish kerana kami cuma mahukan ganjaran untuk kami.  Namun, disebaliknya, kami membantu untuk membawa manafaat kepada merka2 yang memerlukan.  Dan pada beberapa tahun permulaan, kami sasarkan pondok2 takfiz dan agama serta pu...