Skip to main content

Ziarah & Riadah di Pos Sinderut 2 (24-25 Ogos 2019)


Alhamdulillah...

Pertamanya, ucap-syabas kepada jawatankuasa/urusetia penggerak progrem Ziarah & Riadah ke Pos Sinderut kali kedua ini, kesinambungan dari program ulung pada 24-26 Februari 2018.
Tuan Haji Syahirman masih lagi memainkan peranan utama sebagai perantara dan dalam koordinasi aturcara bersama urusetia progam kali kedua ini.  Meski agenda program masih lagi sama secara amnya dengan yang telah dibawa pada tahun lalu, namun ada sedikit penambahan nilai bagi peserta2 program itu sendiri.  
Tuan Haji Syahirman
Jika pada program ulung tahun lepas, tumpuan pengisian adalah untuk penduduk tempatan, namun pada kali ini, pihak Urusetia cuba untuk menjadikan program ini sebagai program serampang dua mata.  
Disamping ziarah dan santunan penduduk di kampung sasar (Lubuk Muman, serta dua buah kampung berdekatan - admin tak dapat info nama kampung2 tersebut), progrem ini juga turut mengandungi agenda mendidik serta memperkasakan peserta progrem itu sendiri.  Dan peserta2 yang terpilih adalah dari dua kumpulan yang berbeza - dari kalangan anak2 remaja kariah dibawah sayap Biro Pemuda Masjid Nurul Iman (MNI) Batu 10 Sijangkang serta dari pelajar2 tahfiz dari Pondok Ribath Sijangkang dan Maahad Tahfiz Kampong Bandar.

InsyaAllah, untuk program Ziarah (santunan golongan yang memerlukan bantuan - beras dan keperluan asas seperti gula, kopi, teh etc - bergantung kepada sumbangan) mendatang, pihak Urusetia Program akan memasukkan agenda didik serta memperkasa remaja2 dari kariah2 masjid dalam usaha sampingan menarik lebih ramai belia dan remaja cintakan usaha kemanusiaan....

Meskipun ziarah kali ini hanyalah 2-hari 1-malam, namun kami rasakan pengisian serta manafaatnya tidak berkurang dari program tahun lepas. Malah, program kali ini adalah kali pertama diadakan kerjasama dengan Masjid Nurul Iman (Biro Pemuda 17 peserta), Pondok Ribath Darussalam (18 peserta) dan Mahaad Tahfiz Kampong Bandar (5 peserta).

Peserta disusun mengikut kenderaan yang bakal mereka naiki


Sebagaimana di rancang, semua peserta berkumpul di perkarangan MNI bermula dari jam 4.00pagi lagi. Manakala ramai diantara anak2 Pondok Ribath serta dari Pemuda Masjid Nurul Iman beri'tiqaf di Masjid  malam itu.  Dan sebagaimana perancangan awal, konvoi bersolat subuh di surau stesen minyak BhP selepas tol Gombak.  Seramai 65 peserta turut serta dalam misi kali ini menaiki 15 kenderaan bermula dari MNI. 

Selfie selepas menunaikan Solat Subuh…

Namun sebuah kenderaan telah mengalami sedikit masaalah "overheat" dalam perjalanan dan terpaksa ditinggalkan di Masjid Bandar Bentong; manakala pseserta dan pemandu kenderaan tersebut telah di ecerkan ke kenderaan lain.

Kenderaan ini terpkasa berhenti-henti untuk sejukkan enjin… namun alhamsulillah mampu samapai ke Masjid Bentong
Selepas berehat dan menikmati Nasi Lemak (bungkus/bekal) semasa hentian di Masjid Bandar Bentong selama lebih kurang satu jam, kami bergerak menuju destinasi program melalui jalan Raub Sungai Koyan.


Memandangkan musim durian tengah "peak season" di daerah Raub, ramai antara volunteers yang singgah2 beli durian.  Kebetulan dipersimpang masuk ke Pos Sinderut ada penjual durian (hutan/kampung) dari kalangan orang asal... maka berborong lah kami untuk dibawa masuk ke destinasi dimana durian akan dikongsi bersama penduduk setempat (meskipun mereka mungkin sudah lali dengan durian hutan).

Kami tiba di Pos Muman sebelum zohor.  Masing2 mula menjalankan tugasan yang telah dari awal di berikan. 
Tugasan Utama adalah menurunkan beras serta goodies untuk di bungkus sebelum agihan esok harinya...
Setelah usai menurunkan barangan2 termasuk alatan memasak, semua ahli berkumpul di surau untuk solat zohor/asar serta mendengar taklimat dari ketua program, iaitu Sdr. Pengerusi 1KB1B sendiri, Tuan Haji Ali.

Seterusnya, dapur dibuka dimana kami bakal menyediakan makan malam untuk ahli ziarah serta kepada semua penduduk kampung Pos Muman dan kampung berdekatan.  Untuk menu kali ini, (Chef) Haji Ali bakal memasak dua ekor kambing gulai kari…
Ahli-ahli menyiapkan ramuan untuk kari kambing….
Aromanya menyelerakan :-)
Dua Periuk - lebih dari cukup untuk semua… berbaki dan di makan dengan sarapan keesokan harinya…
Sementara menunggu makanan siap, Biro Pemuda MNI telah menganjurkan aktiviti melukis yang disertai oleh anak-anak Orang Asli (ada juga dewasa yang turut serta!)



 
Setelah selesai aktiviti melukis, anak-anak dikumpulkan pula untuk aktiviti sukaneka.  Setiap aktiviti diatas akan disudahi dengan kesemua mereka menerima hadiah!



Sementara hidangan makan malam disediakan, bendera Malaysia diagihkan kepada anak-anak sempena Hari Kemerdekaan yang bakal tiba.  Mereka perlu disuntik semangat untuk maraikan Hari Merdeka meskipun berada jauh dipedalaman….

Kesemuanya dengan bangga mengibarkan Jalur Gemilang…
Hari pertama yang penuh dengan aktiviti dan manafaat buat semua peserta dan penduduk tempatan… alhamdulillah.

Setelah selesai aktiviti yang telah diatur untuk petang hari pertama ini, aktiviti seterusnya adalah,,, makan!    Jam sudah menunjukkan pukul 6:30 petang…. dan makanan sudah tersedia… Semua dijemput!

Anak-anak mendahului beratur untuk mengambil makanan masing2..
Peserta dan Volunteers Program yang terakhir beratur untuk dinner awal…. selepas semua penduduk tempatan mengambil makanan masing-masing...

Hari pertama ini di sudahi dengan mandi-manda dan persiapkan diri untuk aktivi malam pula - yakni solat berjamaah serta tazkirah dari Ustaz.



Selebih dari malam tersebut disulami dengan aktiviti "wayang pacak" untuk penduduk tempatan serta juga minum2 di "dapur" bagi peserta2 yang tidah berminat untuk menonton...

Hari Kedua, Ahad 25 Ogos 2019:   hari dimulakan dengan solat subuh berjemaah dan sedikit tazkirah.…

Sementara menuggu sarapan disiapkan oleh Chef dan krew dapur, para peserta beraktiviti senaman dimpimpin oleh Sdr. Hashim...

Aktiviti seterusnya adalah program agihan beras serta goodies bag kepada penduduk-penduduk - sambil menyampaikan sedikit tazkirah dan dakwah…  Sebanyak 100 “goodies bag” telah disediakan dan di agihkan kepada keluarga tiga buah kampung disana.  Setiap beg mengandungi beras (5kg), gula, minyak masak serta barangan kebersihan diri (sabun mandi, berus & ubat gigi).   Tiga kumpulan bergerak berasingan untuk agihan di tiga kampung sasar.

Misi kali ini dipimpin oleh tiga orang Ustaz - Ustaz Azizul Ashraf Sanusi (Pondok Ribath Darussalam); Ustaz Saharuddin Adam (Maahad Tahfiz Kampong Bandar);  dan Ustaz Safiq Hamdan  (Biro Pemuda MNI).


Menyampaikan Tazkirah & Dakwah kepada penduduk tempatan…
Sementara kumpulan agihan ziarah & agih goodies, mereka-mereka yang tidak turut serta dihiburkan oleh Tok Batin dengan acara belajar menyumpit…

Program kali ini tamat sekitar jam 11:00 pagi dimana peserta2 mulai bergerak keluar untuk kembali ke rumah masing2.  Meskipun tiada "lunch" disediakan, rata-rata penduduk berpuas hati dengan lawatan/ziarah kami... alhamdulillah.  Kami memang rancang untuk keluar awal sedikit memandangkan majoriti peserta bekerja keesokan harinya.



Program kali ini disudahi dengan penyerahan cenderahati serta sumbangan kepada Tok Batin...



Rata2 semua peserta kelihatan puas dengan aturcara dan agenda program kali ini.  Semoga ianya memberi kesan dan menafaat berpanjangan kepada semua pihak.  Dan yang lebih utama, semoga Allah merahmati ziarah dan infaq yang telah diberikan oleh penyokong-penyokong 1KB1B...

Lagi gambar sekitar porogram kali ini...














Sedikit Info Tambahan untuk Program Ziarah & Riadah ini:-
i. Pertama kali program dgn kerjasama MNI (Biro Pemuda) - 17 orang,  Ribath 18 orang, Maahad Tahfiz Kg Bandar 5 orang, selebihnya orang perseorangan.

ii. Sumbangan utama dari Menteri Besar Incorporated, Masjid Nurul Iman dan orang perseorangan.
ii. Goodies Bag sejumlah 100 bag yg mengandungi beras, gula, minyak dan barang kebersihan.
ii. Jajan, goodies, stationaries, botol air, hadiah sukaneka pelbagai jenis.
iii. 2 ekor kambing Aqiqah dan bahan2 masakan adalah daripada Saudara Ridzwan Misbah.
iv. Sumbangan Hamper n Wang tunai kepada Batin Mansor RM200 sebagai saguhati bagi memberikan kerjasama n kebenaran utk mengadakan program serta meraikan beliau yg akan bersara pada September 2019.
v. Sumbangan perkaian terpakai.
vi. Sumbangan minyak diesel - 100 liter - untuk kegunaan Generator di Kampung Lubuk Muman.
vii. Cenderahati berupa frame tulisan Khat serta sijil penghargaan untuk Surau Lubuk Muman.
viii. Pos Senderot / Sinderot / Sinderut penempatan Org Asli suku kaum Semai.



Nukilan:  Blog Administrator.

Comments

Popular posts from this blog

Progrem Kongsi Rezeki

1KB1B sentiasa mencari peluang untuk menyalurkan infaq dan sumbangan dari ahli2 penyokong persatuan. Ternyata peluang dan ruang berbakti ini sentiasa terbuka. Lebih lebih lagi di musim penuh cabaran sekarang ini dimana ramai yang terkesan dek wabak Covid-19. Salah satu dari perkara dalam agenda mesyuarat mingguan AJK 1KB1B adalah idea progrem2 yang boleh di buat untuk meyembangkan akativiti bantuan kepada masyarakat. Bermula dengan Progrem AMEK (Almari Makanan Ehsan Komuniti) yang bermula pada1-Okt-2015 dimana kami berkolaborasi dengan dua buah kedai runcit untuk menyalur barangan makanan asas kepada asnaf, banyak lagi progrem-progrem telah dapat kami lakukan samaada secara one-off atau menjadi progrem tetap bulanan seperti AMEK tersebut serta progrem tahunan seperti Progrem Ziarah & Riadah serta juga progrem Qurban di Kemboja. Terkini Progrem Kongsi Rezeki adalah kolaborasi dengan beberapa Sekolah di Shah Alam & Kelang. Kami rasakan ada dari kalangan keluarga murid sekola...

Disember 2014 - Misi Bantuan Banjir Kelantan

Saya kira seluruh rakyat Malaysia sudah tahu secara jelas peristiwa, atau lebih tepat lagi bencana banjir lumpur yang melanda sebahagian negeri Kelantan pada 10 hari terkahir bulan Disember 2014.  Kemuncak banjir itu berlaku diantara 23hb hingga 27hb Disember bilamana kawasan utama yang dilanda banjir iaitu Kuala Krai dan Gua Musang mulai mendapat liputan meluas dilaman sosial FB. Saudara Ali Nor mulai bertanya "apa yang boleh kita lakukan?"...  dan dalam jangkamasa beberapa jam selepas berbincang melalui FB serta whatsapp, kami bersetuju untuk menghebahkan kepada semua penyumbang 1KB1B yang istiqomah bahwasanya kutipan bulan Disember akan disalurkan sepenuhnya untuk misi bantuan banjir ke Dabong, Kuala Krai. Alhamdulillah, Allah membimbing kami untuk berbincang dengan AJK Masjid Nurul Iman Batu 10 Teluk Panglima Garang untuk memohon kerjasama dalam menjayakan misi ini.  Pada mulanya, kami cuma berhasrat untuk menjadikan masjid sebagai pusat pemgumpulan sumbangan disa...

Tahun ke-8...... "Anda Hulur, Kami Salur"

Begitu deras waktu berlalu... Bagaikan banjir besar yang melanda pantai timur pada hujung tahun 2020 / awal tahun 2021, aktiviti-aktiviti 1KB1B juga mengalir dengan lancar... Alhamdulillah... Jazakallah kami ucapkan kepada semua penyumbang dan penginfaq yang sentiasa istiqomah, saban bulan mengorbankan sedikit dari rezeki wang ringgit mereka ke tabung persatuan 1KB1B... Semoga Allah rahmati infaq infaq itu dan digantikan dengan pahala dan rezeki yang bertambah serta bakal menjadi asbab redha Allah untuk terpilih ke syurga nanti... InsyaAllah. 1KB1B pada awal di tubuhkan adalah dengan tujuan utama untuk membantu rakan2 sejawat, sahabat-handai serta ahli keluarga istiqomah untuk bersedeqah atau berinfaq.  Bila difikirkan balik, tujuan ini adalah agak selfish kerana kami cuma mahukan ganjaran untuk kami.  Namun, disebaliknya, kami membantu untuk membawa manafaat kepada merka2 yang memerlukan.  Dan pada beberapa tahun permulaan, kami sasarkan pondok2 takfiz dan agama serta pu...