Skip to main content

Lembaran Baru 2020

Assalamualaikum wbkt.

Hari ini penghantaran beras ke pusat2 tahfiz dan rumah2 anak yatim dijalankan seperti sebelum ini. Namun, ada sedikit perbezaan dalam program agihan pada kali ini:-

1. Kami telah menggunakan beras Jenama Bidara - produk keluaran 100% Muslim dan pengusaha yg kami kira lebih perlu sokongan dari pendorong BMF (mengantikan beras Jasmine yg sebelum ini adalah jenama dibeli oleh 1KB1B ).

2. Ini juga pertama kali 1KB1B mewakilkan terus kepada Syarikat Beras Bidara untuk membuat penghantaran terus kepada pusat2 tahfiz yang terpilih. Sebanyak 5  buah pusat ditumpukam buat masa ini (tanpa sebarang kos tambahan kpd 1KB1B - malah dengan sedikit penjimatan dari sebelum ini).
Namun, ini masih lagi dalam tempoh percubaan. Jika segalanya berjalan lancar Insyaallah 1KB1B akan mewakilkan terus penghantaran kpd pusat2 tahfiz dan anak yatim yg lainnya kepada Syarikat Beras Bidara.

Langkah ini diambil memandangkan kekangan yg dihadapi oleh AJK serta tenaga kerja / sukarelawan dalam menggerakkan program agihan.  Faktor kekangan masa, serta AJK yang rata-rata nya sudah agak berumur serta sukarelawan  yang kian berkurang mendorong kami untuk mencari alternatif agar program ini berterusan...

Sementara itu program AMEK - Almari Makanan Ehsan Komuniti - masih berjalan seperti biasa yg berpusat di Masjid Nurul Iman dan juga di kedai runcit Rahman Jalan Masjid Bt10 Kg Kebun Baru.

Besar harapan kami agar sumbangan serta sokongan secara konsisten dan berterusan  (istiqomah) dari tuan2 puan2 bagi kelansungan program masyarakat ini tidak luntur, malah bakal makin subur hebat, insyaAllah...

Ucapan terima kasih kepada yg terlibat secara langsung dan tidak langsung.  Hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa serta ehsan tuan2 dan puan2...

Jazakallahu…


Comments

  1. Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
    mampir di website ternama I O N Q Q.ME
    paling diminati di Indonesia, ::))
    di sini kami menyediakan 9 permainan dalam 1 aplikasi
    ~bandar poker
    ~bandar-Q
    ~domino99
    ~poker
    ~bandar66
    ~sakong
    ~aduQ
    ~capsa susun
    ~perang baccarat (new game)
    segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile :d
    Whatshapp : +85515373217 :* (f)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Progrem Kongsi Rezeki

1KB1B sentiasa mencari peluang untuk menyalurkan infaq dan sumbangan dari ahli2 penyokong persatuan. Ternyata peluang dan ruang berbakti ini sentiasa terbuka. Lebih lebih lagi di musim penuh cabaran sekarang ini dimana ramai yang terkesan dek wabak Covid-19. Salah satu dari perkara dalam agenda mesyuarat mingguan AJK 1KB1B adalah idea progrem2 yang boleh di buat untuk meyembangkan akativiti bantuan kepada masyarakat. Bermula dengan Progrem AMEK (Almari Makanan Ehsan Komuniti) yang bermula pada1-Okt-2015 dimana kami berkolaborasi dengan dua buah kedai runcit untuk menyalur barangan makanan asas kepada asnaf, banyak lagi progrem-progrem telah dapat kami lakukan samaada secara one-off atau menjadi progrem tetap bulanan seperti AMEK tersebut serta progrem tahunan seperti Progrem Ziarah & Riadah serta juga progrem Qurban di Kemboja. Terkini Progrem Kongsi Rezeki adalah kolaborasi dengan beberapa Sekolah di Shah Alam & Kelang. Kami rasakan ada dari kalangan keluarga murid sekola...

Disember 2014 - Misi Bantuan Banjir Kelantan

Saya kira seluruh rakyat Malaysia sudah tahu secara jelas peristiwa, atau lebih tepat lagi bencana banjir lumpur yang melanda sebahagian negeri Kelantan pada 10 hari terkahir bulan Disember 2014.  Kemuncak banjir itu berlaku diantara 23hb hingga 27hb Disember bilamana kawasan utama yang dilanda banjir iaitu Kuala Krai dan Gua Musang mulai mendapat liputan meluas dilaman sosial FB. Saudara Ali Nor mulai bertanya "apa yang boleh kita lakukan?"...  dan dalam jangkamasa beberapa jam selepas berbincang melalui FB serta whatsapp, kami bersetuju untuk menghebahkan kepada semua penyumbang 1KB1B yang istiqomah bahwasanya kutipan bulan Disember akan disalurkan sepenuhnya untuk misi bantuan banjir ke Dabong, Kuala Krai. Alhamdulillah, Allah membimbing kami untuk berbincang dengan AJK Masjid Nurul Iman Batu 10 Teluk Panglima Garang untuk memohon kerjasama dalam menjayakan misi ini.  Pada mulanya, kami cuma berhasrat untuk menjadikan masjid sebagai pusat pemgumpulan sumbangan disa...

Tahun ke-8...... "Anda Hulur, Kami Salur"

Begitu deras waktu berlalu... Bagaikan banjir besar yang melanda pantai timur pada hujung tahun 2020 / awal tahun 2021, aktiviti-aktiviti 1KB1B juga mengalir dengan lancar... Alhamdulillah... Jazakallah kami ucapkan kepada semua penyumbang dan penginfaq yang sentiasa istiqomah, saban bulan mengorbankan sedikit dari rezeki wang ringgit mereka ke tabung persatuan 1KB1B... Semoga Allah rahmati infaq infaq itu dan digantikan dengan pahala dan rezeki yang bertambah serta bakal menjadi asbab redha Allah untuk terpilih ke syurga nanti... InsyaAllah. 1KB1B pada awal di tubuhkan adalah dengan tujuan utama untuk membantu rakan2 sejawat, sahabat-handai serta ahli keluarga istiqomah untuk bersedeqah atau berinfaq.  Bila difikirkan balik, tujuan ini adalah agak selfish kerana kami cuma mahukan ganjaran untuk kami.  Namun, disebaliknya, kami membantu untuk membawa manafaat kepada merka2 yang memerlukan.  Dan pada beberapa tahun permulaan, kami sasarkan pondok2 takfiz dan agama serta pu...