Skip to main content

Urusetia 1KB1B-Besut

Admin memohon maaf kepada semua pembaca blog 1KB1B ini kerana tiada posting semenjak awal tahun 2020.  Persatuan 1KB1B, samaada Skuad Selangor mahupun Skuad Besut masih lagi bergerak aktif dan update-update terkini sentiasa di muatnaik di Facebook Page 1KB1B.

Posting kali ini adalah untuk meraikan sekumpulan "ladies" yang telah mengembangkan sayap 1KB1B di Pantai Timur. 

Dalam serba kesederhanaan, Urusetia 1KB1B-Besut  bergerak aktif menyantuni mereka2 yang benar2 memerlukan bantuan. Diketuai oleh Hajjah Lela, yang lebih mesra di panggil Ciksu oleh rakan-rakan, Urusetia Besut bergerak serentak saban bulan secara parallel dimana wakil-wakil kampung akan mendapatkan pek makanan yang dikelolakan oleh Ciksu serta di bantu oleh Hajjah Zabidah.  Wakil2 kampung yang bergerak aktif terdiri dari Puan Siti Halijah, Puan Khalidah, Puan Rehani, Puan Rosmah, Puan Pailah, Puan Norhizan  serta Puan Zaidah. Dan "amongst the roses", Sdr Alias sentiasa berada bersama sebagai penyeri....  :-)

Menyedari mereka perlu diberi sokongan moral dan semangat untuk meneruskan kerja amal ini, AJK Induk (1KB1B Selangor) telah bersetuju untuk membuat progrem ukhuwah bersama Urusetia 1KB1B-Besut sambil meraikan sebhagian asnaf dibawah naungan mereka.

Plan asal kami adalah untuk menyantuni asnaf-asnaf di kampung mereka sendiri dan diadakan jamuan sambil beramah-mesra antara AJK Induk, Urusetia Besut serta asnaf-asnaf.  Namun kerana peraturan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) dimana majlis2 seumpama kenduri masih belum dibenarkan, Urusetia 1KB1B-Besut telah mengatur makan-makan disebuah restoran di Kuala Besut. Dalam kesempatan itu juga AJK Induk telah menghulurkan "Pek Makanan" serta sedikit wang saguhati kepada semua asnaf yang hadir dan menitipkan jumlah sama kepada yang tidak dapat hadir.

Berikut sedikit gambar yang sempat dirakam dalam majlis sederhana tersebut.










Alhamdulillah meski progrem setengah hari petang Jumaat yang penuh barokah itu cuma diselangi acara ringkas dengan ucapan penghargaan dari Pengerusi 1KB1B Tuan Haji Ali Mohamad Nor, ianya dirasakan penuh bermakna. 

Kami dari AJK Induk Persatuan akan sentiasa menyokong usaha dari mana-mana pihak yang ingin menjalankan progrem 1KB1B ini ditempat masing-masing. Sekiranya ada yang berhajat untuk menjadi sayap 1KB1B, sila hubungi mana-mana AJK atau melalui FB Page 1KB1B.

Untuk "set Besut" pula, kami ucapkan syabas dan tahniah kerana anda telah istiqomah untuk membantu mengurangkan beban sebahagian dari keluarga yang memerlukan di Besut sana.  InsyaAllah kami akan menyantuni kalian lagi dengan aturan progrem yang mengandungi lebih pengisian untuk para asnaf terutama dari kalangan anak-anak mereka.

Bak kata Tuan Haji Ali, jangan kita tidur sekiranya masih ada jiran atau ahli kariah kita yang kelaparan kerana tiada beras atau makanan.  Jadi kepada yang mampu, jom terus istiqomah dalam menyumbang sekampit beras sebulan (bersamaan RM30) melalui Persatuan Satu Kampit Beras SeBulan (1KB1B).

Anda boleh menyumbang melalui akaun CIMB Persatuan Satu Kampit Beras Sebulan Selangor, 8602691197


Comments

Popular posts from this blog

Progrem Kongsi Rezeki

1KB1B sentiasa mencari peluang untuk menyalurkan infaq dan sumbangan dari ahli2 penyokong persatuan. Ternyata peluang dan ruang berbakti ini sentiasa terbuka. Lebih lebih lagi di musim penuh cabaran sekarang ini dimana ramai yang terkesan dek wabak Covid-19. Salah satu dari perkara dalam agenda mesyuarat mingguan AJK 1KB1B adalah idea progrem2 yang boleh di buat untuk meyembangkan akativiti bantuan kepada masyarakat. Bermula dengan Progrem AMEK (Almari Makanan Ehsan Komuniti) yang bermula pada1-Okt-2015 dimana kami berkolaborasi dengan dua buah kedai runcit untuk menyalur barangan makanan asas kepada asnaf, banyak lagi progrem-progrem telah dapat kami lakukan samaada secara one-off atau menjadi progrem tetap bulanan seperti AMEK tersebut serta progrem tahunan seperti Progrem Ziarah & Riadah serta juga progrem Qurban di Kemboja. Terkini Progrem Kongsi Rezeki adalah kolaborasi dengan beberapa Sekolah di Shah Alam & Kelang. Kami rasakan ada dari kalangan keluarga murid sekola...

Disember 2014 - Misi Bantuan Banjir Kelantan

Saya kira seluruh rakyat Malaysia sudah tahu secara jelas peristiwa, atau lebih tepat lagi bencana banjir lumpur yang melanda sebahagian negeri Kelantan pada 10 hari terkahir bulan Disember 2014.  Kemuncak banjir itu berlaku diantara 23hb hingga 27hb Disember bilamana kawasan utama yang dilanda banjir iaitu Kuala Krai dan Gua Musang mulai mendapat liputan meluas dilaman sosial FB. Saudara Ali Nor mulai bertanya "apa yang boleh kita lakukan?"...  dan dalam jangkamasa beberapa jam selepas berbincang melalui FB serta whatsapp, kami bersetuju untuk menghebahkan kepada semua penyumbang 1KB1B yang istiqomah bahwasanya kutipan bulan Disember akan disalurkan sepenuhnya untuk misi bantuan banjir ke Dabong, Kuala Krai. Alhamdulillah, Allah membimbing kami untuk berbincang dengan AJK Masjid Nurul Iman Batu 10 Teluk Panglima Garang untuk memohon kerjasama dalam menjayakan misi ini.  Pada mulanya, kami cuma berhasrat untuk menjadikan masjid sebagai pusat pemgumpulan sumbangan disa...

Tahun ke-8...... "Anda Hulur, Kami Salur"

Begitu deras waktu berlalu... Bagaikan banjir besar yang melanda pantai timur pada hujung tahun 2020 / awal tahun 2021, aktiviti-aktiviti 1KB1B juga mengalir dengan lancar... Alhamdulillah... Jazakallah kami ucapkan kepada semua penyumbang dan penginfaq yang sentiasa istiqomah, saban bulan mengorbankan sedikit dari rezeki wang ringgit mereka ke tabung persatuan 1KB1B... Semoga Allah rahmati infaq infaq itu dan digantikan dengan pahala dan rezeki yang bertambah serta bakal menjadi asbab redha Allah untuk terpilih ke syurga nanti... InsyaAllah. 1KB1B pada awal di tubuhkan adalah dengan tujuan utama untuk membantu rakan2 sejawat, sahabat-handai serta ahli keluarga istiqomah untuk bersedeqah atau berinfaq.  Bila difikirkan balik, tujuan ini adalah agak selfish kerana kami cuma mahukan ganjaran untuk kami.  Namun, disebaliknya, kami membantu untuk membawa manafaat kepada merka2 yang memerlukan.  Dan pada beberapa tahun permulaan, kami sasarkan pondok2 takfiz dan agama serta pu...