Skip to main content

Posts

Lembaran Baru 2020

Assalamualaikum wbkt. Hari ini penghantaran beras ke pusat2 tahfiz dan rumah2 anak yatim dijalankan seperti sebelum ini. Namun, ada sedikit perbezaan dalam program agihan pada kali ini:- 1. Kami telah menggunakan beras Jenama Bidara - produk keluaran 100% Muslim dan pengusaha yg kami kira lebih perlu sokongan dari pendorong BMF (mengantikan beras Jasmine yg sebelum ini adalah jenama dibeli oleh 1KB1B ). 2. Ini juga pertama kali 1KB1B mewakilkan terus kepada Syarikat Beras Bidara untuk membuat penghantaran terus kepada pusat2 tahfiz yang terpilih. Sebanyak 5  buah pusat ditumpukam buat masa ini (tanpa sebarang kos tambahan kpd 1KB1B - malah dengan sedikit penjimatan dari sebelum ini). Namun, ini masih lagi dalam tempoh percubaan. Jika segalanya berjalan lancar Insyaallah 1KB1B akan mewakilkan terus penghantaran kpd pusat2 tahfiz dan anak yatim yg lainnya kepada Syarikat Beras Bidara. Langkah ini diambil memandangkan kekangan yg dihadapi oleh AJK serta tenaga kerja...

1KB1B-Besut

Sememangnya semenjak Persatuan 1KB1B ini di ilhamkan pada awal tahun 2014, kami berhasrat agar gerakan serupa dapat di tubuhkan di daerah-daerah lain.  Namun setelah enam tahun beroperasi di Sejangkang/Teluk Panglima Garang Selangor, jangankan negeri lain, daerah lain di Selangor pun masih belum ada inisiatif 1KB1B yang tertubuh.  Pun begitu, kami yakin terdapat individu atau kumpulan yang mungkin bergerak secara kecil-kecil dalam usaha mereka sendiri untuk membantu dan memberi kepada yang memerlukan. Pun begitu..... Alhamdulillah, tahun ini kami dapat membantu sekumpulan sukarelawan yang telah pun bergerak secara terhad di daerah Besut Terengganu dalam usaha menyampaikan bantuan dan sedekah kepada keluarga miskin meskipun tidak dilakukan secara " structured " mahupun secara konsisten setiap bulan. "Cawangan" pertama 1KB1B insyaAllah bakal bergerak secara konsisten dengan tertubuhnya Jawatankuasa pro-tem 1KB1B-Besut pada 7hb September 2019.  Usaha kearah menubuh...

Ziarah & Riadah di Pos Sinderut 2 (24-25 Ogos 2019)

Alhamdulillah... Pertamanya, ucap-syabas kepada jawatankuasa/urusetia penggerak progrem Ziarah & Riadah ke Pos Sinderut kali kedua ini, kesinambungan dari program ulung pada 24-26 Februari 2018. Tuan Haji Syahirman masih lagi memainkan peranan utama sebagai perantara dan dalam koordinasi aturcara bersama urusetia progam kali kedua ini.   Meski agenda program masih lagi sama secara amnya dengan yang telah dibawa pada tahun lalu, namun ada sedikit penambahan nilai bagi peserta2 program itu sendiri.    Tuan Haji Syahirman Jika pada program ulung tahun lepas, tumpuan pengisian adalah untuk penduduk tempatan, namun pada kali ini, pihak Urusetia cuba untuk menjadikan program ini sebagai program serampang dua mata.    Disamping ziarah dan santunan penduduk di kampung sasar (Lubuk Muman, serta dua buah kampung berdekatan - admin tak dapat info nama kampung2 tersebut ), progrem ini juga turut mengandungi agenda mendidik serta memperkasakan peserta pr...