Skip to main content

Qurban 2017 di Siihanoukville, Kemboja (1 & 2 Sept 2017)

PEMPLET KORBAN (1)




Ramai yang bertanya kenapa banyak NGO serta badan-badan lain offer serendah RM320 satu bahagian? Mulanya, susah saya nak jawab. Tapi bila diselidiki, memang orang Malaysia yang berqurban di sini (Kemboja) lembunya berharga USD450 kebawah, atau lebihkurang RM2,000 seekor (kadar tukaran 4.3-4.5) - jadinya dalam RM300 satu bahagian. Namun, lembunya hanya berumur dalam tiga tahun, satu ekor mungkin dapat 60kg daging....


Saya cadangkan kepada 1KB1B untuk mencari lembu yang usianya lebih dari empat tahun - saiznya agak besar - dengan harga antara USD500 ke USD600 seekor.






[Awal Ogos 2017]
Setelah dipersetujui jawatankuasa kerja program Qurban ini, misi untuk mencari dan membeli lembu bermula.  Rupanya tak mudah untuk mencari lembu di musim raya haji disini.  Rata2 ramai "broker lembu" serta peniaga2 musim raya.  Namun begitu, Alhamdulillah ada juga jumpa lembu direct owner.




Di kampung Trpang Rpov, daerah Kampot misi mencari lembu saiz besar, kurang2 saiz L (kerana bajet untuk seekor lembu sekitar $600) telah menemukandua penternak lembu. Namun agak mengecewakan kerana harga yang dipinta diluar bajet meski saiznya sudah bertepatan.








Mula2 tiba, wakil kata lembu hitam tu harganya $750. Tapi bila tuannya tiba, harga yang dipinta adalah seribu dollar. "MasyaAllah!" keluh Yusof. Lokasi kedua menyaksikan saiz kecil sikit... kami jangka harga patut adalah sekitar $500 ke $550...








Yusof jugak terkejut kerana owner bertegas dengan harga $650. Tiada persetujuan kerana dirasakan sedikit overpriced.




Sebelum beredar, kami ziarah kediaman sepupu TokMat (Pengerusi Masjid Sihanoukville yang harini sama2 dlm misi mencari lembu qurban) yang kebetulan berdekatan dengan rumah tuan lembu ini. Sepupu TokMat sudah dua tahun terlantar (tak dapat berjalan)kerana masaalah tulang belang... dulunya beliau kerja buruh kasar... selalu mengangkat 3 guni beras 50kg sekaligus... musabab kecederaannya.






TokRi ambil kesempatan untuk menghulur sedikit zakat kepada beliau, yang kini ditanggung oleh isteri... Tiada rezeki untuk membeli lembu hari ini.... tapi rezeki makan tengahari ada..... disediakan oleh seorang lagi sepupu TokMat... alhamdulillah..







Sesudah makan, TokRi teruskan lagi mengagih wang zakat yang beliau terima dari pembayar zakat...




Keadaan rumah penerima zakat...



Misi mencari lembu diteruskan jugak ke kampung Banta Srey (berdekatan kampung PreNub)... tapi masih tidak berjaya... ternyata tuan lembu meletakkan harga tinggi... mungkin kerana tahu orang "Malay" yang nak beli... tanggapan mereka orang Malay kaya2 dan banyak duit...


Alhamdulillah dapat beli kesemua lembu untuk qurban sebelum tibanya idu-adha.  Ada beberapa ekor lembu tak data di elak dari beli dengan "broker" kerana semakin hampir dgn hari raya, tuan2 lembu pun dah pandai pegang harga.


1 Sept 2017 - Hari Raya Qurban di Sihanoukville.

Alhamdulillah, hasil dari usaha AJK 1KB1B, sejumlah 22 ekor lembu dapat kami kumpulkan untuk program qurban julung kali ini di Kemboja.

Lembu ke-22


Dan untuk lebih memberi makna kepada program ini, lima orang wakil AJK 1KB1B telah berkorban untuk sama2 merayakan idul-adha di Sihanoukville tahun ini.  Jazakalllah tuan-tuan (Ali, Hj. Ishak, Naim, Alimin & Roshahimi).





Pada hari raya pertama, 5 ekor lembu ditumbangkan di Masjid al-Moukhalifah.  Penduduk Islam di sini taklah seramai di mukim Chong K'sait (kami akan berqurban disana keesokan harinya sebanyak 17 ekor).  Jarak dari Sihanoukville adalah dalam 40km.
 




Pihak Masjid al-Moukhalifah telah jugak mengadakan jamuan hasil dari seekor lembu qurban.  Pembesar tempatan dijemput hadir untuk sama2 memeriahkan hari raya idul-adha ini.




Masak memasak secara gotong royong oleh penduduk tempatan.





Hari Raya Kedua, kami ke Chong K'sait.  Berpusat di Masjid  Muhammad Ismail, 17 ekor lembu telah di qurbankan.  Kami juga difahamkan, tiada sebarang qurban disitu pada hari raya pertama.  Dan qurban hari ini melibatkan 17 buah kampong disekitar Chong K'sait - yakni, seekor lembu untuk sebuak kampong.  Hasil "siasatan" kami mendapati satu keluarga mendapat kurang dari satu kilo daging sahaja....







Dalam program ini, pihak kami juga ada menerima sumbangan wang untuk disampaikan ke Masjid.  Kebetulan masjid ini sedang membuat sedikit extension dan memerlukan bantuan wang.




Hj. Ishak menyampaikan sumbangan wang kepada Imam Masjid Muhammad Ismail

Syukur nikmat kepada Allah, program qurban Kemboja 1KB1B yang pada awal2nya nampak macam mustahil untuk dilaksanakan telah selesai tanpa sebarang halangan atau masaalah.  Target asal hanyalh setakat 8 ekor sahaja - namun Allah itu maha perancang. 

Kami dapat lihat dgn mata sendiri betapa 22 ekor pun masih kami rasa sedikit.  Rata2 keluarga Islam disini "looking forward" untuk mendapat secebis daging qurban...

Jazakallah kepada semua yang sudi berqurban di Kemboja.  InsyaAllah dengan izin Allah, kita akan teruskan usaha kecil ini ditahun2 hadapan...

Sdr. Ali Noor - tulang belakang 1KB1B.





Comments

Popular posts from this blog

Progrem Kongsi Rezeki

1KB1B sentiasa mencari peluang untuk menyalurkan infaq dan sumbangan dari ahli2 penyokong persatuan. Ternyata peluang dan ruang berbakti ini sentiasa terbuka. Lebih lebih lagi di musim penuh cabaran sekarang ini dimana ramai yang terkesan dek wabak Covid-19. Salah satu dari perkara dalam agenda mesyuarat mingguan AJK 1KB1B adalah idea progrem2 yang boleh di buat untuk meyembangkan akativiti bantuan kepada masyarakat. Bermula dengan Progrem AMEK (Almari Makanan Ehsan Komuniti) yang bermula pada1-Okt-2015 dimana kami berkolaborasi dengan dua buah kedai runcit untuk menyalur barangan makanan asas kepada asnaf, banyak lagi progrem-progrem telah dapat kami lakukan samaada secara one-off atau menjadi progrem tetap bulanan seperti AMEK tersebut serta progrem tahunan seperti Progrem Ziarah & Riadah serta juga progrem Qurban di Kemboja. Terkini Progrem Kongsi Rezeki adalah kolaborasi dengan beberapa Sekolah di Shah Alam & Kelang. Kami rasakan ada dari kalangan keluarga murid sekola...

Disember 2014 - Misi Bantuan Banjir Kelantan

Saya kira seluruh rakyat Malaysia sudah tahu secara jelas peristiwa, atau lebih tepat lagi bencana banjir lumpur yang melanda sebahagian negeri Kelantan pada 10 hari terkahir bulan Disember 2014.  Kemuncak banjir itu berlaku diantara 23hb hingga 27hb Disember bilamana kawasan utama yang dilanda banjir iaitu Kuala Krai dan Gua Musang mulai mendapat liputan meluas dilaman sosial FB. Saudara Ali Nor mulai bertanya "apa yang boleh kita lakukan?"...  dan dalam jangkamasa beberapa jam selepas berbincang melalui FB serta whatsapp, kami bersetuju untuk menghebahkan kepada semua penyumbang 1KB1B yang istiqomah bahwasanya kutipan bulan Disember akan disalurkan sepenuhnya untuk misi bantuan banjir ke Dabong, Kuala Krai. Alhamdulillah, Allah membimbing kami untuk berbincang dengan AJK Masjid Nurul Iman Batu 10 Teluk Panglima Garang untuk memohon kerjasama dalam menjayakan misi ini.  Pada mulanya, kami cuma berhasrat untuk menjadikan masjid sebagai pusat pemgumpulan sumbangan disa...

Tahun ke-8...... "Anda Hulur, Kami Salur"

Begitu deras waktu berlalu... Bagaikan banjir besar yang melanda pantai timur pada hujung tahun 2020 / awal tahun 2021, aktiviti-aktiviti 1KB1B juga mengalir dengan lancar... Alhamdulillah... Jazakallah kami ucapkan kepada semua penyumbang dan penginfaq yang sentiasa istiqomah, saban bulan mengorbankan sedikit dari rezeki wang ringgit mereka ke tabung persatuan 1KB1B... Semoga Allah rahmati infaq infaq itu dan digantikan dengan pahala dan rezeki yang bertambah serta bakal menjadi asbab redha Allah untuk terpilih ke syurga nanti... InsyaAllah. 1KB1B pada awal di tubuhkan adalah dengan tujuan utama untuk membantu rakan2 sejawat, sahabat-handai serta ahli keluarga istiqomah untuk bersedeqah atau berinfaq.  Bila difikirkan balik, tujuan ini adalah agak selfish kerana kami cuma mahukan ganjaran untuk kami.  Namun, disebaliknya, kami membantu untuk membawa manafaat kepada merka2 yang memerlukan.  Dan pada beberapa tahun permulaan, kami sasarkan pondok2 takfiz dan agama serta pu...