Skip to main content

Hulu Besut bersama KARIB

KARIB - Kelab Alumni & Rakan Imtiaz Besut diterajui oleh anak muda Cikgu Raja Azman. Sesungguhnya kami sedikit cemburu kerana kesedaran mereka dalam membantu dimiliki lebih awal dalam usia. Sedangkan kami2 asalnya menunggu  umur pencen! Tapi Alhamdulillah muncul kesedaran pada tahun 2013/2014 bila baru masuk "five series". Bak kata pepatah orang putih, its never too late to start something new...

Kami di 1KB1B mula berkenalan dengan Cikgu Raja semasa sama-sama menyalurkan bantuan banjir ke Sabah di hujung tahun 2020. 1KB1B menyalurkan an 100 kampit beras 10kg. Pertemuan ringkas di pusat pengumpulan sumbangan telah berputik jalinan kerjasama kearah kebaikan ini...
Cikgu Raja, selain dari berkerjaya sebagai seorang guru juga aktif dalam LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) Sejangkang. Ini mungkin kerana kesinambungan dari ayah beliau yang merupakan seorang petani. 
LPP menawarkan agihan beras serta pek makanan dengan harga yang lebih menarik kepada 1KB1B. Maka bermulalah jalinan kerjasama win-win antara 1KB1B dengan LPP.. 

Selepas dari program Hulu Tembeling, Tuan Haji Ali merancang untuk santuni 1KB1B-Besut sempena menyambut kedatangan Ramadhan tahun ini. Dalam masa yang sama KARIB membuat perancangan serupa. Dari situ, kami berkolaborasi untuk menyalur bantuan di Hulu Besut dimana Skuad 1KB1B-Besut sendiri tiada wakil disana. Kampung2 seperti Keruak, Durian Telur, Tembakah yang jauh di Hulu Besut memang diluar jangkauan petugas 1KB1B-Besut...

Jadi dengan koordinasi KARIB, asnaf serta warga miskin dikenalpasti di kawasan Hulu Besut dengan sasaran 60 keluarga. 
Alhamdulillah kami menjalankan progrem santuni warga miskin di Hulu Besut pada 2hb April - 4hb April (perjalanan  Selangor - Besut Jumaat 2 April dan Ahad 4 April, manakala hari Sabtu 3 April progrem jelajah agihan itu sendiri). 

Dari pandangan penulis, ramai dari penduduk disini yang masih lagi didalam kitaran hidup yang sama semenjak dari datuk nenek mereka yang mula meneroka tanah untuk aktiviti pertanian. Masih ramai yang seolah-olah "terjerat" dan tidak boleh atau tidak mahu keluar dari kepompong cara hidup mereka umpama kais pagi makan pagi atau kais pagi makan malam sebelumnya.... Education/pembelajaran masih lagi bukan agenda utama bagi kebanyakan keluarga2 didaerah hulu yang jauh dari prasarana pendidikan. Ada sesetengahnya akan mengambil masa panjang untuk kesekolah dan bergantung kepada ibubapa untuk menghantar dan menjemput mereka dari sekolah. Bilamana ibubapa juga sibuk dengan aktiviti kais pagi makan pagi, ramai murid2 ini bakal tercicir. Itu belum dikira murid2 yang hanya menamatkan darjah enam sahaja... 
Anyway, penulis serta Persatuan 1KB1B mungkin tak mampu untuk mengatasi situasi ini... Tapi kami ada sedikit kemampuan untuk meringankan sedikit beban mereka sebagai sekelumit persiapan untuk menyambu Ramadhan nanti... Semoga usaha yang amat kecil ini dapat mengukir sedikit senyuman dikalangan warga Hulu Besut itu... 
Setiap beg merah berisi beras 5kg, kurma rotab madinah dan bahan2 asas lain seperti minyak masak, gula dsbnya. Nilai pek makanan ini adalah RM50. Disamping itu juga wamg tunai RM50 di salurkan kepada setiap keluarga tersebut untuk meringankan sedikit bebanan mereka srmpena menyambut puasa. Meski sikit bagi kita, saya yakin ianya amat bermakna bagi mereka. 
Alhamdulillah sumbangan dari dermawan 1KB1B dapat kami salurkan sempena Program Ziarah Warga Miskin Hulu Besut ini... Terima kasih tak terhingga kepada semua yang menyumbang...  

Lagi gambar2 jelajah kampung di Hulu Besut.... 
Juga jutaan terima kasih kepada semua yang turun padang samaada dari 1KB1B Selangor atau 1KB1B-Besut serta KARIB. Kepada urusetia 1KB1B-Besut yang diketuai Hajjah Lela, jazakillah kerana sponsor nasi dage serta lain2 untuk pastikan sukarelawan ada cukup tenaga. 

Kepada semua ahli2 1KB1B dan AJK serta Urusetia samaada induk atau Besut, usaha dan pengorbanan kalian hanya Allah jua dapat membalas dengan kebaikan... Kerja volunteer tanpa gaji atau elaun ini akan ada masanya mencabar kesabaran kita... Semoga Allah kurniakan lebih kesabaran untuk kita sama-sama sentiasa istiqomah untuk meneruskan kerja kebajikan ini... 

Aktiviti Tambahan - bersesuaian dengan nama Persatuan Sekampit Beras, pada hari Ahad 4 April sabelum bertolak balik ke Selangor, team 1KB1B telah mengambil kesempatan untuk mengadakan lawatan ke Kilang Beras Rasa Riang di Besut. Insyaallah, 1KB1B akan mengambil langkah untuk membekalkan beras jenama Rasa Riang - berniaga sambil beramal.

Doakan kami utk dpt menjayakan usaha kecil "jihad ekonomi" ini. Doakan kami yer....
#AndaHulurKamiSalur


Comments

Popular posts from this blog

Qurban 2017 di Siihanoukville, Kemboja (1 & 2 Sept 2017)

Ramai yang bertanya kenapa banyak NGO serta badan-badan lain offer serendah RM320 satu bahagian? Mulanya, susah saya nak jawab. Tapi bila diselidiki, memang orang Malaysia yang berqurban di sini (Kemboja) lembunya berharga USD450 kebawah, atau lebihkurang RM2,000 seekor (kadar tukaran 4.3-4.5) - jadinya dalam RM300 satu bahagian. Namun, lembunya hanya berumur dalam tiga tahun, satu ekor mungkin dapat 60kg daging.... Saya cadangkan kepada 1KB1B untuk mencari lembu yang usianya lebih dari empat tahun - saiznya agak besar - dengan harga antara USD500 ke USD600 seekor. [Awal Ogos 2017] Setelah dipersetujui jawatankuasa kerja program Qurban ini, misi untuk mencari dan membeli lembu bermula.  Rupanya tak mudah untuk mencari lembu di musim raya haji disini.  Rata2 ramai "broker lembu" serta peniaga2 musim raya.  Namun begitu, Alhamdulillah ada juga jumpa lembu direct owner. Di kampung Trpang Rpov, daerah Kampot misi mencari lembu saiz besar, kura...

Qurban Sihanoukville 4.0

Alhamdulillah program bersama antara Persatuan 1KB1B dan Jawatankuasa Masjid Al-Mukhalifah Sihanoukville (khususnya Imam TokRi, Imam TokMat dan Ustaz Yusuf) telah selamat disempurnakan untuk tahun keempat. Bermula dari tahun 2017, dimana kami dapati kampung2 Muslim di daerah Sihanoukville tidak mendapat perhatian dari badan yang membawa ibadah Qurban ke Kemboja sebagaimana di Daerah Cham.  Alhamdulillah bertitik mula dari situ, sekarang ini sudah kedapatan NGO-NGO serta badan-badan lain yang telah juga membawa qurban ke Sihanoukville. Kami masih lagi meneruskan program Qurban ini.  Pada tahun 2020 ini, alhamdulillah sebanyak 20 ekor lembu telah dapat pihak kami uruskan. 14 ekor adalah 100% melalui Persatuan 1KB1B manakala 6 ekor lagi adalah yang di salurkan secara langsung ke jawatankuasa Masjid Al-Mukhalifah. Namun lembu2 tersebut bernaung dibawah Progrem Qurban Persatuan 1KB1B. Meski pada tahun ini kita berhadapan dengan situasi Covid-19, alhamdulilla...