Skip to main content

Kerja Kerja Mulia

Berat mata memandang, tidak dapat saya bayangkan beban bahu bahu yang memikul...
Alhamdulillah pagi hari ini Ahad 13 Disember 2015, Allah memberi kesempatan untuk saya serta 4 lagi ahli Skuad 1KB1B untuk ziarah sambil menghantar beras dan sedikit wang tunai yang diamanahkan oleh penyumbang progrem 1KB1B ini ke Pusat Jagaan Titian OKU Nur di Kampung Melayu Batu 16 Rawang.

Ini juga merupakan julung kali bagi kami mengagih beras ke luar kawasan.

Setibanya kekawasan rumah yang disewa itu (nota: sewaan RM2,000 sebulan), sudah ada satu kumpulan dari bahagian ICT Petronas yang sedang bergotong royong membersih rumah/kawasan serta sedang memasang rak2 dan meja yg mereka bawak utk rumah Pusat Jagaan ini.

Sesudah usai mengangkat 12kampit beras,  saya mulai terlihat warga penghuni yang sedang duduk teratur samaada atas kerusi roda atau kerusi plastik di luar rumah tersebut. Kawasan terbuka beratap dgn lantai simen di bahagian tepi rumah setingkat itu (banglo setingkat atau lebih tepat rumah sesebuah) adalah extension yang digunakan sebagai dapur dan mungkin ruang makan. Saya tidak sempat bertanya dgn lebih detail kerana ternyata hamba Allah (Puan Normah) yg mengurus rumah tersebut agak sibuk dgn tetamu2 volunteer yg sedang "bekerja". Dalam perbualan pendek dgn Puan Normah, beliau mengatakan ada 30 penghuni disitu dgn 5 orang penjaga. Beliau sendiri full time disitu siang malam kerana hampir semua penghuni memerlukan jagaan dan perlu bantuan utk uruskan diri.

Terdetik sebak didada bila melihat mereka... ibu2 dan ayah2... yg hanya duduk dikerusi sepanjang kurang lebih satu jam kami disitu. Meski ada dua atau tiga orang yg kelihatan membantu grup yg sedang membersih rumah, rata2 penghuni kelihatan pasif dan menyendiri. Mereka hanya duduk... tiada perbualan diantara mereka mahupun dgn para sukarelawan. Malah cubaan Sdr. Ali untuk berbual dgn salah sorang penghuni tiada mendapat sebarang reaksi... kami dibagitahu kemudian bahawa penghuni tersebut mengalami sedikit sakit jiwa...

Yang lebih memilukan, ada juga penghuni2 yg dihantar kesitu oleh anak2 mereka sendiri... dan ada anak2 yg hanya datang ziarah sekali setahun sahaja. Allahurabbi... besar sungguh ujian ayah2 dan ibu2 itu...

Kami juga sempat bertanya tentang biaya dan belanja serta dana utk mengurus Pusat Jagaan Titian OKU Nur ini... Ternyata bantuan dari jabatan khusus meski ada namun amat sedikit untuk menampung keperluan harian mereka... apatah lagi utk membayar gaji petugas. Lazimnya bila ada sumbangan berlebihan dari badan2 atau individu, adalah sedikit elaun utk petugas setelah keperluan harian dilunaskan... dan ianya bukanlah konsisten atau regular...

Berat telinga mendengar... berat mata memandang... tidak dapat saya bayangkan bebanan mereka.
Progrem 1KB1B insyaAllah bakal meringankan beban keewangan mereka dgn memasukkan pusat ini dlm senarai penerima tetap agihan beras bulanan.

Comments

Popular posts from this blog

Progrem Kongsi Rezeki

1KB1B sentiasa mencari peluang untuk menyalurkan infaq dan sumbangan dari ahli2 penyokong persatuan. Ternyata peluang dan ruang berbakti ini sentiasa terbuka. Lebih lebih lagi di musim penuh cabaran sekarang ini dimana ramai yang terkesan dek wabak Covid-19. Salah satu dari perkara dalam agenda mesyuarat mingguan AJK 1KB1B adalah idea progrem2 yang boleh di buat untuk meyembangkan akativiti bantuan kepada masyarakat. Bermula dengan Progrem AMEK (Almari Makanan Ehsan Komuniti) yang bermula pada1-Okt-2015 dimana kami berkolaborasi dengan dua buah kedai runcit untuk menyalur barangan makanan asas kepada asnaf, banyak lagi progrem-progrem telah dapat kami lakukan samaada secara one-off atau menjadi progrem tetap bulanan seperti AMEK tersebut serta progrem tahunan seperti Progrem Ziarah & Riadah serta juga progrem Qurban di Kemboja. Terkini Progrem Kongsi Rezeki adalah kolaborasi dengan beberapa Sekolah di Shah Alam & Kelang. Kami rasakan ada dari kalangan keluarga murid sekola...

Disember 2014 - Misi Bantuan Banjir Kelantan

Saya kira seluruh rakyat Malaysia sudah tahu secara jelas peristiwa, atau lebih tepat lagi bencana banjir lumpur yang melanda sebahagian negeri Kelantan pada 10 hari terkahir bulan Disember 2014.  Kemuncak banjir itu berlaku diantara 23hb hingga 27hb Disember bilamana kawasan utama yang dilanda banjir iaitu Kuala Krai dan Gua Musang mulai mendapat liputan meluas dilaman sosial FB. Saudara Ali Nor mulai bertanya "apa yang boleh kita lakukan?"...  dan dalam jangkamasa beberapa jam selepas berbincang melalui FB serta whatsapp, kami bersetuju untuk menghebahkan kepada semua penyumbang 1KB1B yang istiqomah bahwasanya kutipan bulan Disember akan disalurkan sepenuhnya untuk misi bantuan banjir ke Dabong, Kuala Krai. Alhamdulillah, Allah membimbing kami untuk berbincang dengan AJK Masjid Nurul Iman Batu 10 Teluk Panglima Garang untuk memohon kerjasama dalam menjayakan misi ini.  Pada mulanya, kami cuma berhasrat untuk menjadikan masjid sebagai pusat pemgumpulan sumbangan disa...

Tahun ke-8...... "Anda Hulur, Kami Salur"

Begitu deras waktu berlalu... Bagaikan banjir besar yang melanda pantai timur pada hujung tahun 2020 / awal tahun 2021, aktiviti-aktiviti 1KB1B juga mengalir dengan lancar... Alhamdulillah... Jazakallah kami ucapkan kepada semua penyumbang dan penginfaq yang sentiasa istiqomah, saban bulan mengorbankan sedikit dari rezeki wang ringgit mereka ke tabung persatuan 1KB1B... Semoga Allah rahmati infaq infaq itu dan digantikan dengan pahala dan rezeki yang bertambah serta bakal menjadi asbab redha Allah untuk terpilih ke syurga nanti... InsyaAllah. 1KB1B pada awal di tubuhkan adalah dengan tujuan utama untuk membantu rakan2 sejawat, sahabat-handai serta ahli keluarga istiqomah untuk bersedeqah atau berinfaq.  Bila difikirkan balik, tujuan ini adalah agak selfish kerana kami cuma mahukan ganjaran untuk kami.  Namun, disebaliknya, kami membantu untuk membawa manafaat kepada merka2 yang memerlukan.  Dan pada beberapa tahun permulaan, kami sasarkan pondok2 takfiz dan agama serta pu...