Saya kira seluruh rakyat Malaysia sudah tahu secara jelas peristiwa, atau lebih tepat lagi bencana banjir lumpur yang melanda sebahagian negeri Kelantan pada 10 hari terkahir bulan Disember 2014. Kemuncak banjir itu berlaku diantara 23hb hingga 27hb Disember bilamana kawasan utama yang dilanda banjir iaitu Kuala Krai dan Gua Musang mulai mendapat liputan meluas dilaman sosial FB.
Saudara Ali Nor mulai bertanya "apa yang boleh kita lakukan?"... dan dalam jangkamasa beberapa jam selepas berbincang melalui FB serta whatsapp, kami bersetuju untuk menghebahkan kepada semua penyumbang 1KB1B yang istiqomah bahwasanya kutipan bulan Disember akan disalurkan sepenuhnya untuk misi bantuan banjir ke Dabong, Kuala Krai.
Alhamdulillah, Allah membimbing kami untuk berbincang dengan AJK Masjid Nurul Iman Batu 10 Teluk Panglima Garang untuk memohon kerjasama dalam menjayakan misi ini. Pada mulanya, kami cuma berhasrat untuk menjadikan masjid sebagai pusat pemgumpulan sumbangan disamping jasabaik AJK untuk menghebahkan dan mengwar-warkan berkaitan usaha kecil ini di waktu2 solat. Namun, pihak AJK telah berbesar hati untuk turut serta sebagai penggerak utama dalam misi bantuan ini. Maka terbentuklah kerjasama antara Masjid Nurul Iman dgn Program IKB1B serta di sokong oleh sebuah grup 4X4 untuk menjayakan misi bantuan yang telah kami tetapkan di jalankan pada 1hb Januari 2015.
Setelah mesyuarat tergempar dilakukan pada hari Selasa (selepas solat isya') di bilik mesyuarat Masjid Nurul Iman, keputusan berikut dicapai:-
1. Keutamaan misi bantuan ini adalah untuk "set up" dapur rakyat di Kg. Kemubu, Dabong dimana kami menerima lapuran (dari salah sorang ahli Skuad 1KB1B (Kapten Zainol) yang telah berada disana selama beberapa hari sebelumnya) bahawa terdapat kurang bantuan dan mangsa berjumlah lebih dari 2,000 orang.
2. "Dapur rakyat" ini pada asasnya akan menyediakan nasi dan lauk panas memandangkan ramai mangsa tidak mendapat makanana tersebut semenjak banjir kerana ketiadaan alat2 memasak yg telah hanyut atau rosak semasa banjir.
3. Disamping itu juga, bantuan makanan (beras, makanan segera, makanan ringan, air mineral dsbnya) serta pakaian dan keperluan asas lain seperti selimut, tikar, kain sembahyang dan semumpama akan juga di agihkan kepada mangsa di Kg. Kemubu dan sekitarnya. Bantuan ini akan di perolehi samaada melalui sumbangan orangramai atau dibeli hasil dari sumbangan wang ringgit.
4. Pihak Masjid bersetuju untuk menyumbang semua kutipan tabung mulai hari itu kepada misi ini.
5. Disamping itu juga, beberapa ahli misi ini akan membuka sebuah pusat kutipan di premis "Segi Fresh" untuk memberi peluang kepada pengunjung pasaraya itu menyumbang. Ini cuma dapat dilakukan satu hari sahaja, yakni pada hari Rabu 31 Disember kerana kami akan bertolak ke Dabong keesokan harinya.
Alhamdulillah, hasil dari idea untuk membuka pusat kutipan didepan Segi Fresh, lori 3tan sarat dgn barangan sumbangan orangramai bila menjelang lewat petang. Disamping itu, kutipan sumbangan barangan di Masjid juga begitu banyak sekali. Alhamdulillah... meski cuma sehari dua sahaja kami war2kan, masyarakat perihatin segera menyumbang. Akhirnya, dua buah lori digunakan untuk membawa sumbangan banjir yg kami terima - sebuah lori 3tan dan sebuah lori 1tan.
Begitu juga dgn peserta atau sukarelawan yang bakal ikut serta dalam misi ini - pada mulanya, cuma ada sebuah kenderaan 4X4 yg bakal turut serta. Namun pada pagi Khamis, dari kariah Masjid Nurul Iman, ada 5 buah pikap 4X4 yg telah berkonvoi ke Kelantan dgn muatan penuh barangan serta 4 orang sukarelawan setiap kenderaan.
Sementara itu, grup 4X4 juga turut serta dalama misi kali ini dgn 6 buah kenderaan pacuan 4 roda. Meski mereka ini bergerak berasingan, namun pada perancangan asalnya, mereka adalah "support" kepada misi "dapur rakyat". Namun, kerana bilangan sukarelawan dari kariah Masjid Nurul Iman sudah ramai, grup 4X4 tersebut telah menjalankan misi bantuan tambahan selama mereka di Dabong dari 1hbJan - 4hb Jan. Catatan misi bantuan mereka boleh dibaca di SINI
Sedikit gambar sekitar "Misi Dapur Rakyat Masjid Nurul Iman & 1KB1B"...
Disamping memasak dan mengagihkan bantuan makanan serta pakaian, kami juga bergotong royong untuk membersihkan Masjid Mukim Kg. Kemubu pada pagi Jumaat 2hb Jan 2015. Namun, dengan perasaan pilu dan sedih, masjid tidak sempat dibersihkan untuk solat Jumaat pada hari itu... lumpur dan selut terlalu tebal dan banyak.... ditambah pula tiada punca air; air dipam dari sungai yg agak jauh dari masjid dan iar sungai juga masih lagi keruh dan berlumpur...
Perancangan awal, misi ini adalah dari hari Khamis 1hb Jan sehingga Ahad 4hb Jan. Kami merancang, tapi Allah maha perancang.... bahan mentah yang dibawa ternyata tidak mencukupi untuk sukarelawan bertahan sehingga hari Ahad. Malah, pada petang Jumaat, lauk2 yang dibawa (ikan kering, sardin, daging) sudah kehabisan. Sambutan dari penduduk kampung yang sememangnya sudah beberapa hari sebelum ketibaan kami kesini tidak menjamah nasi - cuma maggi aau biskut serta roti. Alhamdulillah, kami terharu kerana dapat meringankan beban mereka meskipun sedikit cuma.
Memandangkan lauk sudah kehabisan, selepas perbincangan dan cadangan dari sukarelawan (terutama master Chef, Sdr Ali Nor), kutipan kilat dibuat untuk membeli dua ekor kambing dari penduduk tempatan sebagai lauk untuk hari Sabtu (makan tengahari). Alhamdulillah, meski setelah pujuk, ada yg sudi menjual kambing beliau dgn harga diskaun (ternakan memang amat sedikit... dan mungkin tuanpunya berhasrat untuk modal pembiakan).
Pagi Sabtu, sarapan nasi goreng serta roti dan biskut :-) Makan tengahari agak spesel... kari kambing! Namun, dua ekor tersebut amat jauh dari cukup untuk menapung penduduuk yang ramai... Alhmadulillah, dapat merasa sorang sedikit... Jazakallah Chef dan semua sukarelawan misi Banjir!
Setelah usai "lunch"... para sukarelawan mengucapkan selamat tinggal kepada Penghulu Mat serta penduduk Kg. Kemubu dgn perasaan hiba dan sedih, tapi puashati kerana dapat membantu meski sedikit...
...... bersambung...
Saudara Ali Nor mulai bertanya "apa yang boleh kita lakukan?"... dan dalam jangkamasa beberapa jam selepas berbincang melalui FB serta whatsapp, kami bersetuju untuk menghebahkan kepada semua penyumbang 1KB1B yang istiqomah bahwasanya kutipan bulan Disember akan disalurkan sepenuhnya untuk misi bantuan banjir ke Dabong, Kuala Krai.
Alhamdulillah, Allah membimbing kami untuk berbincang dengan AJK Masjid Nurul Iman Batu 10 Teluk Panglima Garang untuk memohon kerjasama dalam menjayakan misi ini. Pada mulanya, kami cuma berhasrat untuk menjadikan masjid sebagai pusat pemgumpulan sumbangan disamping jasabaik AJK untuk menghebahkan dan mengwar-warkan berkaitan usaha kecil ini di waktu2 solat. Namun, pihak AJK telah berbesar hati untuk turut serta sebagai penggerak utama dalam misi bantuan ini. Maka terbentuklah kerjasama antara Masjid Nurul Iman dgn Program IKB1B serta di sokong oleh sebuah grup 4X4 untuk menjayakan misi bantuan yang telah kami tetapkan di jalankan pada 1hb Januari 2015.
Setelah mesyuarat tergempar dilakukan pada hari Selasa (selepas solat isya') di bilik mesyuarat Masjid Nurul Iman, keputusan berikut dicapai:-
1. Keutamaan misi bantuan ini adalah untuk "set up" dapur rakyat di Kg. Kemubu, Dabong dimana kami menerima lapuran (dari salah sorang ahli Skuad 1KB1B (Kapten Zainol) yang telah berada disana selama beberapa hari sebelumnya) bahawa terdapat kurang bantuan dan mangsa berjumlah lebih dari 2,000 orang.
2. "Dapur rakyat" ini pada asasnya akan menyediakan nasi dan lauk panas memandangkan ramai mangsa tidak mendapat makanana tersebut semenjak banjir kerana ketiadaan alat2 memasak yg telah hanyut atau rosak semasa banjir.
3. Disamping itu juga, bantuan makanan (beras, makanan segera, makanan ringan, air mineral dsbnya) serta pakaian dan keperluan asas lain seperti selimut, tikar, kain sembahyang dan semumpama akan juga di agihkan kepada mangsa di Kg. Kemubu dan sekitarnya. Bantuan ini akan di perolehi samaada melalui sumbangan orangramai atau dibeli hasil dari sumbangan wang ringgit.
4. Pihak Masjid bersetuju untuk menyumbang semua kutipan tabung mulai hari itu kepada misi ini.
5. Disamping itu juga, beberapa ahli misi ini akan membuka sebuah pusat kutipan di premis "Segi Fresh" untuk memberi peluang kepada pengunjung pasaraya itu menyumbang. Ini cuma dapat dilakukan satu hari sahaja, yakni pada hari Rabu 31 Disember kerana kami akan bertolak ke Dabong keesokan harinya.
Alhamdulillah, hasil dari idea untuk membuka pusat kutipan didepan Segi Fresh, lori 3tan sarat dgn barangan sumbangan orangramai bila menjelang lewat petang. Disamping itu, kutipan sumbangan barangan di Masjid juga begitu banyak sekali. Alhamdulillah... meski cuma sehari dua sahaja kami war2kan, masyarakat perihatin segera menyumbang. Akhirnya, dua buah lori digunakan untuk membawa sumbangan banjir yg kami terima - sebuah lori 3tan dan sebuah lori 1tan.
Begitu juga dgn peserta atau sukarelawan yang bakal ikut serta dalam misi ini - pada mulanya, cuma ada sebuah kenderaan 4X4 yg bakal turut serta. Namun pada pagi Khamis, dari kariah Masjid Nurul Iman, ada 5 buah pikap 4X4 yg telah berkonvoi ke Kelantan dgn muatan penuh barangan serta 4 orang sukarelawan setiap kenderaan.
Sementara itu, grup 4X4 juga turut serta dalama misi kali ini dgn 6 buah kenderaan pacuan 4 roda. Meski mereka ini bergerak berasingan, namun pada perancangan asalnya, mereka adalah "support" kepada misi "dapur rakyat". Namun, kerana bilangan sukarelawan dari kariah Masjid Nurul Iman sudah ramai, grup 4X4 tersebut telah menjalankan misi bantuan tambahan selama mereka di Dabong dari 1hbJan - 4hb Jan. Catatan misi bantuan mereka boleh dibaca di SINI
Sedikit gambar sekitar "Misi Dapur Rakyat Masjid Nurul Iman & 1KB1B"...
Mesyuarat antara AJK Masjid/1KB1B/Grup 4X4 |
Lokasi "Dapur Rakyat" di Kg. Kemubu |
Jambatan Keretapi Kg. Kemubu - musnah! |
Sebahagian dari rumah yang musnah... |
Perancangan awal, misi ini adalah dari hari Khamis 1hb Jan sehingga Ahad 4hb Jan. Kami merancang, tapi Allah maha perancang.... bahan mentah yang dibawa ternyata tidak mencukupi untuk sukarelawan bertahan sehingga hari Ahad. Malah, pada petang Jumaat, lauk2 yang dibawa (ikan kering, sardin, daging) sudah kehabisan. Sambutan dari penduduk kampung yang sememangnya sudah beberapa hari sebelum ketibaan kami kesini tidak menjamah nasi - cuma maggi aau biskut serta roti. Alhamdulillah, kami terharu kerana dapat meringankan beban mereka meskipun sedikit cuma.
Memandangkan lauk sudah kehabisan, selepas perbincangan dan cadangan dari sukarelawan (terutama master Chef, Sdr Ali Nor), kutipan kilat dibuat untuk membeli dua ekor kambing dari penduduk tempatan sebagai lauk untuk hari Sabtu (makan tengahari). Alhamdulillah, meski setelah pujuk, ada yg sudi menjual kambing beliau dgn harga diskaun (ternakan memang amat sedikit... dan mungkin tuanpunya berhasrat untuk modal pembiakan).
Pagi Sabtu, sarapan nasi goreng serta roti dan biskut :-) Makan tengahari agak spesel... kari kambing! Namun, dua ekor tersebut amat jauh dari cukup untuk menapung penduduuk yang ramai... Alhmadulillah, dapat merasa sorang sedikit... Jazakallah Chef dan semua sukarelawan misi Banjir!
Setelah usai "lunch"... para sukarelawan mengucapkan selamat tinggal kepada Penghulu Mat serta penduduk Kg. Kemubu dgn perasaan hiba dan sedih, tapi puashati kerana dapat membantu meski sedikit...
...... bersambung...
Comments
Post a Comment