PROGRAM ZIARAH, DAKWAH DAN KEBAJIKAN KE KAMPONG ORANG ASLI POS SENDEROT.
Perancangan awal IKB1B pada asalnya ingin menjalankan program aktiviti kemasyarakatan yg dirancang untuk diadakan pada penghujung tahun 2017. Program yang awalnya dirancang adalah program bantuan persekolahan serta aqiqah yang mensasarkan golongan kurang berkemampuan di utara tanahair. Tetapi program itu terpaksa dipendam kerana kurang mendapat sokongan daripada pihak-pihak yang diharapkan.
Kemudian program itu bertukar kepada program ziarah dan dakwah ke kg orang asli. Idea awal ini tercetus apabila Tuan Haji Syahirman yang merupakan pensyarah di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM menceritakan tentang pengalaman kumpulan penyelidek beliau yang menjalankan aktiviti penyelidekan di Pos Senderot membangkitkan isu tentang “terpinggirnya” kumpulan orang asli ini dari mendapat sokongan bagi menyemarakan agama islam ditempat mereka. Lantaran itu pihak 1KB1B mencadangkan agar satu program Ziarah dan Dakwah dijalankan pada 17 – 19 hb November dengan kerjasama pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Seni Kulinari, UiTM, Puncak Alam, Selangor.
Walaubagaimanapun program ini terpaksa ditangguhkan berdasarkan faktor keselamatan, memandangkan pada masa itu musim hujan dan dijangkakan bahawa Kawasan Senderot, Kuali Lipis akan dilanda banjir. Mengambil kira kepentingan keselamatan pelajar/peserta, program terpaksa ditunda.
Sebenarnya ada hikmah daripada halangan sebelum ini – secara tidak langsung ini memberikan 1KB1B lebih masa untuk merancang dan menyiapkan keperluan. Lawatan awal sebelum program dilakukan oleh AJK 1KB1B yang terdiri dari Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, dan 3 orang JK pada 21hb Januari 2018 bagi bertemu dengan Batin Mansor untuk mendapat restu dan kerjasama beliau. Alhamdulillah beliau menyambut baik cadangan program dan bersetuju tarikh yang ditetapkan pd 24-26hb Februari 2018.
Insyaallah kumpulan peserta dari 1KB1B/Ahli Kariah Masjid Nurul Iman / Ustaz Azizul dan anak2 tahfiz Madarasah Tahfiz Ribart Darussalam berkampung selama 3 hari 2 malam di Pos Senderot bagi menyantuni masyarakat orang asli dr suku Semai di sana.
Pelbagai aktiviti telah dirancangkan seperti Wayang Pacak/Sukaneka/Penyampaian Pek Makanan/Riadah/Malam Kesenian Islam/Masak Kenduri dan Doa Selamat untuk memenuhi program kali ini. Program ini disertai lebih kurang 34 sukarelawan dengan kekuatan 10 buah kenderaan pacuan
4 roda. Untuk makluman juga perjalanan yang ditempuh adalah dalam kategori "mild off-road".
Doa daripada penyokomg dan pendokong 1KB1B telah menyaksikan program dapat dijalankan dengan jaya dan selamat serta diberkati oleh Allah SWT.
Ini sedikit catatan Program Ziarah, Dakwah n Kebajikan ke Kampong Orang Asli Lubuk Muman, Pos Senderot, Kuala Lipis....
Konvoi misi berlepas dari Masjid Nurul Iman (MNI) Kg Kebun Baru Batu 10, Telok Panglima Garang, pada pagi 24/2/18 selepas solat subuh berjemaah.
Ucapan perlepasan ringkas diberikan oleh Nazir MNI Ustaz Hairul Anuar Samingan. Kemudian diiringi oleh bacaan doa oleh Ustaz Azizul Asyraf Sanusi selaku Ketua Da’i. Konvoi terus bergerak sebaik selepas taklimat ringkas oleh Chef Ali Mohamad Noor selaku Pengerusi 1KB1B merangkap ketua program.
Seramai 16 orang pelajar termasuk Ustaz bersama 18 orang sukarelawan dengan menaiki 8 buah kenderaan berlepas dari MNI. Konvoi berhenti rehat di Masid Bentong pd lebih kurang jam 8.30 pg untuk Solat Tahiyyatul Masjid dan Dhuha. Kemudiannya bersarapan bersama2 dgn Kapten Zainol dan Tn Hj Azlan yg menyertai konvoi di Masjid Bentong - masing2 dengan kenderaan bersendirian atas semangat kesukarelawan.
Sebaik selepas sarapan konvoi bergerak pada pukul 9.45pg - konvoi bergerak utk ke destinasi, kemudian berhenti seketika di Station Minyak di Chenor. Sekali lg konvoi berhenti di point terakhir Masjid Kg Tersang sebelum meneruskan perjalanan masuk ke Senderot.
Konvoi selamat tiba di Surau Lubuk Muman pd jam 12.30 tghari. Sebaik solat berjemaah setelah siap menurunkan barangan, peserta kemudiannya bergerak ke kantin Sekolah Kebangsaan Senderot utk makan tengahari. Peserta kembali semula ke Surau utk membuat persiapan.....menyediakan ‘goodie bags’ dan lain2nya.
Lewat petangnya Chef Ali, Tuan Hj Poazi, Tuan Hj Syahirman bersama dgn 2 orang penduduk setempat iaitu Sdr Sudirman dan Sdr Amran telah mengeliling kampong berdekatan utk mencari kambing bagi disembelih utk jamuan kenduri esoknya. Misi membeli kambing ini hampir kecewa kerana kegagalan utk mendapat pesetujuan masyarakat tempatan utk menjual kambing. Akhirnya selepas lebih 2 jam berjaya membeli 2 ekor kambing dari Kg Orang Asli yg dinamakan dgn Kg Sawit yg terletak agak jauh dari Lubuk Muman.
Sebaik selepas Solat Maghrib, hujan turun mencurah-curah ini menghalang aktiviti wayang pacak diadakan sebagaimana dirancang. Aturcara ditukar kepada Qasidah oleh pelajar tahfiz yg dilakukan di dalam surau. Malangnya, tidak ramai penduduk setempat yg hadir kecuali beberapa orang kanak masyarakat orang asli, berkemungkinan hujan yg membataskan pergerakan mereka di waktu mlm.
Tetapi ini tidak mematahkan semangat peserta. Perbincangan ringkas dibuat utk menukar aturcara kenduri esoknya dari malam hari seperti yg dirancang ke tengah hari. Ini mengambilkira kebarangkalian hujan yg mungkin berlaku pd sebelah malam.
Keesokan hari selepas acara regangan yg dipimpin oleh Sdr Hashim, peserta bersarapan bersama-sama dipondok berdekatan dgn surau dan kemudiannya peserta dibahagian kpd beberapa kumpulan:
1. Kumpulan Ziarah yg di ketuai oleh Ustaz Azizul - kumpulan ini bergerak dari rumah ke rumah sambil memjemput masyarakat setempat utk hadir ke surau utk kenduri.
2. Kumpul Sembelih yg di ketuai oleh Tn Hj Poazi selaku tukang sembelih.
3. Kumpul Masak Kenduri diketuai okeh Chef Ali yg menyediakan juadah bagi program kenduri.
4. Kumpul Sukaneka diketuai oleh Sdr Hashim yg ditugaskan utk menyediakan segala hadiah dan keperluan sukan berkenaan.
5. Kumpulan Bantuan Barangan Makanan diketuai oleh Tn Hj Ishak dengan dibantu oleh Tn Hj Syahirman yg berperanan sebagai perantara dan juga vidiografer.
Tepat pd jam 12.15 sebaik siap semua persiapan kenduri masyarakat setempat dijemput untuk menjamu selera selain barang bantuan diagihkan kepada 4 Tok Batin kg persekitaran termasuk Tok Batin Mansor, Batin bagi Lubuk Munan selaku tuan rumah. Di samping itu kanak2 diraikan dengan diberikan ‘goodie bag/jajan’.
Acara berihat seketika untuk Solat kemudian disambung pula dengan acara Sukaneka selepas waktu Asar. Rupanya selain dari jamuan sukaneka merupakan acara yg dinanti-nanti selain dari penyertaan kanak2, kaum ibu turut sama. Terdapat juga segelintir kaum bapa yg menyertai program sukaneka ini. Acara ini berjalan dengan riangnya diiringi sirak dan gelak tawa masyarakat dan sukarelawan. Acara sukaneka berakhir pada lebih kurang jam 6.30 petang.
Malamnya selepas solat berjemaah dan tazkhirah kesemua peserta menjamu hidangan makan malam sambil berbual-bual dan berihat.
Hari ketiga selepas solat subuh kesemua peserta berkemas dan membersihkan surau dan kawasan persekitaran. Kemudian bergerak ke Sekolah utk bersarapan.
Konvoi bergerak pulang selepas mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana turut membantu menjayakan misi ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Tok Batin Mansor yg memberikan kerjasama penuh dlm mengendalikan program ini.
Insyaallah jika diizinkan Allah kami pasti kembali.....rata2 para peserta amat teruja dan ingin kembali jika diberikan peluang.
Kami dari 1KB1B ingin mengucapkan jutaan terima kasih kps semua terutama kpd para pemyumbang dalam merealisasikan misi pd kali ini. Muga Allah jualah yg dapat memberika ganjaran kepada tuan/puan yg demawan.
Nukilan Pengerusi 1KB1B (Sdr. Ali Nor)








Alhamdulillah.
ReplyDeleteTahniah kepada semua.
Tahniah...
ReplyDelete