Skip to main content

usaha masih diteruskan....

Alhamdulillah.  Usia muda progrem 1KB1B telah melangkau masuk tahun ketiga.  Dan alhamdulillah sasaran kutipan/infaq beras dari para dermawan juga telah kami pertingkatkan ke 300 kampit sebulan. Masih jelas dalam ingatan saya semasa bermula pada January 2014 sasaran kutipan kami hanyalah 100 kampit sahaja.  Hanya kepada Allah kami memohon baroqah dan kami berserah.

Ahad 6hb Mac 2016, sekali lagi Skuad 1KB1B turun padang untuk aktiviti hantaran dan agihan beras ke pusat2 yg kini secara regular menerima sumbangan kecil dari seluruh warga progrem 1KB1B yang didokong dari FB Page 1KB1B.  Alhamdulillah setakat hari ini (8hb Mac 2016), sudah ada 1,989 likes di page tersebut.

Macam biasa dan sudah menjadi rutin ahli skuad pada hari2 aktiviti agihan untuk berkumpul di gerai/kedai makan sambil sarapan dan berbincang sedikit sebanyak berkaitan kutipan, aktiviti serta idea2 penambahbaik progrem ini.

ahli Skuad menikmati bahulu yang di pos khas dari Kangar Perlis oleh Saudara Hasmizal Hayyanaz Bakeri.
amat enak di cicah dengan kopi... :-)
Untuk progrem hari ini, 3 kenderaan digunakan... dan tiga team akan bergerak berasingan untuk mempercepatkan proses hantaran beras.  Ini adalah kerana ramai dari ahli skuad yang ada urusan masing2 (kenduri etc) dan kena balik awal...

Pindahan beras dari kedai Rahman ke atas kenderaan...





========================================================================
Berikut adalah senarai Tahfiz, Rumah Anak Yatim dan Rumah Jaggan Orang Tua yang menerima sumbangan beras setiap bulan. Jumlah yang diterima adalah tertakluk kepada jumlah terkumpul beras hasil sumbangan orang ramai pada bulan berkenaan. Jika banyak sumbangan yang diterima maka banyaklah jumlah beras yang akan diagihkan kepada pusat-pusat berkenaan:
1. Pondok Moden Saadah Addaraian KKB Bt 10
2. Bustanul Arifat KKB Bt 10
3. Tahfiz Iskandariah KKB Bt 10
4. Darul Quran KKB Bt 9
5. Madrasatul Mujahiddin KKB Bt 9
6. Al Barakah Pusat Asnaf dan Anak Yatim Sijangkang Bt 7
7. Raudhahtol Sakinah Jenjarum
8. Al Munirrah Pusat Kebajikan Anak Yatim Bt 5 Johan Setia
9. Taufik Islami Anak Yatim & Mualaf Jln Kebun
10. Al Fateh Sentosa
11. Ribat Darul Salam Pendamar Indah
12. Darul Ulum Telok Gong
13. Mahabbah Rumah Anak Yatim Bdr Baru Bukit Raja Kelang
14. An Nur Pusat Jagaan OKU Warga Emas Rawang
15. Pertubuhan Kebajikan Darul Islah -PerKID Ulu Langat


Comments

Popular posts from this blog

Progrem Kongsi Rezeki

1KB1B sentiasa mencari peluang untuk menyalurkan infaq dan sumbangan dari ahli2 penyokong persatuan. Ternyata peluang dan ruang berbakti ini sentiasa terbuka. Lebih lebih lagi di musim penuh cabaran sekarang ini dimana ramai yang terkesan dek wabak Covid-19. Salah satu dari perkara dalam agenda mesyuarat mingguan AJK 1KB1B adalah idea progrem2 yang boleh di buat untuk meyembangkan akativiti bantuan kepada masyarakat. Bermula dengan Progrem AMEK (Almari Makanan Ehsan Komuniti) yang bermula pada1-Okt-2015 dimana kami berkolaborasi dengan dua buah kedai runcit untuk menyalur barangan makanan asas kepada asnaf, banyak lagi progrem-progrem telah dapat kami lakukan samaada secara one-off atau menjadi progrem tetap bulanan seperti AMEK tersebut serta progrem tahunan seperti Progrem Ziarah & Riadah serta juga progrem Qurban di Kemboja. Terkini Progrem Kongsi Rezeki adalah kolaborasi dengan beberapa Sekolah di Shah Alam & Kelang. Kami rasakan ada dari kalangan keluarga murid sekola...

Disember 2014 - Misi Bantuan Banjir Kelantan

Saya kira seluruh rakyat Malaysia sudah tahu secara jelas peristiwa, atau lebih tepat lagi bencana banjir lumpur yang melanda sebahagian negeri Kelantan pada 10 hari terkahir bulan Disember 2014.  Kemuncak banjir itu berlaku diantara 23hb hingga 27hb Disember bilamana kawasan utama yang dilanda banjir iaitu Kuala Krai dan Gua Musang mulai mendapat liputan meluas dilaman sosial FB. Saudara Ali Nor mulai bertanya "apa yang boleh kita lakukan?"...  dan dalam jangkamasa beberapa jam selepas berbincang melalui FB serta whatsapp, kami bersetuju untuk menghebahkan kepada semua penyumbang 1KB1B yang istiqomah bahwasanya kutipan bulan Disember akan disalurkan sepenuhnya untuk misi bantuan banjir ke Dabong, Kuala Krai. Alhamdulillah, Allah membimbing kami untuk berbincang dengan AJK Masjid Nurul Iman Batu 10 Teluk Panglima Garang untuk memohon kerjasama dalam menjayakan misi ini.  Pada mulanya, kami cuma berhasrat untuk menjadikan masjid sebagai pusat pemgumpulan sumbangan disa...

Tahun ke-8...... "Anda Hulur, Kami Salur"

Begitu deras waktu berlalu... Bagaikan banjir besar yang melanda pantai timur pada hujung tahun 2020 / awal tahun 2021, aktiviti-aktiviti 1KB1B juga mengalir dengan lancar... Alhamdulillah... Jazakallah kami ucapkan kepada semua penyumbang dan penginfaq yang sentiasa istiqomah, saban bulan mengorbankan sedikit dari rezeki wang ringgit mereka ke tabung persatuan 1KB1B... Semoga Allah rahmati infaq infaq itu dan digantikan dengan pahala dan rezeki yang bertambah serta bakal menjadi asbab redha Allah untuk terpilih ke syurga nanti... InsyaAllah. 1KB1B pada awal di tubuhkan adalah dengan tujuan utama untuk membantu rakan2 sejawat, sahabat-handai serta ahli keluarga istiqomah untuk bersedeqah atau berinfaq.  Bila difikirkan balik, tujuan ini adalah agak selfish kerana kami cuma mahukan ganjaran untuk kami.  Namun, disebaliknya, kami membantu untuk membawa manafaat kepada merka2 yang memerlukan.  Dan pada beberapa tahun permulaan, kami sasarkan pondok2 takfiz dan agama serta pu...