Skip to main content

Penutup Tirai 2015

Alhamdulillah... Sudah usai 23 bulan program 1KB1B ini berjalan.  Pihak pengurusan dan Skuad 1KB1B ingin mengucapkan tahniah kepada semua penyumbang samaada dari segi wang ringgit maupun tenaga kerja serta pengorbanan masa selama program ini berjalan.  Diharapkan dan disertakan dengan doa kepada Allah s.w.t kita sama-sama dapat terus istiqomah dengan usaha kecil kita ini.

Hasil kutipan bulan Disember 2015 adalah bersamaan 293 kampit semuanya bila Skuad berurusan di Kedai Rahman pada pagi Sabtu 2hb Januari 2016.

Memandangkan senarai penerima telah bertambah menjadi 10 mulai bulan November 2015 (dari 8 pusat tahfiz serta rumah anak yatim), agihan dipersetujui dilakukan berperingkat2 - yakni pada hari Sabtu ini beras2 dihantar seperti berikut:-

1. Saadah ad-darrain - 40
2. Al-Munirah           - 40
3. Darul Qur'an         - 40
4. Taufiq Islami         - 40
5. Tahfiz al-Mujahidin - 20
6.  Bustanul Arifat       - 15
7.  Pusat Anak Yatim al-Baraqah - 10
8.  Pusat Tahfiz al-Fateh               - 10

Sementara pada hari Ahad 3hb Jan pula, hantaran di buat ke:-
1. Rawang - Pusat Orang Tua & OKU an-Nur :  20 kampit (campur tambahan peribadi 5 kampit)
2. Meru - Pusat Tahfiz dan anak Yatim al-Marhabah : 20 kampit

Ini menjadikan hantaran sebanyak 260 kampit (termasuk tambahan 5 kampit), dengan 38 kampit masih lagi tersimpan.

Kebiasaanya pada sesi agihan lalu, kami akan langsaikan kesemua jumlah beras dgn ditambah2 ke pusat2 yang sedia ada.  Namun, mulai sesi agihan bulan ini, allocation ke pusat2 yg disenaraikan akan dikekalkan sebanyak yg diagihkan pada bulan ini (seperti senarai diatas).
Manakala  lebihan dari jumlah kutipan beras akan di agihkan ke tempat2 lain (termasuk individu2 miskin) dimana ahli Skuad senantiasa mencari untuk di bantu.  Biar sedikit tapi banyak pusat yg dapat menafaat, insyaAllah.

Dan alhamdulillah, pada hari ini (Selasa, 5hb Jan), sebuah lagi pusat tahfiz dikenalpasti.  Dengan segera ahli Skuad menghantar 10kampit beras ke Darul Tahfiz al-Iskandariah yang bertepat di Taman Satria, Teluk Panglima Garang.

Sebagai kesimpulan, (293+5) 298 kampit terkumpul dari infaq para dermawan istiqomah,
                                                270 kampit di agihkan ke pusat2 tahfiz & anak yatim.
                                                  28 kampit dibawa ke depan.

Sedikit gambar dari aktiviti Sabtu, Ahad dan Selasa...

 photo IMG-20160102-WA0017.jpg

 photo 20160102_091416.jpg

 photo 20160102_092922.jpg

 photo IMG-20160103-WA0064.jpg

 photo IMG-20160103-WA0062.jpg

 photo IMG-20160105-WA0046.jpg

 photo IMG-20160105-WA0043.jpg


Comments

Popular posts from this blog

Progrem Kongsi Rezeki

1KB1B sentiasa mencari peluang untuk menyalurkan infaq dan sumbangan dari ahli2 penyokong persatuan. Ternyata peluang dan ruang berbakti ini sentiasa terbuka. Lebih lebih lagi di musim penuh cabaran sekarang ini dimana ramai yang terkesan dek wabak Covid-19. Salah satu dari perkara dalam agenda mesyuarat mingguan AJK 1KB1B adalah idea progrem2 yang boleh di buat untuk meyembangkan akativiti bantuan kepada masyarakat. Bermula dengan Progrem AMEK (Almari Makanan Ehsan Komuniti) yang bermula pada1-Okt-2015 dimana kami berkolaborasi dengan dua buah kedai runcit untuk menyalur barangan makanan asas kepada asnaf, banyak lagi progrem-progrem telah dapat kami lakukan samaada secara one-off atau menjadi progrem tetap bulanan seperti AMEK tersebut serta progrem tahunan seperti Progrem Ziarah & Riadah serta juga progrem Qurban di Kemboja. Terkini Progrem Kongsi Rezeki adalah kolaborasi dengan beberapa Sekolah di Shah Alam & Kelang. Kami rasakan ada dari kalangan keluarga murid sekola...

Disember 2014 - Misi Bantuan Banjir Kelantan

Saya kira seluruh rakyat Malaysia sudah tahu secara jelas peristiwa, atau lebih tepat lagi bencana banjir lumpur yang melanda sebahagian negeri Kelantan pada 10 hari terkahir bulan Disember 2014.  Kemuncak banjir itu berlaku diantara 23hb hingga 27hb Disember bilamana kawasan utama yang dilanda banjir iaitu Kuala Krai dan Gua Musang mulai mendapat liputan meluas dilaman sosial FB. Saudara Ali Nor mulai bertanya "apa yang boleh kita lakukan?"...  dan dalam jangkamasa beberapa jam selepas berbincang melalui FB serta whatsapp, kami bersetuju untuk menghebahkan kepada semua penyumbang 1KB1B yang istiqomah bahwasanya kutipan bulan Disember akan disalurkan sepenuhnya untuk misi bantuan banjir ke Dabong, Kuala Krai. Alhamdulillah, Allah membimbing kami untuk berbincang dengan AJK Masjid Nurul Iman Batu 10 Teluk Panglima Garang untuk memohon kerjasama dalam menjayakan misi ini.  Pada mulanya, kami cuma berhasrat untuk menjadikan masjid sebagai pusat pemgumpulan sumbangan disa...

Tahun ke-8...... "Anda Hulur, Kami Salur"

Begitu deras waktu berlalu... Bagaikan banjir besar yang melanda pantai timur pada hujung tahun 2020 / awal tahun 2021, aktiviti-aktiviti 1KB1B juga mengalir dengan lancar... Alhamdulillah... Jazakallah kami ucapkan kepada semua penyumbang dan penginfaq yang sentiasa istiqomah, saban bulan mengorbankan sedikit dari rezeki wang ringgit mereka ke tabung persatuan 1KB1B... Semoga Allah rahmati infaq infaq itu dan digantikan dengan pahala dan rezeki yang bertambah serta bakal menjadi asbab redha Allah untuk terpilih ke syurga nanti... InsyaAllah. 1KB1B pada awal di tubuhkan adalah dengan tujuan utama untuk membantu rakan2 sejawat, sahabat-handai serta ahli keluarga istiqomah untuk bersedeqah atau berinfaq.  Bila difikirkan balik, tujuan ini adalah agak selfish kerana kami cuma mahukan ganjaran untuk kami.  Namun, disebaliknya, kami membantu untuk membawa manafaat kepada merka2 yang memerlukan.  Dan pada beberapa tahun permulaan, kami sasarkan pondok2 takfiz dan agama serta pu...