Skip to main content

Kutipan Ogos

Alhamdulillah.....

Selepas berakhir bulan Ogos, jumlah kutipan dari hasil infaq para dermawan berjumlah 169 kampit.  Meski sehingga minggu terkahir bulan Ogos nampak macam "slow jerr" sumbangan, namun bila dah ujung2 bulan, sasaran (baru) 150 kampit di capai malah melebihi.

Agihan dipersetujui ahli Skuad 1KB1B - yg terdiri dari para sukarelawan - untuk dijalankan pada Sabtu 6hb September.  Dan, suatu kejutan diterima Skuad 1KB1B dua hari sebelum tarikh agihan bilamana seorang hamba Allah menyumbangkan 100 kampit beras (one off) serta ada lagi tambahan2 runcit.

Pada pagi Sabtu 6hb Ogos, macam biasa ahli Skuad berkumpul di Warung Kiasan utk bersarapan bersama. Kiraan sumbangan pada pagi ini adalah bersamaan 289 kampit.  Alhamdulillah.

Namun, Allah jua maha perancang.  Bilamana Skuad ke kedai Rahman (pembekal beras), jumlah beras dalam stok beliau tidak mencukupi.  Cuma ada 70 kampit.  Dalam masa yg sama, seorang ahli baru Skuad, Kapten Haji Zainol (dari Rawang) membawa 56 kampit dan Sdr Shahrom membawa 6 kampit.  Jadinya untuk hari ini, cuma dpt di agihkan 132 kampit sahaja.  Agihan adalah seperti berikut:-
Saadah Addarain 40
Darul Quran  40
Bustanul 20
Mujahiddin 30

manakala 2 kampit baki disimpan oleh Chef Ali untuk agihan berikut pada Ahad depan 14hb Sept....

Sedikit gambar sekita agihan pada 6hb Ogos.





Pusingan kedua... pada Ahad 14hb Sept, agihan adalah:-
barakah 21 kampit
Munirah 50 kampit
Tafik Islami 50 kampit
al-Fateh 10 kampit
Darul Quran 25 kampit
Pondok Moden 34 kampit.

Jumlah 190 kampit.

jumlah keseluruhan kedua2 pusingan (130=190) adalah 320 kampit.

Sedikit gambar sekitar agihan pada 14hb Sept.








Semoga Allah berkati usaha kecil kami ini...

Urusan JualBeli Beras dari Kedai Rahman, area Taman Satria, Teluk Panglima Garang

Admin Blog 1KB1B.
9hbOktober2014

Comments

Popular posts from this blog

Qurban 2017 di Siihanoukville, Kemboja (1 & 2 Sept 2017)

Ramai yang bertanya kenapa banyak NGO serta badan-badan lain offer serendah RM320 satu bahagian? Mulanya, susah saya nak jawab. Tapi bila diselidiki, memang orang Malaysia yang berqurban di sini (Kemboja) lembunya berharga USD450 kebawah, atau lebihkurang RM2,000 seekor (kadar tukaran 4.3-4.5) - jadinya dalam RM300 satu bahagian. Namun, lembunya hanya berumur dalam tiga tahun, satu ekor mungkin dapat 60kg daging.... Saya cadangkan kepada 1KB1B untuk mencari lembu yang usianya lebih dari empat tahun - saiznya agak besar - dengan harga antara USD500 ke USD600 seekor. [Awal Ogos 2017] Setelah dipersetujui jawatankuasa kerja program Qurban ini, misi untuk mencari dan membeli lembu bermula.  Rupanya tak mudah untuk mencari lembu di musim raya haji disini.  Rata2 ramai "broker lembu" serta peniaga2 musim raya.  Namun begitu, Alhamdulillah ada juga jumpa lembu direct owner. Di kampung Trpang Rpov, daerah Kampot misi mencari lembu saiz besar, kura...

Qurban Sihanoukville 4.0

Alhamdulillah program bersama antara Persatuan 1KB1B dan Jawatankuasa Masjid Al-Mukhalifah Sihanoukville (khususnya Imam TokRi, Imam TokMat dan Ustaz Yusuf) telah selamat disempurnakan untuk tahun keempat. Bermula dari tahun 2017, dimana kami dapati kampung2 Muslim di daerah Sihanoukville tidak mendapat perhatian dari badan yang membawa ibadah Qurban ke Kemboja sebagaimana di Daerah Cham.  Alhamdulillah bertitik mula dari situ, sekarang ini sudah kedapatan NGO-NGO serta badan-badan lain yang telah juga membawa qurban ke Sihanoukville. Kami masih lagi meneruskan program Qurban ini.  Pada tahun 2020 ini, alhamdulillah sebanyak 20 ekor lembu telah dapat pihak kami uruskan. 14 ekor adalah 100% melalui Persatuan 1KB1B manakala 6 ekor lagi adalah yang di salurkan secara langsung ke jawatankuasa Masjid Al-Mukhalifah. Namun lembu2 tersebut bernaung dibawah Progrem Qurban Persatuan 1KB1B. Meski pada tahun ini kita berhadapan dengan situasi Covid-19, alhamdulilla...

Hulu Besut bersama KARIB

KARIB - Kelab Alumni & Rakan Imtiaz Besut diterajui oleh anak muda Cikgu Raja Azman. Sesungguhnya kami sedikit cemburu kerana kesedaran mereka dalam membantu dimiliki lebih awal dalam usia. Sedangkan kami2 asalnya menunggu  umur pencen! Tapi Alhamdulillah muncul kesedaran pada tahun 2013/2014 bila baru masuk "five series". Bak kata pepatah orang putih, its never too late to start something new.. . Kami di 1KB1B mula berkenalan dengan Cikgu Raja semasa sama-sama menyalurkan bantuan banjir ke Sabah di hujung tahun 2020. 1KB1B menyalurkan an 100 kampit beras 10kg. Pertemuan ringkas di pusat pengumpulan sumbangan telah berputik jalinan kerjasama kearah kebaikan ini... Cikgu Raja, selain dari berkerjaya sebagai seorang guru juga aktif dalam LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) Sejangkang. Ini mungkin kerana kesinambungan dari ayah beliau yang merupakan seorang petani.  LPP menawarkan agihan beras serta pek makanan dengan harga yang lebih menarik kepada 1K...