Skip to main content

Agihan September - A New Chapter

Kutipan bulan September berjaya mengumpulkan sejumlah 146 kampit beras.  Alhamdulillah..

Meski berkurang sedikit dari bulan2 yang lepas, ianya tidak melemahkan semangat Skuad-1KB1B untuk terus beroperasi.

Dan untuk julung kalinya, progrem 1KB1B dgn kerjasama Ustaz Zainordin selaku penyelaras dan dibantu oleh Ketua Amil Tuan Haji Ishak menghantar terus ke golongan asnaf fakir/miskin disekitar Kg. Kebun Baharu Batu 10, Teluk Panglima Garang.  Senarai nama asnaf diambil dari Pusat Zakat Daerah Banting.  Skuad telah membuat penghantaran terus rumah ke rumah untuk 32 ahli asnaf yang telah dikenalpasti tersebut.  Alhamdulillah segalanya bejalan lancar.

Untuk kali ini, Skuad bergerak dlm tiga kumpulan berasingan.  Sebuah kenderaan Hilux digunakan untuk agihan rumah kerumah, sebuah lori satu tan ehsan Sdr Rossahimi menbuat agihan disekitar kawasan Kg. Kebun Baru manakala sebuah MPV membuat agihan ke penerima di luar kawasan Kg. Kebun Baru (Sungai Manggis, Taman Sentosa dan Johan Setia). Senarai agihan kali ini ini adalah:-

1.  Asnaf individu - 32 kampit
2.  Pondok Moden Saadah Addarrain - 15 kampit
3.  Bustanul Arifat - 15 kampit
4.  Madrasatul Mujahidin - 15 kampit
5.  Darul Qur'an - 15 kampit
6.  Barakah - 10 kampit
7.  Al Munirah - 15 kampit
8.  Al Fateh - 10 kampit
9.  Taifiq Islami - 15 kampit
10. Tahfix Wal Ulum - 4 kampit

InsyaAllah kita berazam untuk terus membantu golongan asnaf yang memerlukan ini dan akan diteruskan program pengagihan beras mensasarkan golongan asnaf fakir/miskin ini untuk bulan2 yg mendatang.  Gerak kerja ini menyasarkan kaedah serampang tiga mata selain dari menyumbang dan ziarah (terutama golongan yg terlantar tiada daya utk berjalan) usaha ini juga bermatlamat untuk mendekatkan golongan ini dgn Masjid.  IsyaAllah Skuad-1KB1B berhasrat untuk mengadakan sesi pengaigiha berpusat di Masjid Darul Iman, Kg. Kebun baharu berserta pengisian ilmu dan tazkiran.  Doakan semoga perancangan kami dapat dilaknakan dgn mudah jua...

Sedikit gambar sekitar agihan pada 12hb Oktober untuk kutipan bulan September.













Admin Blog 1KB1B.
13hbOktober2014

Comments

Popular posts from this blog

Progrem Kongsi Rezeki

1KB1B sentiasa mencari peluang untuk menyalurkan infaq dan sumbangan dari ahli2 penyokong persatuan. Ternyata peluang dan ruang berbakti ini sentiasa terbuka. Lebih lebih lagi di musim penuh cabaran sekarang ini dimana ramai yang terkesan dek wabak Covid-19. Salah satu dari perkara dalam agenda mesyuarat mingguan AJK 1KB1B adalah idea progrem2 yang boleh di buat untuk meyembangkan akativiti bantuan kepada masyarakat. Bermula dengan Progrem AMEK (Almari Makanan Ehsan Komuniti) yang bermula pada1-Okt-2015 dimana kami berkolaborasi dengan dua buah kedai runcit untuk menyalur barangan makanan asas kepada asnaf, banyak lagi progrem-progrem telah dapat kami lakukan samaada secara one-off atau menjadi progrem tetap bulanan seperti AMEK tersebut serta progrem tahunan seperti Progrem Ziarah & Riadah serta juga progrem Qurban di Kemboja. Terkini Progrem Kongsi Rezeki adalah kolaborasi dengan beberapa Sekolah di Shah Alam & Kelang. Kami rasakan ada dari kalangan keluarga murid sekola...

Disember 2014 - Misi Bantuan Banjir Kelantan

Saya kira seluruh rakyat Malaysia sudah tahu secara jelas peristiwa, atau lebih tepat lagi bencana banjir lumpur yang melanda sebahagian negeri Kelantan pada 10 hari terkahir bulan Disember 2014.  Kemuncak banjir itu berlaku diantara 23hb hingga 27hb Disember bilamana kawasan utama yang dilanda banjir iaitu Kuala Krai dan Gua Musang mulai mendapat liputan meluas dilaman sosial FB. Saudara Ali Nor mulai bertanya "apa yang boleh kita lakukan?"...  dan dalam jangkamasa beberapa jam selepas berbincang melalui FB serta whatsapp, kami bersetuju untuk menghebahkan kepada semua penyumbang 1KB1B yang istiqomah bahwasanya kutipan bulan Disember akan disalurkan sepenuhnya untuk misi bantuan banjir ke Dabong, Kuala Krai. Alhamdulillah, Allah membimbing kami untuk berbincang dengan AJK Masjid Nurul Iman Batu 10 Teluk Panglima Garang untuk memohon kerjasama dalam menjayakan misi ini.  Pada mulanya, kami cuma berhasrat untuk menjadikan masjid sebagai pusat pemgumpulan sumbangan disa...

Tahun ke-8...... "Anda Hulur, Kami Salur"

Begitu deras waktu berlalu... Bagaikan banjir besar yang melanda pantai timur pada hujung tahun 2020 / awal tahun 2021, aktiviti-aktiviti 1KB1B juga mengalir dengan lancar... Alhamdulillah... Jazakallah kami ucapkan kepada semua penyumbang dan penginfaq yang sentiasa istiqomah, saban bulan mengorbankan sedikit dari rezeki wang ringgit mereka ke tabung persatuan 1KB1B... Semoga Allah rahmati infaq infaq itu dan digantikan dengan pahala dan rezeki yang bertambah serta bakal menjadi asbab redha Allah untuk terpilih ke syurga nanti... InsyaAllah. 1KB1B pada awal di tubuhkan adalah dengan tujuan utama untuk membantu rakan2 sejawat, sahabat-handai serta ahli keluarga istiqomah untuk bersedeqah atau berinfaq.  Bila difikirkan balik, tujuan ini adalah agak selfish kerana kami cuma mahukan ganjaran untuk kami.  Namun, disebaliknya, kami membantu untuk membawa manafaat kepada merka2 yang memerlukan.  Dan pada beberapa tahun permulaan, kami sasarkan pondok2 takfiz dan agama serta pu...