Dan kerana ahli skuad jugak ramai yg bercuti panjang, maka Ketua Progrem 1KB1B Saudara Ali tetapkan hari ini (Sabtu 16 Ogos) sebagai hari agihan.
Alhamdulillah, kutipan untuk bulan Julai total 135 kampit selamat diedarkan seperti berikut:-
1. Pondok Moden Sa'adah Ad-Daraarain (23 kampit)
2. Madrasah Darul Qur'an (20 kampit)
3. Maahad Taufiq Islami (20 kampit)
4. Madrasatul Darul Mujahiddin (20 kampit)
5. Rumah Anak Yatim Al- Munirah (17 kampit)
6. Pondok Bustanul Arifat (15 kampit)
7. Rumah Amal Asnaf al-Baraqah (10 kampit)
8. Maahad al-fateh, Sentosa (10 kampit).
Untuk agihan kali ini, penerima terbaru adalah Maahad Dakwah Wa Irsyad Mohd Al-Fateh, Taman Sentosa.
Semoga usaha kami yang sedikit ini diberkati dan dirahmati Allah jua dan dapat meringankan beban pusat2 asnaf serta maahad tersebut.
Macam biasa - sesi agihan dimulai dengan mengisi kenderaan dgn stok beras dari kedai Sdr Abd. Rahman. |
Dua kenderaan digunakan - Hyundai Starex & Naza Ria |
Gambar kenangan dgn Mudir Maahad al-Fateh (Ustaz Uda Kassim) penerima sumbangan terbaru mulai bulan ini serta dgn ahli skuad terbaru Sdr Redwan. |
Anak2 penghuni Maahad paling seronok menerima sumbangan... |
Tok Ketua @ Pencetus serta Ketua Progrem 1KB1B - Sdr. Ali Noor (merah) |
Comments
Post a Comment