Skip to main content

Sekampit Beras ……….. idea….


BAB 1 ………BUAT TAPI BELUM BERJAYA……………………………

Suatu ketika dulu aku menetapkan sasaran pada usia 35 tahun aku telah mempunyai sebuah peniagaan. Malangnya penetapan yang aku buat agak tersasar. Namun jauh disudut hati sentiasa berharap akan akan menemui satu jenis perniagaan yang dapat aku laksanakan. Lantas banyak jugalah perniagaan yang aku buat dari menjual pokok bonsai, handphone, kuih raya, buku dan tidak ketinggalan MLM aku buat namun mungkin rezeki aku bukan disitu ataupun masanya belum tiba dan doa aku masih belum dimakbulkan oleh Allah (kerana DIA lebih mengetahui apa yang baik untuk hambaNYA). 


BAB 2 ……………INGAT NAK BUAT TAPI NANTI DULU……………….

Aku juga pernah berangan-angan jika dipanjangkan umur bila pencen esok aku nak buat amal sekadar yang termampu. Biasalah orang Melayu bila umur meningkat dan kalau ada sedikit kesedaran masjid akan jadi tumpuan. Jadi, angan-angan aku ni esok-esok bila pencen dan buat sedikit usaha di masjid. Bersihkan masjid terutama ‘tandas’. Kenapa tandas? Rasanya ramai tahu dan perasan keadaan tandas kat masjid agak sedih keadaannya dari segi penjagaan kebersihan. Benda ini aku pernah ceritakan abang aku tentang angan-angan aku bila pencen nanti. Seminggu selepas aku tu aku terima panggilan dari abang aku “Sabtu ni lepas solat suboh kat Masjid jom kita cuci tandas”, katanya.  Sabtu tu bila aku jumpa abang aku dikata “Benda baik ni kenapa nak tunggu, lagipun kita pasti ke umur kita sampai pencen?


BAB 3 ……………BUAT AJE JANGAN FIKIR-FIKIR…………………………..

Masuk setiap Januari umur aku meningkat dan itu bermakna tempoh luput aku kat dunia ni makin dekat.  Januari 2014 usia aku mencecah 52 tahun.  Dah lebih setengah abad tu.  Banyak benda yang masih belum dapat aku buat. Lantas terfikir dalam kepala aku "Apa agaknya yang dapat aku tinggalkan kat dunia yang akan memberikan manafaat pada aku bila mati esok?  Apa amalan agaknya apabila ditanya esok aku nak cakap depan Allah SWT?  Bagaimana rupa buku rekod aku esok?  Banyak mrh dari biru?  Diberi dengan tangan kiri atau kanan?  Mungkin benda-benda atau pertanyaan macam ni tak terlintas masa di usia muda.  Tai percayalah apabila usia sampai usia macam aku ni akan terfikir benda-banda macam ni terutama apabila kederat dan tenaga dah kurang.  Teringat aku tentang hadith Nabi SAW yang ustaz selalu sebut…. "Apabila mati seseorang anak Adam itu…….. maka akan terhenti segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedeqah jariah, ilmu yang memberi manafaat dan doa anak yang soleh".

i.  Ilmu yang memberi manafaat………………  aku ni bab agama…………..  Omak aiii…. banyak kurang dari cukup.  Kalau nak kongsi atau nak sampaikan pada orang lain jauh panggang dari api.  Jadi bab Ilmu yang memberi manafaat ni tak banyak yang dapat aku katakan.

ii.  Doa anak yang soleh……………  memanglah setiap ibibapa mahukan anak yang soleh.  Menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik dan memberikan didikan yang boleh membawa kepada mereka menjadi anak yang soleh.  Tapi kita tak dapat nak jamin anak-anak ini akan mendoakan kita bila kita mati esok.  Jadi yang ni pun aku tak jamin sangat kalau dapat kira bonuslah.

iii.  Sedeqah jariah……………. yang ni rasanya mudah sikit nak laksanakan.  Ianya jangan tunggu kaya baru nak bersedeqah.  Masa ada sedikit ni kita bagi sedikit, bila esok dah ada banyak kita bagilah banyak.  Dan disinilah tercetusnya idea untuk menggerakkan usaha besedeqah ini.  Kalau nak bagi duit mungkin payah.  Nak sumbang banyak mungkin ramai yang tak ada banyak.  Kalu nak bagi sikit rasa macam malu pulak.  Bukan mudah nak sedeqah dengan ikhlas ni.  Tapi kalau kita pakat tiap-tiap sorang menyumbang satu kampit beras sebulan, mungkin tak berat sangat.

Kesimpulan pengalaman Bab 1 dan Bab 2 maka aku tergerak untuk mengusahakan program Seorang Sekampit Beras Sebulan.  Jadi kata-kata abang aku "Benda baik ni kenapa nak tunggu, lagipun kita pasti ke umur kita sampai pencen?" menjadi rangsangan.  Kadang-kadang Allah SWT nak ajar kita dengan banyak cara, tidak semestinya secara formal sahaja tapi cara tidak formal pun banyak jugak.


nukilan:  Ali Noor.


Comments

Popular posts from this blog

Progrem Kongsi Rezeki

1KB1B sentiasa mencari peluang untuk menyalurkan infaq dan sumbangan dari ahli2 penyokong persatuan. Ternyata peluang dan ruang berbakti ini sentiasa terbuka. Lebih lebih lagi di musim penuh cabaran sekarang ini dimana ramai yang terkesan dek wabak Covid-19. Salah satu dari perkara dalam agenda mesyuarat mingguan AJK 1KB1B adalah idea progrem2 yang boleh di buat untuk meyembangkan akativiti bantuan kepada masyarakat. Bermula dengan Progrem AMEK (Almari Makanan Ehsan Komuniti) yang bermula pada1-Okt-2015 dimana kami berkolaborasi dengan dua buah kedai runcit untuk menyalur barangan makanan asas kepada asnaf, banyak lagi progrem-progrem telah dapat kami lakukan samaada secara one-off atau menjadi progrem tetap bulanan seperti AMEK tersebut serta progrem tahunan seperti Progrem Ziarah & Riadah serta juga progrem Qurban di Kemboja. Terkini Progrem Kongsi Rezeki adalah kolaborasi dengan beberapa Sekolah di Shah Alam & Kelang. Kami rasakan ada dari kalangan keluarga murid sekola...

Disember 2014 - Misi Bantuan Banjir Kelantan

Saya kira seluruh rakyat Malaysia sudah tahu secara jelas peristiwa, atau lebih tepat lagi bencana banjir lumpur yang melanda sebahagian negeri Kelantan pada 10 hari terkahir bulan Disember 2014.  Kemuncak banjir itu berlaku diantara 23hb hingga 27hb Disember bilamana kawasan utama yang dilanda banjir iaitu Kuala Krai dan Gua Musang mulai mendapat liputan meluas dilaman sosial FB. Saudara Ali Nor mulai bertanya "apa yang boleh kita lakukan?"...  dan dalam jangkamasa beberapa jam selepas berbincang melalui FB serta whatsapp, kami bersetuju untuk menghebahkan kepada semua penyumbang 1KB1B yang istiqomah bahwasanya kutipan bulan Disember akan disalurkan sepenuhnya untuk misi bantuan banjir ke Dabong, Kuala Krai. Alhamdulillah, Allah membimbing kami untuk berbincang dengan AJK Masjid Nurul Iman Batu 10 Teluk Panglima Garang untuk memohon kerjasama dalam menjayakan misi ini.  Pada mulanya, kami cuma berhasrat untuk menjadikan masjid sebagai pusat pemgumpulan sumbangan disa...

Tahun ke-8...... "Anda Hulur, Kami Salur"

Begitu deras waktu berlalu... Bagaikan banjir besar yang melanda pantai timur pada hujung tahun 2020 / awal tahun 2021, aktiviti-aktiviti 1KB1B juga mengalir dengan lancar... Alhamdulillah... Jazakallah kami ucapkan kepada semua penyumbang dan penginfaq yang sentiasa istiqomah, saban bulan mengorbankan sedikit dari rezeki wang ringgit mereka ke tabung persatuan 1KB1B... Semoga Allah rahmati infaq infaq itu dan digantikan dengan pahala dan rezeki yang bertambah serta bakal menjadi asbab redha Allah untuk terpilih ke syurga nanti... InsyaAllah. 1KB1B pada awal di tubuhkan adalah dengan tujuan utama untuk membantu rakan2 sejawat, sahabat-handai serta ahli keluarga istiqomah untuk bersedeqah atau berinfaq.  Bila difikirkan balik, tujuan ini adalah agak selfish kerana kami cuma mahukan ganjaran untuk kami.  Namun, disebaliknya, kami membantu untuk membawa manafaat kepada merka2 yang memerlukan.  Dan pada beberapa tahun permulaan, kami sasarkan pondok2 takfiz dan agama serta pu...