1KB1B sentiasa mencari peluang untuk menyalurkan infaq dan sumbangan dari ahli2 penyokong persatuan. Ternyata peluang dan ruang berbakti ini sentiasa terbuka. Lebih lebih lagi di musim penuh cabaran sekarang ini dimana ramai yang terkesan dek wabak Covid-19. Salah satu dari perkara dalam agenda mesyuarat mingguan AJK 1KB1B adalah idea progrem2 yang boleh di buat untuk meyembangkan akativiti bantuan kepada masyarakat. Bermula dengan Progrem AMEK (Almari Makanan Ehsan Komuniti) yang bermula pada1-Okt-2015 dimana kami berkolaborasi dengan dua buah kedai runcit untuk menyalur barangan makanan asas kepada asnaf, banyak lagi progrem-progrem telah dapat kami lakukan samaada secara one-off atau menjadi progrem tetap bulanan seperti AMEK tersebut serta progrem tahunan seperti Progrem Ziarah & Riadah serta juga progrem Qurban di Kemboja. Terkini Progrem Kongsi Rezeki adalah kolaborasi dengan beberapa Sekolah di Shah Alam & Kelang. Kami rasakan ada dari kalangan keluarga murid sekola...
KARIB - Kelab Alumni & Rakan Imtiaz Besut diterajui oleh anak muda Cikgu Raja Azman. Sesungguhnya kami sedikit cemburu kerana kesedaran mereka dalam membantu dimiliki lebih awal dalam usia. Sedangkan kami2 asalnya menunggu umur pencen! Tapi Alhamdulillah muncul kesedaran pada tahun 2013/2014 bila baru masuk "five series". Bak kata pepatah orang putih, its never too late to start something new.. . Kami di 1KB1B mula berkenalan dengan Cikgu Raja semasa sama-sama menyalurkan bantuan banjir ke Sabah di hujung tahun 2020. 1KB1B menyalurkan an 100 kampit beras 10kg. Pertemuan ringkas di pusat pengumpulan sumbangan telah berputik jalinan kerjasama kearah kebaikan ini... Cikgu Raja, selain dari berkerjaya sebagai seorang guru juga aktif dalam LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) Sejangkang. Ini mungkin kerana kesinambungan dari ayah beliau yang merupakan seorang petani. LPP menawarkan agihan beras serta pek makanan dengan harga yang lebih menarik kepada 1K...