PROGRAM ZIARAH, DAKWAH DAN KEBAJIKAN KE KAMPONG ORANG ASLI POS SENDEROT. Perancangan awal IKB1B pada asalnya ingin menjalankan program aktiviti kemasyarakatan yg dirancang untuk diadakan pada penghujung tahun 2017. Program yang awalnya dirancang adalah program bantuan persekolahan serta aqiqah yang mensasarkan golongan kurang berkemampuan di utara tanahair. Tetapi program itu terpaksa dipendam kerana kurang mendapat sokongan daripada pihak-pihak yang diharapkan. Kemudian program itu bertukar kepada program ziarah dan dakwah ke kg orang asli. Idea awal ini tercetus apabila Tuan Haji Syahirman yang merupakan pensyarah di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM menceritakan tentang pengalaman kumpulan penyelidek beliau yang menjalankan aktiviti penyelidekan di Pos Senderot membangkitkan isu tentang “ terpinggirnya ” kumpulan orang asli ini dari mendapat sokongan bagi menyemarakan agama islam ditempat mereka. Lantaran itu pihak 1KB1B mencadangkan agar satu program Ziarah dan Dak...